SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Isnin, 10 Oktober 2011

DEBAT : SINIS TETAPI ADA KEBENARANNYA


DEBAT : SINIS TETAPI ADA KEBENARANNYA


{ 1 }






H. Agus Salim adalah salah-seorang ulama’ besar Minangkabau yang mengganggotai “ SAREKAT ISLAM “ ; sebuah komuniti muslimin Indonesia sebelum kemerdekaannya (1945) .


Suatu hari beliau ketika sedang beliau menaiki keretapi untuk ke suatu destinasi beliau telah diajak untuk berbincang mengenai Islam – Kristian oleh seorang paderi yang kebetulan duduk berhampirannya di dalam keretapi itu.


Di antara dialog di antara kedua-dua tokoh Islam dan Kristian itu adalah :


Paderi : “ Pak Agus, apa benar Islam itu melarang penganut-penganutnya dari memakan daging babi ? “ .


H. Agus Salim : “ Ya, benar. Mengapa ? “ .


Paderi : “ Aduh, sayang sekali pak. Nikmat yang besar itu kok dilarang Tuhan dari merasainya “ .


Sebaik sahaja tiba ke destinasi, Paderi itu pun memohon untuk berpisah. Katanya .


“ Permisi pak, saya mohon pamit dahulu “.


H. Agus Salim : “ Baiklah, kalau begitu jangan lupa sampaikan salam saya buat isteri bapak ya “ .



Paderi : Maaf pak , kami golongan paderi ngak punya isteri. Bapak kan tahu yang kami ini dilarang Tuhan dari menikah “.


H. Agus Salim : “ Aduh , rugi benar kalian. Masakan nikmat yang terbesar itu kok dilarang dari menikmatinya ? “ .


Paderi itu langsung turun dari keretapi itu dengan keputusan dialog itu 1-1 ( satu sama ).



{ 2 }



Masih lagi mengenai Almarhum H. Agus Salim .


Sekitar tahun 1906 – 1911 , H. Agus Salim bertugas di Konsulat Belanda di Jeddah . Dan beliau terkenal sebagai seseorang yang sering bertengkar dengan pegawai atasannya ; Konsul Belanda itu.


Namun itu tidak menyebabkan beliau dituduh sebagai “ongeschikt “ ( tidak berguna langsung ) kerana kerjanya senantiasa beres dan memudahkan juga pegawai atasannya itu.


Suatu hari terjadinya dialog di antara kedua-dua orang ini ketika waktu terluang.  


Konsul Belanda : “ O, gij Salim. Apa kamu kira kamu seorang sahaja orang yang paling pintar di dunia ini ? “.


H. Agus Salim segera menjawab : “ Tentu tidak . Banyak orang yang lebih pintar dari saya. Cuma saya belum bertemu seorang pun di antara mereka “ .


Jawapan spontan H. Agus Salim itu seumpama “ tamparan yang perit “ kepada Konsul Belanda itu dan tidak hairanlah Si Konsul itu sangat girang-gembira apabila H. Agus Salim pulang ke Indonesia pada tahun 1911 .



{ 3 }


Ada seorang murid tingkatan 5 yang dipandang sebagai seorang yang lurus-bendul telah terpilih untuk menyertai suatu debat yang bertemakan : PERSAMAAN TARAF DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. Disebabkan kebuntuan idea, segera dia mencari seorang pak cik yang terkenal sebagai “ kaki borak kedai kopi “ . Katanya :


“ Pakcik, tolonglah saya. Cikgu suruh saya berdebat tajuk ‘ PERSAMAAN TARAF DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN ‘ , sedangkan saya tak tahu nak cakap apa “ .


Pakcik : “ Alah, itu mudah aje. Begini …. Kau katakan aje yang perempuan itu memang tidak sama tarafnya dengan kaum lelaki dan tidak layak menjadi pemimpin di dalam semua bidang. Dan jika kaum perempuan tidak bersetuju, suruh mereka masuk satu pertandingan yang membabitkan seorang peserta lelaki dan seorang lagi adalah peserta perempuan. Bertandinglah kencing di dalam botol. Cuba lihat, siapakah yang kencingnya yang berterabur “ .


Murid itu pun balik dengan puas hati. Baginya, dia telah mendapat “ senjata paling tajam “ untuk berdebat dengan golongan yang konon-kononnya memperjuangkan “ Women Liberation “ ( Pembebasan Wanita ) .


Dan apabila tiba saat perdebatan itu berlangsung, si murid ini pun menyatakan hujah-hujahnya dan tidak ketinggalan hujah yang “ dicedok “ dari pakcik “ si kaki borak kedai kopi itu “ .


Akibatnya , si murid ini ditampar ( ditempeleng ) oleh gurunya kerana dianggap menghina kaum wanita. Meskipun begitu, dia mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton debat itu .






Sekian. Wassalam





Cindai Pelangi ®
Isnin – 12 / Zulkaedah / 1432 H = 10 / Oktober / 2011 M
KUALA LUMPUR



SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "