SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Ahad, 12 September 2010

BERHARI RAYA DI KUBUR !?


BERHARI RAYA DI KUBUR !?

( 1 )

Selepas sahaja aku dan keluarga menunaikan Solat Hari Raya I’edul Fitri, kami pun menuju ke rumah kawan-kawan untuk berhari raya. Apabila tiba di salah-satu rumah yang hendak kami kunjungi itu, suasana sekitarnya terlalu sesak dengan manusia dan kenderaan. Dan hal itu memang sudah kuduga.

Berikut ini adalah gambar suasana di sekitar rumah kawanku itu :





 ( 2 )

Ketika umat Islam di zaman Baginda RasululLah SAW masih baru beragama Islam, Baginda RasululLah SAW memang pernah melarang mereka dari menziarahi kubur. Ini disebabkan aqidah ( kepercayaan ) mereka yang masih bercampur-baur dengan adat-adat Jahiliyyah sebelum ini. Khuatir jika mereka melakukan amalan-amalan tradisi Jahiliyyah di kawasan perkuburan seperti meratap, meraung atau bergembira seperti makan-minum ataupun berteriak-teriak memanggil nama si mati untuk memohon hajat dan seumpamanya.

Lama-kelamaan, Baginda RasululLah SAW pun membenarkan umat Islam menziarahi kubur , setelah diyakini aqidah mereka telah mantap dan kukuh.

Sabda Baginda SAW :




 ( 3 )

Jelas, tujuan menziarahi kubur adalah agar jiwa kita senantiasa ingat kepada mati. Dengan itu, kita tidak mudah lupa kepada ALLAH SWT dan pembalasan di Hari Akhirat kelak.

Selain itu, ziarah ke kubur dengan tujuan untuk mengiringi jenazah ke sana ( kecuali bagi kaum wanita dilarang mengiringi jenazah pada hari pengkebumian ) ataupun ke kubur untuk membersihkan kawasan sekelilingnya tidaklah dilarang, bahkan ianya dianjurkan.

Jika sekadar mahu “ menghadiahkan bacaan ayat-ayat tertentu “ ( tanpa membicarakan soal apakah ia sampai kepada si mati ataupun tidak ), maka tidak ke kubur pun tidak mengapa. Jika ianya memang sampai kepada si mati, maka bacaan itu tidak semestinya dilakukan di kubur / kawasan perkuburan.

Seperti seseorang yang menyampaikan “ salam “ kepada Baginda RasululLah SAW ( setelah Baginda SAW wafat ), tidak perlu dikirim kepada seseorang yang akan ke Madinah al-Munawwarah. Hingga membebankan dirinya hingga perlu pula menyiapkan sebuah buku nota khusus yang akan mencatat nama orang yang ingin doa / hajatnya disampaikan kepada Baginda RasululLah SAW di sana. Bukankah di dalam solat, ketika membaca tahiyyat kita akan menyebut : “ ASSALAMU ‘ALAYKA AIYUHAN NABIYU WA ROHMATULLOHI WA BAROKATUH “ ( Selamat Sejahtera , belas-kasihan ALLAH dan barokah daripadaNYA moga dilimpahkan ke atas tuan, wahai Baginda Nabi.).

Jika salam penghormatan itu tidak sampai kerana jauh dari Madinah al-Munawwarah, maka apa perlu kita menyebutnya di dalam solat kita ataupun di luar solat !?.

Begitulah juga dengan seseorang yang ingin merayu memohon hajat ( berdoa ) atau bertaubat kepada ALLAH SWT, apakah mesti tunggu hingga berada di Masjidil Haram, di depan Kaabah ?. Jika tidak sempat ke sana, apakah ALLAH SWT tidak akan menerima doa ataupun hajat kita ?.


( 4 )

Ini bermaksud, ziarah ke kubur hanyalah untuk :

i – Mengingati mati.
ii – Membersihkan kawasan kubur.
iii – Mengiringi jenazah.

Selain dari tujuan tersebut, ziarah ke kubur itu sudah pasti terlarang kerana bercanggah dengan sebab mengapakah ziarah itu dibenarkan oleh Baginda RasululLah SAW di dalam hadits di atas.

Ibadah, semolek dan seindah manapun ia, jika dilakukan tidak sebagaimana yang diajar oleh Baginda RasululLah SAW, maka ianya akan bertukar menjadi hodoh dan tertolak. Membaca Al-Quranul Karim, misalnya. Ianya sangat-sangat dituntut. Namun jika ia dibaca di dalam tandas, sudah tentu ianya bertukar menjadi satu perkara yang mendatangkan dosa, malahan dianggap biadap dan boleh membawa kepada kekufuran ( kerana menjadi satu perbuatan menghina kesucian syiar-syiar Agama ALLAH SWT ).

Begitulah juga dengan menziarahi kubur. Apabila ia dilakukan TIDAK SEBAGAIMANA DIANJURKAN OLEH BAGINDA SAW, maka ziarah dan amalan itu tidak akan diterima ALLAH SWT.

( 5 )

Hari Raya adalah hari untuk bergembira. Bergembira dengan kemenangan selepas menjalani “ Kursus Latihan Rohani & Jasmani “ sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak.

Hari Raya = Hari Bergembira. Ianya juga adalah untuk ziarah-menziarahi di antara satu sama lain. Mempertautkan hubungan “ silatur rahmi “ ( kerabat / keluarga ) dan “ silatul ukhuwwah “ ( persaudaraan ) . Saling bermaaf-maafan di atas keterlanjuran dan kesilapan yang pernah dilakukan terhadap satu sama lain.

Hari Raya = Hari ziarah orang-orang yang masih hidup, terutamanya bagi mereka yang susah ditemui kerana kesibukan itu dan ini. Dan Hari Raya itu BUKANNYA hari ziarah orang-orang yang telah meninggal dunia !.

Hari Raya = Hari bergembira kerana “ Kursus Ibadah “ telahpun dilalui dan bergembira bertemu saudara-mara dan sahabat-handai serta kenalan-kenalan. BUKANNYA hari bersedih, meratap-hiba

Yang paling utama ialah mengikut tujuan dan perlaksanaan ibadah yang diajar secara langsung oleh Baginda RasululLah SAW dan Para Sahabat RA, dan bukannya “ memandai-mandai “ mereka-cipta mengikut selera sendiri dan selera manusia yang tidak maksum.

Apakah ada orang yang lebih pandai beribadah berbanding Baginda Nabi SAW !?. Sudah tentu tidak, kan ?.


( 6 )

Paling malang ialah apabila ada di kalangan umat Islam, yang di pagi Hari Raya, sibuk dengan urusan ke kubur hingga Solat Hari Raya ataupun ziarah orang-orang yang masih hidup ini dilupai ataupun ditinggalkannya.

Apakah LEBIH UTAMA ( AFDHOL ) ziarah orang mati berbanding orang hidup di pagi Hari Raya  !?

Apakah ada DALIL-DALIL YANG SAHIH dari Al-Quranul Karim, mahupun Sunnah Baginda SAW yang memerintahkan agar ZIARAH KUBUR MESTILAH DILAKUKAN DI AWAL PAGI HARI RAYA !?.

Jika ya mahu menziarahi kubur sekalipun, apakah TIDAK BOLEH dilakukan selepas selesai Solat Hari Raya dan menziarahi orang-orang yang masih hidup !?. Apakah mesti dan wajib di awal pagi Hari Raya semata-mata !?.

( 7 )

Cuba anda perhatikan baik-baik 2 gambar di atas tadi. Apakah yang dapat anda saksikan ?. Ada orang-orang yang berniaga di pagar kawasan perkuburan itu, bukan ?. Ada juga lori yang membawa ais.

Apa artinya itu ?. Itu bermakna, ada orang yang mengambil kesempatan berniaga di kawasan perkuburan itu kerana ramai manusia berduyun-duyun ke kawasan itu.

Apa yang dijualnya ?. Ada yang menjual air mawar dan bunga untuk untuk disiram dan ditabur di atas pusara. Ada juga yang menjual air minuman dan ais krim untuk mereka yang dahaga di kawasan itu.

Lama kelamaan, aku yakin akan ramai lagi orang yang akan berniaga di kawasan perkuburan di Hari Raya. Dan tak mustahil akan ada yang menjual makanan pula ataupun permainan demi menghilangkan kebosanan anak-anak kecil yang mengikut ibu-bapa mereka ke kawasan perkuburan.

Akhirnya, kawasan perkuburan akan bertukar menjadi kawasan “ rekreasi “ . Akan menjadi pula seperti kawasan “ Fun-Fair “ dan “ Sure Heboh “ . Aduhai, malangnya nasib umat Islam apabila petunjuk sunnah diletakkan di belakang dan adat-tradisi pula yang dijunjung di atas kepala !.

( 8 )

Adat-Tradisi dan budaya ini jelas bercanggah dengan Sunnah Baginda SAW. Jadi, dari mana ia datang ?.

Dari JAHILIYYAH yang kemudiannya diteruskan oleh golongan yang sesat di kalangan umat Islam seperti SYIAH dan BARELVI ( Brelvi Pakistan/India ) yang terkenal dengan gelaran “ kaum penyembah kuburan “ .

Perhatikan pula gambar-gambar di bawah ini. Beginilah rupa kawasan perkuburan Golongan Syiah di Iran, Iraq dan Kuwait. Tak ada bezanya dengan kawasan perkuburan orang-orang bukan Islam nampaknya. 







Sekian. Semoga bermanfaat.
Selamat Hari Raya E’idul Fitri 1431 Hijrah / 2010 Masihi.
Taqobba LaLLohu Minna Wa Minkum. Wassalam.











CINDAI PELANGI ®

2- Syawal - 1431 H
10 - September - 2010 M
11.50 Malam
KUALA LUMPUR



Sabtu, 11 September 2010

NIAT TU MEMANG ADA, CUMA BELUM SEMPAT DILAKSANAKAN


NIAT TU MEMANG ADA, CUMA BELUM SEMPAT DILAKSANAKAN

( 1 )

Ramadhan Al-Mubarak telah pun berlalu. Kini, Hari Raya E’idul Fitri dan Bulan Syawal tiba lagi. Sesuai dengan ucapan yang selalu disebut-sebut oleh Baginda RasululLah SAW kepada Para Sahabat RA : “ TAQOBBA LALLAHU MINNA WA MINKUM “ ( Semoga diterima ALLAH – semua amalan – kami dan kamu sekalian ).

Aku juga sering merayu dan merintih serta berdoa dan bermunajat kepada Ilahi : “ Ya Allah !, terimalah semua doa dan amalan kami ini. Walaupun ia masih terlalu banyak kekurangannya, namun tolonglah terima Ya Allah !.  Ya Allah, Ya Tuhan kami, kalau ENGKAU tidak menerima doa dan amalan kami , maka kepada siapa lagi kami hendak mengadu dan merayu. Kami tidak ada Tuhan selain-MU Ya Tuhan !. Orang-orang kafir itu mereka ada banyak tuhan. Kalau tuhan itu tidak mahu menerima doa mereka, mereka boleh minta kepada tuhan-tuhan lain. Tapi kami ini Ya Tuhan kami , hanya ada ENGKAU sahaja !. Kalau ENGKAU tidak menerimanya, kepada siapa lagi kami mahu mengadu ?. Kepada siapa lagi kamu mahu meminta ?. Sebab itu, tolonglah terima Ya ALLAH. Amin Ya Robbal ‘Alamin.


( 2 )

Ketika aku berada di bulan Ramadhan al-Mubarak yang baru berlalu ini. Ada beberapa perancangan (niat) yang ku rancang untuk disempurnakan di dalam bulan yang mulia ini. Di antaranya, aku mahu menulis ( atau menyampaikan secara lisan ) beberapa perkara yang ada kaitan secara langsung dengan Ramadhan al-Mubarak, ataupun ia memang sesuai disampaikan di dalam bulan tersebut.

Di antara topik-topik yang ingin ku sentuh adalah :

1 – BAGAIMANA SALAFUS SOLIHIN R.A MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK

2 – ISU-ISU PUASA RAMADHAN YANG MASIH KABUR DI KALANGAN KEBANYAKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

3 – APA HUBUNGAN DI ANTARA AYAT 183 ( KEWAJIPAN BERPUASA RAMADHAN ) DENGAN AYAT 186 ( MENGENAI DOA ) DARI SURAH AL-BAQARAH ?

4 – SIAPA KATA ALLAH SWT TIDAK MEMPERDULIKAN DOA KITA ? BAGAIMANA DIA MENERIMA DOA KITA ?

5 – SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, DAN BUKANNYA SELAMAT BERPUASA ? APA BEZANYA DAN KENAPA ?

6 – RAMADHAN AL-MUBARAK = BULAN KURSUS BINA DIRI : ROHANI & JASMANI

7 – HAL-EHWAL BERKAITAN RAKAAT DAN KAIFIAT SOLAT TARAWIH / WITIR DENGAN CARA BIASA ( 2 RAKAAT 1 SALAM ) DAN CARA ‘LUAR BIASA’ ( 4 RAKAAT 1 SALAM / 3 RAKAAT 1 SALAM TANPA TAHIYYAT ULA )

8 – BETULKAN SOLAT ANDA ? MENGAPA ? APA YANG PERLU DIPERBETULKAN ?

9 – PETUNJUK SUNNAH BAGINDA RASULULLAH SAW MENGENAI BERHARI RAYA

10 – HARI RAYA : BUKAN BERAYA DI KUBUR

Secara lisan, ku kira telah kusampaikan sepanjang Bulan Ramadhan al-Mubarak semua topik di atas. Setiap jemputan untuk mengisi “ Tazkirah Ramadhan “, maka itulah topik-topik yang akan kusampaikan kepada hadirin-hadirat.

Secara tulisan itu yang belum . Samada di dalam blog ini, ataupun di dalam “Facebook” ku ataupun di beberapa halaman web yang kuminati.

Belum  sempat kutulis. Itulah hakikatnya. Memang aku kira, aku punya peluang yang banyak untuk menulis topik-topik di atas sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Rupa-rupanya, aku bertambah sibuk di bulan itu. Iyalah, aku bukan sekadar “ makan gaji “ dengan majikanku semata-mata, bahkan aku juga ada kerja-kerja sampingan dan aktiviti-aktiviti dakwah dan kemasyarakatan hampir setiap hari.

Apakah 24 jam  x  sehari itu tidak cukup untukku ?. Ya !, memang begitulah nampaknya. Kadang-kadang aku berbicara dengan hati sanubariku : “ Mengapalah tidak ALLAH jadikan sehari ini ada 30 jam ? “. Itulah kata hatiku apabila kesibukan “ cemburu “ padaku walaupun hakikatnya bukanlah masalah hari ataupun masa tetapi lebih kepada “ TIME MANAGEMENT “ ( Pengurusan Masa ).

( 3 )

Kita sebagai manusia biasa, yang bukan Para Malaikat mahupun Para Nabi-Rasul AS ini sudah tentu punyai “ iman yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurangan “.

Jangan sangka apabila kita selesai melaksanakan sesuatu ibadah, kita boleh berbangga diri dengan hal itu. “ Wah !, hebat aku hari ini. Banyak ibadat dapat kukerjakan “ , kata hatinya.

Usahlah berbangga begitu ! Dan sama-sekali jangalah menyangka begitu !.

Kenapa pula ?. Sebab, taatnya kita kepada ALLAH bukanlah semata-mata didorong oleh perasaan kita ingin mentaati-NYA, dan bukanlah semata-mata disebabkan kita sendiri rajin beribadat.

Nafsu ( kehendak diri ) itu, resminya lebih suka dan lebih cenderung kepada “ duniawi “ , kepada hiburan dan “lagho”.

