MENGAPA AKU MENULIS ?
Mengapa aku menulis ?, atau dalam bahasa yang lebih mudah : " Mengapa aku mewujudkan blog ini ?".
Tidak terlintas untuk aku menulis seumpama orang yang mencatat diarinya. Mencatat setiap peristiwa yang dilaluinya sehari-hari ( walaupun bagi aku lebih baik dia mencatat apa yang penting sahaja dan menjadikan diari itu sebagai perancang jadual sehariannya ).
Aku menulis agar otakku berjalan. Melatih mindaku agar tidak jumud dan beku. " AL-JUMUD FIL FIKRI JINAYATUN FIL ISLAM " ( Jumud / Otak beku itu adalah jenayah di dalam Islam ); itu kata-kata salah seorang guruku ; Ustaz Ishak Abdul Malek semasa aku mengaji di pondok 22 tahun lalu.
Aku menulis kerana aku percaya PENULISAN itu berkait rapat dengan " IQRA' ! " yang Tuhanku perintahkan.
Aku percaya juga bahawa dengan menulis lebih banyak " hati-perut" manusia ini dapat aku kenali.
Bahkan inilah caranya aku mengembangkan bakat penulisanku dan inilah caranya aku mensyukuri bakat & ilmu yang telah Allah SWT kurniakan padaku. Dan ini juga sebagai " TANDA TERIMA KASIHKU " untuk mereka yang telah bersusah-payah mengasuhku dan mendidikku selama ini, khususnya ibu-bapaku dan guru-guruku ( Insya-Allah, nanti akan ku ceritakan siapakah guru-guruku di dalam bidang penulisan ini ).
Bahkan dengan ini, idea dan pandanganku makin tersebar. Dan aku percaya sedikit-sebanyak manfaat yang ada dari tulisanku ini akan memainkan peranan yang penting di dalam membentuk satu masyarakat yang diimpikan selama ini.
Tulisan dan pandanganku juga bakal dapat dinikmati oleh anak-anakku yang tercinta. Moga-moga mereka menjadi lebih baik dan bermanfaat dari kedua-dua orang tua mereka. Lebih baik serba-serbinya !. Memperbaiki dan menambah pula apa-apa yang terkurang disebabkan oleh kekurangan kedua-dua orang tuanya di masa lalu. Baik dan memberikan kebaikan ( manfaat ) untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Yang lebih penting, aku menulis ini kerana aku yakin inilah salah-satu wasilah perjuanganku. Perjuangan untuk memberikan apa-apa sahaja manfaat untuk umat sejagat.
Tidak ada yang muktamad di dalam tulisan, pegangan dan pandanganku ini !!!. Siapalah aku untuk memaksa orang menerima segala pandanganku ?. Aku bukannya Tuhan Yang Maha Melebihi segala dan tiada terkurang apa pun !. Dan aku pula bukannya Rasulullah SAW yang maksum !.
Inilah peganganku... apa yang pernah dinyatakan oleh Al-Imam Malik bin Anas RH , mafhumnya : " Setiap orang, mungkin dapat diterima ataupun ditolak kata-katanya. Melainkan orang yang berada di dalam ini ( sambil jarinya menunjuk ke arah maqam Baginda Rasulullah SAW ) ".
" Aku menulis bukan kerna nama !" .... ( petikan lagu Bukan Kerna Nama yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip dan A. Romzi ).
Sekian.
Cindai Pelangi
30-Sya'aban-1430 Hijriah / 21-Ogos-2009 Masihi
JUMAAT 12.30 Tengah Malam
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.