Dan apabila kita berjaya menundukkan nafsu itu agar ia taat kepada ALLAH, maka sebenarnya itu disebabkan ( sebab utama ) ialah Rahmat Ilahi ( belas-kasihan ), Taufiq & Hidayah serta disebabkan adanya pertolongan dari ALLAH TA’ALA !.

ALLAH TA’ALA yang menolong kita hingga dapat kita kerjakan ibadat dan ketaatan kepada-NYA !, bukan sebab utamanya kita hebat .

Dalilnya sebagaimana pesanan Baginda RasululLah SAW kepada sahabat yang bernama Saydina Muadz bin Jabal, agar selalu dibaca, terutamanya selepas solat fardhu  :





( 4 )

Aku yakin lagi percaya, sampai bila pun aku tidak akan mampu menyiapkan tulisan-tulisanku ini melainkan dengan memohon pertolongan dari ALLAH TA’ALA agar diberikan kepadaku kesihatan, kemampuan, ilham, petunjuk-NYA dan kesempatan untuk itu.

Dan aku juga memohon jasa baik dari saudara-saudari semua, sudilah kiranya mendoakan diriku agar dapatku gunakan apa sahaja yang ada padaku ini ( walaupun ianya tidaklah banyak berbanding orang lain ) untuk dakwah fi sabilillah.

Semoga ALLAH TA’ALA senantiasa membantu dan mendorong kita semua ke arah kerja-kerja mencapai redha-NYA. Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Sekian. Selamat Hari Raya E’idul Fitri 1431 Hijrah / 2010 Masihi.
Taqobba LaLLohu Minna Wa Minkum. Wassalam.




 




CINDAI PELANGI ®

2- Syawal - 1431 H
10 - September - 2010 M
7.00 Pagi
KUALA LUMPUR


SELAMAT ULANG TAHUN & SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA
& SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

( 1 )

Diam tak diam, masuk hari ini dah 1 tahun + 10 hari usia blog ini. Macam-macam telahku paparkan di sini dan tak macam-macam kelemahan dan kekurangan yang kelihatan.

Jangankan kata kelemahan dan kekurangan itu dirasai oleh anda semua, bahkan aku sendiri merasa begitu.

Betullah kata Al-Imam Ar-Raghib al-Asfahani :



Dari kelemahan dan kekurangan itulah akan kupelajari dan perbaiki agar aku dan karya-karyaku ini menjadi semakin baik, lebih kuat dan semakin bertambah mutunya. Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Kepada blog aku ini, aku sendiri nak ucapkan : “ SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA “ …. He He He !




( 2 )

Oppsss !, tak lupa juga… bahkan ini sebenarnya lebih patut diutamakan, ialah …. Aku ingin ucapkan “ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN “ kepada anda semua. Maaf kerana agak terlambat aku mengucapkannya kepada anda semua.

Aku pernah menegur beberapa orang sahabat yang biasa mengucapkan : “ SELAMAT BERPUASA “, agar mereka menukar ucapaan itu kepada ucapan “ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN “ .

Mengapa pula begitu ? Bukankah kedua-dua ucapan itu lebih-kurang sahaja maksudnya !?.

Bagiku, kedua-duanya berbeza. Arghh, nantilah ! Insya-ALLAH tak lama lagi akan ku tulis ke dalam blog ini apakah perbezaan di antara kedua-dua ucapan itu !.

 ( 3 )

Sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ni memang aku telah merancang untuk menyampaikan sedikit-sebanyak pengetahuan yang aku miliki ini. Samada melalui tulisan ( dah tentu dalam blog / fb aku lah ) mahupun melalui lisan ( kuliah / tazkirah ).

Ada yang telahku sampaikan melalui lisan / tulisan dan ada yang belum. Berikut ini hanyalah “ tajuk-tajuk yang ku kira berkait dengan Ramadhan Al-Mubarak “ yang ingin sangat ku kongsikan bersama saudara-saudariku seagama :

1 – BERTULKAN SOLAT ANDA ? MENGAPA ? APA YANG PERLU DIPERBETULKAN ?  ( Ini adalah isu semasa yang laku sepanjang hayat )

2 – BAGAIMANA SALAFUS SOLIHIN R.A MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK 

3 – HUBUNGAN DI ANTARA AYAT 183 DENGAN AYAT 186 DARI SURAH AL-BAQARAH
 
4 – SIAPA KATA ALLAH SWT TIDAK MEMPERDULIKAN DOA KITA ? BAGAIMANA DIA MENERIMA DOA KITA ?

5 – SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, DAN BUKANNYA SELAMAT BERPUASA ? MENGAPA PULA UCAP BEGITU ?

6 – RAMADHAN AL-MUBARAK = MUSIM KURSUS INTENSIF = MASA UNTUK BERLATIH = KENAPA PERLU BERLATIH ? …. AGAR NANTI MELATAH ? MELATAH APA PULA ? MELATAH SESUATU YANG BAIK ? APA LAGI SEBAB PERLU BERLATIH ? SEBAB TIADA BENDA PADA DIRI KITA INI BOLEH TERJADI SECARA AUTOMATIK !

7 – HAL-EHWAL BERKAITAN RAKAAT DAN KAIFIAT SOLAT TARAWIH / WITIR DENGAN CARA BIASA ( 2 RAKAAT 1 SALAM ) DAN CARA ‘LUAR BIASA’ ( 4 RAKAAT 1 SALAM / 3 RAKAAT 1 SALAM TANPA TAHIYYAT AWAL )

8 – ISU-ISU PUASA RAMADHAN YANG MASIH KABUR DI KALANGAN KEBANYAKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

9 – APA YANG NAK DISIBUKKAN DENGAN BERBUKA ? SEPATUTNYA LEBIH DISIBUKKAN DENGAN NAK BERSAHUR ? KENAPA PULA ?

10 - PETUNJUK SUNNAH BAGINDA RASULULLAH SAW MENGENAI BERHARI RAYA


( 4 )

Itulah beberapa tajuk yang kukira perlu ku bahaskan dan sampaikan kepada umat Islam yang dapat ku hampiri dan hubungi.

Itulah juga niatku. Walaupun ku tahu bukan semudah itu untuk menyampaikan hal tersebut ( lebih-lebih lagi melalui tulisan, kerana lebih diperlukan waktu yang banyak. Sedangkan aku ini masih berkerja dengan orang dan keluar Subuh dan balik ke rumah sudah Maghrib ).

Arghhhhh , 24 jam yang ALLAH jadikan untuk sehari-semalamku ini tidak cukup kurasakan untuk diriku !!!. Iyalah ……. Keluar rumah ke pejabat di pagi hari. Pulang sudah hampir maghrib. Lepas berbuka puasa, bersiap-siap untuk memenuhi jemputan di masjid / surau / rumah kenalan dan pulang pula singgah di warong kopi dan akhirnya baru pulang ke rumah ( selepas jam 12 tgh malam ). Aduhhhhhhh ….. sebenarnya bukan masa tak cukup 24 jam … Cuma “ time management “ tu perlu diperbaiki !,

Oklah , kembali kepada niatku tadi. Yelah, semua kerja terjadi kerana adanya niat. Niat itu sendiri artinya tujuan , rancangan , rencana (merencana) dan cita-cita. Dan aku sangat yakin, NIAT YANG BAIK, AKAN DIKABUL DAN DIBANTU LAGI DIBERKATI OLEH ALLAH ‘AZZA WA JALLA.

Semoga aku sempat menyelesaikan hajatku ini, lebih-lebih lagi melalui tulisan dan semoga ia menjadi satu amal yang soleh lagi ikhlas di sisi-NYA.

Saudara-saudariku semua !, Tolonglah doa-doakan aku ni dijadikan SIHAT – KUAT – CERDAS – BERSEMANGAT – ADA KELAPANGAN MASA – ADA REZEKI YANG LUAS sehingga semua hajatku dan hajat kita semua ( hajat yang baik ) diterima dan dipermudahkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA !.





CINDAI PELANGI ®

20- Ramadhan - 1431 H
30 - Ogos - 2010 M
1.o0 Petang
KUALA LUMPUR

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "