SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Isnin, 28 Disember 2009

SEMBANG-SEMBANG MENGENAI PANTUN

SEMBANG-SEMBANG MENGENAI PANTUN

{ 1 }

Anda suka kepada pantun ?. Tak kiralah pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan seterusnya ?. Aku sangat menyukai pantun ( bukan mencipta pantun ), tetapi membaca dan merenung pantun-pantun ciptaan orang.


Ketika  kecil dahulu ( sekarang aku tak pasti adakah ia masih ada ), ada rancangan " PERTANDINGAN PANTUN " di siaran radio tanah air kita. Kadang-kadang sekolah ini melawan sekolah itu. Tak kurang juga beberapa agensi kerajaan " berlawan pantun " dengan sesama kakitangan / penjawat awam.


Pantun adalah salah-satu kelebihan dan "kekayaan" yang dikurniakan ALLAH SWT kepada bangsa Melayu. Keindahan kata-kata, pembayang dan maksud lebih menyerikan sesebuah pantun yang dihasilkan itu. Bukan itu sahaja kurniaan ALLAH SWT kepada bangsa Melayu dan bahasa mereka, bahkan orang-orang Melayulah satu-satunya kaum di dunia yang boleh menggunakan 2 jenis tulisan di dalam menyampaikan bahasa mereka, samada tulisan LATIN ( Rumi ) ataupun tulisan ARAB ( Jawi ).


Kalau anda fikir pantun ini hanyalah di antara 1001 bentuk khayalan & syok - sendiri bangsa kita ( Melayu ), maka silalah membaca terlebih dahulu tulisanku sebelum ini ~  SASTERA : APA YANG ANDA TAHU MENGENAINYA ? .




{ 2 }

Namun begitu, ada beberapa pantun yang aku kira perlu kita lihat kembali arti-arti yang tersirat di sebaliknya. Ini perlu agar :


a - Tidak semuanya " ditelan begitu sahaja " dek zaman hingga tidak dikenal lagi oleh generasi nan mendatang. Jangan sampai generasi mendatang tidak kenal lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada tok-nenek mereka !.



b - Tidak semuanya " ditelan begitu sahaja " ( hingga hadam dan menjadi darah-daging ) dek penyanjung-penyanjung yang bertopengkan " pejuang seni budaya " tanpa melihat dan menilai dengan " timbangan syariat Islam ". Ingatlah kembali pesanan Almarhum Tok Kenali ( rahmatulloh 'alaih ), katanya : " Biar mati adat, Jangan mati syariat ! ".



c - Agar dapat dinilai manakah yang intan dan mana satukah yang kaca ?. Bukankah pantun itu sendiri salah-satu produk ciptaan manusia. Maka ia sama dengan apa sahaja yang dicipta oleh manusia ini, ada yang bernilai tinggi, ada yang kurang dan ada juga yang tiada nilainya !.




{ 3 }


Sekarang mari kita sama-sama melihat akan pantun berikut :

‘nasi lemak buah bidara, 
sayang selasih hamba lurutkan, 
buang emak buang saudara, 
kerana kasih hamba turutkan’.

Setelah kita merenung dan memerhatikan pantun itu tadi, apakah tidak terlintas di fikiran kita :

Pantun ini mengajar seseorang anak perempuan " lari dari rumah " , " ikut jantan " dan tinggalkan mak-bapak yang selama ini menjaga dan membesarkannya !?.


Atau adakah anda ada apa-apa tafsiran yang positif terhadap pantun seperti ini ?.


Kisah anak gadis lari dari rumah kerana " ikut jantan " ( tak kiralah yang tempatan ke atau " import " dari Bangla atau Lombok ) bukanlah satu perkara asing di telinga kita.


Gadis-gadis ini jelas " dihasut syaitan " dan " dibuai bisikan nafsu " !!!.


Wah !, kerasnya kenyataan..... tapi bukankah apa yang aku katakan itu memang benar !?.


Atau ada yang mahu membantah dan mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan " Itulah cinta !. Itulah pengorbanan !. Betapa sucinya cinta .... bla bla bla bla !!! ".


Ah !, itu alasan sahaja. Aku tetap mengatakan ia adalah " HASUTAN & BISIKAN SYAITAN SERTA LEDAKAN HAWA NAFSU YANG JAHAT !!! ".


Usahlah ditampal-ditempel "kejahatan akhlak dan kebiadapan perangai " dengan mengataskan nama ( menggunakan nama ) C I N T A !!!.


Betapa dangkalnya akal, bodohnya otak, singkatnya fikiran, nipisnya iman dan tipisnya maruah apabila seseorang anak gadis sanggup tinggalkan ibu-bapa yang selama ini membesarkannya demi " meraih cinta dan menagih kasih " dari seorang " jantan ".


Ibu-bapa yang telah sekian lama bersusah-payah membesarkannya dan berkorban berbagai hal demi anaknya ini tidak dihargai. " Jantan " yang baru " berjasa " beberapa hari, beberapa bulan dan beberapa tahun ini pula yang dilebihkan dari ibu-bapanya sendiri !.


Entah apa " jasa " yang ada pada " si jantan " itu hingga si gadis " buta " dan tak mampu menghargai lagi jasa-baik dan susah-payah ibu-bapanya sendiri !!??.


Pepatah orang-orang tua kita dulu ada mengingatkan :
" Ikutkan nafsu, lesu. Ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa " .


Apa " jasa si jantan " itu ???. Belanja mee goreng sepinggan !?. Bawak ke hulu ke hilir dengan motor !?. Beli hadiah ( yang bukan mahal dan bernilai tinggi pun ) untuk di gadis sempena itu dan ini !?.


Itu sahajaaaaaaaaaaaa !!??.


Itu sahaja dah cukup " memujuk " si gadis hingga sanggup tinggalkan ibu-bapanya !?.


Atau ada yang berkata : " Gara-gara sihir @ minyak cenuai @ buatan orang " !?.


Ya !, betullah tu. Aku sendiri tak menafikan yang hal seperti itu ada juga disebabkan oleh unsur-unsur sihir yang dipenuhi dengan syirik dan khurafat .


Tapi dari 10 orang anak-anak gadis yang lari tinggalkan rumah kerana " ikut jantan " , berapa ramaikan yang sebenarnya disebabkan oleh SIHIR !?.


Mungkin seorang sahaja !. Yang sembilan lagi ?...... 


Semuanya sebab " janji manis " dan " pujukan mesra " si jantan itu. Ada yang berjaya mendapatkan hasil yang diharapkan setelah bersusah-payah berkorban.


Ramai juga yang menyesal dan menangis kerana yang diharapkan itu rupa-rupanya memang jenis " tak boleh diharap" . Apatah lagi " setelah madu dihisap, sepah dibuang ! ".




{ 4 }


Ada yang masih mahu mempertahankan tindakan anak gadis " derhaka " seperti itu dengan alasan :


a - Hak asasi manusia ?.
b - Cinta yang suci ?.


Bagi aku, semua alasan itu tidak ada sebarang nilai apabila ia bertentangan dengan SYARIAT ISLAM !. Tiada yang lebih agung, lebih mulia dan lebih memelihara kesejahteraan berbanding SYARIAT ( undang-undang ) yang telah ALLAH TA'ALA kurniakan menerusi ajaran Islam ini.


Apa kata anda jika ada yang " MENGHALALKAN PERNIKAHAN SEJENIS " dengan 2 alasan di atas ?.


Sebab itulah aku katakan tadi , apa pun alasan , tak ada satu pun yang boleh diterima apabila ia bertentangan dengan kehendak SYARIAT ISLAM !.


Pernikahan di antara Fatine ( nama asal : Mohammed Fadzil bin Min Bahari ) dengan seorang warganegara UK ; Ian Young di penghujung tahun 2009 telah menimbulkan kontroversi, khasnya di kalangan masyarakat Malaysia. Bolehlah pernikahan seperti ini direstui di atas alasan " Hak Asasi Manusia & Hak Pasangan Bercinta " ?.


Kesimpulannya : Pantun seperti pantun di atas , TIDAK SEWAJARNYA dipertahankan dan diajar. Pantun sebagai salah-satu produk ciptaan manusia. Ada yang bernilai tinggi dan ada pula yang tiada nilainya. Ada yang baik, dan ada pula yang buruk. Tiada artinya bersusah-payah mempertahankan sesuatu yang rosak dan merosakkan. Apatah lagi yang rosak nanti ialah generasi kita nan mendatang.

Wa Na'udzu billahi min dzalik ( Semoga ALLAH pelihara kita dari keburukan itu ).

Nanti akan ku sambung lagi sembang-sembang pasal pantun , insya-ALLAH.






 
CINDAI PELANGI ®

11- Muharram - 1431 H
28 - Disember - 2009 M
8.00 Malam
KUALA LUMPUR






Isnin, 21 Disember 2009

TRADISI YANG HAIRAN BIN AJAIB

 TRADISI YANG HAIRAN BIN AJAIB

( 1 )




Agak lama aku tidak menulis di dalam blogku ini. Sibuk dengan beberapa urusan mencari rezeki. Apatah lagi, aku pun baru beberapa minggu dipanggil kerja " makan gaji ".


Tradisi. Apa itu tradisi ?. Bolehlah diertikan tradisi itu ialah : ADAT & KEBIASASAN. Sesuatu yang dijadikan kebiasaan.


Namun, istilah TRADISI punya arti yang berlainan dengan TABIAT dan LATAH , walaupun kedua-duanya itu pun berkait-rapat dengan kebiasaan seseorang ataupun masyarakat.







( 2 ) 

Pernahkah kita bertemu dengan sebahagian anggota masyarakat kita yang bergaduh di antara satu sama lain ?.


Apa sebabnya ?. Ada banyak sebab, samada ianya munasabah atau sebaliknya.


Begitu juga, pernahkah anda mendengar cerita ada orang di zaman sekarang bergaduh disebabkan sebelum ini tok-nenek moyang mereka bergaduh ?.




Katakanlah ceritanya begini.... 50 tahun dahulu, ada 2 orang yang duduk sekampung bergaduh. Katakanlah namanya " Pak Chaq " dengan " Pak Su ". Bergaduh pun hanya disebabkan hal yang " titik-bengit ".


Setelah kedua-duanya mempunyai anak-anak dan membesar hingga dewasa, anak-anak Pak Chaq dengan anak-anak Pak Su pula saling bergaduh di antara satu sama lain.


Hinggalah Pak Chaq dan Pak Su masing-masing sudah mendapat cucu. Cucu Pak Chaq dan Pak Su belajar di kelas dan sekolah yang sama. Walaupun begitu, mereka berdua kelihatan " tak ngam " dan " tak mesra". Apabila ditanya kenapa mereka begitu ?, jawab masing-masing : " Sebab tok aku pernah bergaduh dengan tok dia ".




Maknanya : Anak-anak dan cucu-cucu Pak Chaq dan Pak Su bergaduh di antara satu sama lain hanyalah sebagai menerus sengketa lama yang ditimbulkan oleh Pak Chaq dan Pak Su.




Mengapa tidak ada seorang pun yang berani UBAH TRADISI ini !?.




Apakah tidak ada di antara keturunan Pak Chaq dan Pak Su yang " mengaji tinggi " ( educated ) dan cuba memperbaiki keadaan ini ?.




Mungkin ada, cuma berapa kerat di kalangan kita ( sebagai manusia ini ) yang BERANI untuk melakukan perubahan @ mengubah sesuatu ADAT TRADISI. Namun, percayalah bukan senang untuk mengubah sesuatu yang telah " mendarah-daging "  pada diri seseorang atau pada sesebuah masyarakat.




( 3 ) 




Alangkah indahnya, jika ada mana-mana dari keturunan Pak Chaq ataupun Pak Su yang bersikap lari dari " sengketa silam " dan " cipta satu tradisi baru yang lebih bermakna " !.




Alangkah indahnya jika salah-seorang dari keturunan itu bangun lalu berkata : " Eh !, apa kita tak merasa bosan dan jemu dengan sengketa yang tiada kesudahan ini ?. Apa faedah yang kita perolehi hasil sengketa tok-nenek moyang yang kita teruskan ini ? ".




Ya !, memang indah jika berlaku perubahan sebegitu. Namun, sekali lagi mari kita berfikir : " Berapa ramaikah yang sanggung berubah ( kepada yang lebih baik ) ?. Dan berapa ramai pula yang sanggup memimpin perubahan ( dengan meninggalkan adat-tradisi yang buruk kepada yang baik lagi bermanfaat ) ?.




Dah jadi satu " tabiat " ( habit ) kepada manusia, walaupun dia tahu apa yang biasa dilakukan itu tidak bermanfaat bahkan mungkin membahayakan pula, dia tetap sukar untuk meninggalkannya, bahkan mungkin tidak mahu meninggalkannya !!!.




Dan begitulah juga, jika ada ADAT-ISTIADAT / ADAT RESAM yang disinggung kerana tiada / kurang faedahnya atau disebabkan bertentangan dengan SYARIAT ( Agama Islam ), pasti akan ada yang menentang.


Yang menentang itu pula adalah orang yang dianggap sebagai " ahli agama " juga, yang kadang-kala terdiri dari ustaz-ustaz, pak imam dan lebai-lebai.


( 4 )


Jika sesuatu adat-tradisi yang tidak berfaedah & bertentangan dengan syariat itu dipertahankan oleh golongan yang jahil mengenai Islam, mungkin juga kita tidak merasa apa-apa.




Namun, jika yang tetap mempertahankan kebatilan itu adalah " golongan agamawan " juga, maka inilah yang menghairankan.




Lihat sahaja kepada beberapa adat-tradisi yang batil ( bertentangan dengan Islam ) di kalangan masyarakat Melayu kita yang masih wujud seperti " membuang ancak " , " mandi safar ", " menyembelih binatang di kubur-kubur yang dianggap keramat " dan juga adat " bersanding ".


Apakah tidak ada golongan yang dianggap " ahli agama " yang terlibat !?.




( 5 ) 


Kenapa tetap ada golongan yang dianggap " ahli agama " yang terlibat dengan adat-tradisi yang batil sedangkan ia bertentangan dengan syariat Islam !?.




Ada banyak sebabnya, selain dari ia mampu untuk " mendatangkan hasil ( wang ringgit ) ".




Sebab lain adalah kerana ia adalah ADAT TRADISIONAL ZAMAN-BERZAMAN !.




Itulah realitinya, bukan mudah untuk mengubah , apatah lagi menghapuskan sesuatu adat kebiasaan yang telah " mendarah-daging " pada diri seseorang / sesebuah masyarakat.




Tentangannya pasti ada dan kadang-kadang ia datang secara " keras " dan mengancam kehidupan dan bahkan nyawa orang yang cuba mengubah / menghapuskannya.




Jika anda adalah seseorang dai'e ( pendakwah ), maka hal ini sangat perlu diberikan perhatian. Ini agar dakwah itu lebih mudah diterima dan tersebar di khalayak.




( 6 ) 




Tadi telah dinyatakan mengapakah anak-cucu Pak Chaq dan Pak Su tetap meneruskan sengketa sesama mereka. Bagi mereka, jika tok-nenek moyang mereka bergaduh dengan satu pihak, maka semua keturunan mereka juga mesti meneruskan sengketa itu.


"Mesti meneruskan sengketa lama " ; itulah pegangan mereka walaupun mereka juga tahu bahawa tiada faedah pun yang dapat mereka ambil dari sengketa itu dan tidak pula mendatangkan pahala di sisi Allah SWT.


Bukan senang untuk berubah, dan tentunya bukan juga senang untuk mempimpin perubahan di kalangan masyarakat kita.




Kerana itu jangan hairan, disebabkan kerja dakwah dan melakukan perubahan itu bukan satu kerja yang senang, maka ganjaran dan pahalanya juga sangat besar di sisi Allah SWT.



( 7 )


Aku ada 2 orang kawan yang lebih tua dariku ( Katakanlah Si A dan Si B ). Bukan sekadar tua usianya, ilmu yang mereka miliki juga lebih dari apa yang aku miliki.


Dua orang kawanku itu juga saling bersahabat antara satu sama lain. Hubungan di antara mereka sebelum ini sangat baik hinggalah ada pihak ke-3 yang " mengeruhkan " hubungan itu.




Sejak itu Si A bukan sahaja tidak mahu bersahabat lagi dengan Si B, bahkan curiga dan syak-wasangka (tanpa sebarang bukti yang kukuh) terhadap Si B sentiasa " menyala " di hati Si A.




Si A juga kerap merungut-rungut padaku apabila aku tetap bersahabat dengan Si B. Bagi Si A, jika dia sudah tidak lagi mahu bersahabat dengan Si B, maka aku juga mesti ikut sikapnya iaitu tidak lagi meneruskan persahabatan dengan Si B.




Apa yang dilakukan oleh Si A ini kadang-kadang berlaku juga kepada sesetengah guru agama dan guru silat.




Ada guru agama dan guru silat melarang anak-anak muridnya dari belajar dari guru lain hanya disebabkan guru itu pernah " berkrisis " dengan guru lain itu.




Baginya, jika murid-murid masih tetap mahu belajar darinya, maka janganlah pula murid-murid itu belajar dari orang lain yang tidak disenanginya.




Jika dia " bermasam muka " dengan orang lain, maka dia juga mahu murid-muridnya menunjukkan sikap " kurang senang " terhadap orang itu.




Sedangkan, jika direnungkan kembali, apakah mesti ( wajib ) jika dia " tidak senang " dengan seseorang, maka orang lain juga mesti seperti itu !?.




Seperti juga kawanku tadi ( Si A ). Jika dia sudah tidak lagi mahu bersahabat dengan Si B, maka adakah aku juga mesti ikut jejaknya dan memutuskan persahabatan dengan Si B !?.




Apakah aku tidak boleh memilih jalan lain yang lebih selesa dengan keyakinan dan sikapku iaitu aku tetap bersahabat dengan Si A dan juga dengan Si B ?




Apakah jika Si A tidak suka makan " Nasi Padang ", maka aku juga mesti membencinya !?.



Namun, itulah realitinya. Memang di dunia yang semakin " jerebu " ini, tetap ada manusia seperti itu.





Bukan dia tidak sedar yang sikapnya itu tidak wajar, tidak rasional ( munasabah ) bahkan mungkin membawa pula kepada tidak syar'ie ( tidak mengikut syariat Islam ). Namun, seperti yang aku katakan sebelum ini : Ya, memang bukan mudah untuk berubah dan meninggalkan kebiasaan ( adat )walaupun sudah jelas ia tidak berfaedah dan mungkin juga ia bertentangan dengan Islam.


Hairan juga aku !!!.


Bahkan bukan hairan sahaja, kasihan pula dengan orang yang bersikap seperti itu !!!.


Kita sebagai orang islam tidak sepatutnya "pening kepala" apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah. Bukankah semua penyelesaiannya sudah ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Ditambah pula dengan akal yang waras dan bimbingan 'alim-ulamak.





Kasihan kerana nikmat akal yang waras dan panduan wahyu ( Al-Quran dan As-Sunnah ), tidak mampu menyuluh " hati dan sanubarinya " yang diselubungi "zulumat " ( kegelapan ).


" Zulumat bil Hasad wat Takabbur " ( Gelap-gelita disebabkan sifat hasad-dengki dan sombong/ego ).

Bukankah Iblis ( laknatulLoh 'alaih ) menjadi makhluk terlaknat gara-gara sombong !?.

Dan bukankah Kaum Yahudi ( yang paling banyak mendapat ilmu dan diutus ramai Nabi dan Rasul ) menjadi sesat-binasa dan terkutuk hanya disebabkan hasad-dengki terhadap Baginda Nabi Muhammad (SAW) dan bangsa Arab !?.


Al-Quran, As-Sunnah dan akal yang waras sudah Allah Ta'ala anugerahi. Apakah masih ada yang akan "meraba-raba" di kala sinar mentari terang-benderang di atas kepalanya !?.


Ya !, tidak mustahil terjadi begitu apabila mata sudah menjadi buta. 




Betapa pula apabila yang buta itu adalah mata hati !.










CINDAI PELANGI ®
4 - Muharram - 1431 H

21 - Disember - 2009 M
KUALA LUMPUR


posted on : 28 - Dis - 2009

















Ahad, 18 Oktober 2009

APA ADA PADA WARUNG KOPI ?

APA ADA PADA WARUNG KOPI ?



( Pemandangan sebuah Warung Kopi di Pekan Tumpat, Kelantan )




( 1 )


Di Tanah Air kita ; Malaysia , perkataan " Warung Kopi " ( Dieja dengan " U " , bukannya " O " = warOng ), merujuk kepada sebuah gerai atau kedai makanan / minuman kelas bawahan = kelas orang kebanyakan.







Pandangan kebanyakan masyarakat kita mengenai istilah " Warung Kopi " ( dipanggil juga " Kedai Kopi " ) berbeza dengan apa yang disebut sebagai " Restoran " ataupun " Kafe " ( Cafe ).


( Pemandangan sebuah Warung Kopi "Starbucks Coffee" di Pekan Beranang, Selangor Darul Ehsan )






 

Dan sudah tentu " Warung Kopi " kelasnya lebih rendah berbanding " Cafe " seperti Starbucks Cafe, Old Town White Coffee House dan seumpamanya.



 
 Di Indonesia juga ( khasnya Kepulauan Jawa ), masyarakat di sana memanggilnya dengan gelaran " WARONG KOPI " ( dieja dengan " O " , bukannya " U " sebagaimana di dalam Bahasa Melayu Malaysia ).



" WARONG KOPI " juga diistilahkan oleh mereka dengan nama ringkasnya " WARKOP ".


 


( Pemandangan sebuah Warung Kopi @ WarKop di Jawa Tengah )




Yang nyatanya samada ia di Malaysia ataupun dsia, " WARUNG KOPI " bukanlah setaraf ( sekelas ) dengan " Restoran " ataupun " Kafe ".



( 2 )


Apa ada pada " Warung Kopi " ?.


Itulah soalan untuk tulisanku kali ini. Soalan itu bukan bertanya mengenai apa yang dijual di situ ?. Ya, sudah pastilah yang dijual itu makanan dan minuman serta tak lupa juga , rokok !. Kadang-kadang ada juga warung kopi yang turut menjual " Jamu " dan " Ubat Tradisional " , sebagaimana yang sering terdapat di warkop-warkop di Indonesia.



Bukankah apa yang dipanggil sebagai " Warung Kopi " itu adalah sebuah gerai / kedai makanan dan minuman kelas bawahan @ kelas orang kebanyakan ?. Artinya = Ia adalah satu tempat yang banyak didatangi oleh kebanyakan rakyat.








Jadi, Apa yang ada pada " Warung Kopi " ?.


Apa yang ada pada " Warung Kopi " hingga golongan yang elit ( berjawatan besar dan kaya ) juga sanggup " mencemar duli " dan singgah di sebuah kedai / gerai makanan / minuman " rakyat marhaen " itu  ?.



( 3 )


Apa ada pada " Warung Kopi " ?. Atau dengan bahasa yang lebih jelas ; Siapakah golongan manusia yang sering ditemui di warung - warung kopi itu ?.


Kita akan temui berbagai-bagai jenis manusia dengan berbagai tujuan mereka selain dari tujuan menikmati makanan dan minuman di situ ?.



Kebanyakan  beranggapan warung kopi adalah tempat pertemuan kawan-kawan dan kenalan-kenalan ~ Lebih mudah berbanding bertemu di rumah. Di rumah kawan-kawan nanti mungkin membebankan si isteri untuk menyediakan makanan dan minuman tetamu yang datang . Berbual-bual pula tak boleh lama ( terutamanya bagi masyarakat kota ).


Akhirnya ; warung kopi yang asalnya sebagai sebuah tempat pertemuan kawan-kawan , menjadi pula sebagai sebuah tempat yang punyai berbagai manfaat lain , di antaranya :


~ Bagi " Kaki TV " ~ Golongan ini menjadikan warung kopi itu seumpama " mini cinema ". Apa yang ditonton ?, kebiasaannya rancangan drama kegemaran dan tidak sedikit juga yang menonton gusti dan bola sepak.


Bukan di rumah tidak ada TV. Ya, ada, bahkan TV sebesar 42' inci lagi. Tapi bukankah lebih seronok menonton TV beramai-ramai dengan kawan-kawan sambil berbual-bual dan mendengar ulasan-ulasan " percuma tanpa dibayar oleh pihak penaja rancangan " dari mulut kawan-kawan yang ikut sama menontonnya ?.



~ Bagi " Kaki Bisnes " ~ Tidak kiralah apa bisnes pun termasuklah " Direct Selling " dan " Multi-Level Marketing ( MLM ) " . Warung Kopi merupakan satu tempat yang agak strategik untuk berbincang mengenai bisnes yang dilakukan. Bahkan ada yang datang ke warung kopi dengan membawa fail-fail berisi produk-produk perniagaan mereka. Tak kurang juga yang membawa " laptop " ( komputer riba ). Bahkan ada yang bertemu bakal pelanggan , bakal prospek dan bakal " downline " di warung kopi. Pendek kata ; selagi ada usaha dan malu ditolak ke tepi, insya-Allah akan ada " lubang-lubang rezeki " walaupun di warung kopi.



~ Bagi " Kaki Bersembang-Sembang / Berborak-Borak / Berbual-Bual " ~ Inilah golongan yang paling banyak mendatangi warung kopi. Apa yang diperbualkan mereka ?. Macam-macam ada !!! . Dari topik internasional hinggalah topik nasional . Politik , Sosial, Ekonomi, Gossip dan Skandal Selebriti-Selebriti bahkan hingga ke topik-topik agama pun dibawa sebagai bahan perbualan di warung kopi.


~ Bagi " Pencari Teman Hidup "  ~ Warung Kopi juga menjadi " port " mereka. Samada orang yang diminati itu adalah orang yang sering ke warung itu atau mungkin juga pekerja-pekerja di warung itu ( atau mungkin juga tokey warung itu ) . He He He ..... !!! Jangan main-main !, memang ada yang bertemu jodoh di warung kopi dan tak dinafikan juga ada yang bertemu jodoh dengan pekerja-pekerja warung itu. Tak kiralah pekerja-pekerja itu orang tempatan ataupun import ( biasanya dari Indonesia ataupun Thailand ).


~ Bagi seseorang yang bergelar " YB " ( Yang Berhormat ) = Orang Politik . Setidak-tidaknya Tok Penghulu ataupun Ketua Kampung. Kalau warung kopi ini disisihkan dari agenda lawatan harian / mingguan mereka , alamat tak lamalah jangka hayat karier politik mereka .


Kenapa ??? . Cuba lihat golongan-golongan yang ada di warung kopi itu ?. Bukankah hampir semua golongan ada di warung kopi ?. Dan bukankah tugas utama orang politik adalah " untuk memenangi hati manusia " ???.


Maka, jika tidak ke kedai kopi , ke manakah lagi  ( Selain dari masjid, padang dan pasar ) ?.



( 4 )


Semasa aku bertugas sebagai " orang kuat " kepada seorang menteri di tanah air kita ini. Banyak juga cadangan yang kuberikan kepadanya. Cadangan itu bukanlah untuk kebaikan karierku ataupun " boss " aku itu semata-mata. Bahkan, ia ada kebaikan untuk rakyat dan memang sah ia memang berguna termasuklah untuk jangka-hayat karier politik " boss " aku itu.

 

Apa yang aku cadangkan ???. Aku tidak lokek untuk turunkan hal itu di sini walaupun aku tidak lagi menjadi " orang kuat " mana-mana orang politik !. Kalau anda memang sedang bertugas / berkhidmat dengan mana-mana " orang politik ", silakan mempraktikkan cadangan ini. Insya-Allah, bukan sekadar rakyat dan masyarakat menjadi senang, anda dan " boss " anda itu juga akan senang dan disenangi.



Pernah aku cadangkan kepada " boss " aku itu dulu : " Boss, apa kata, setiap seminggu sekali , boss tak perlu masuk awal ke ofis. Tapi boss duduk di mana-mana warung kopi di dalam kawasan boss. Ambillah masa dari pukul 8.00 - 11.00 pagi sebagai contoh. Di situ ramai rakyat akan bertemu dengan boss. Boss bukan sahaja dapat menyelami masalah-masalah rakyat bahkan boss akan dianggap sebagai " mesra rakyat ". Saya dan pembantu-pembantu khas akan datang membantu dengan membawa sama fail-fail dan laptop . Wang ringgit untuk belanja rakyat di situ usah boss khuatirkan. Insya-Allah, akan ada mana-mana orang yang akan belanja sebab mereka senang melihat boss menjadi mesra rakyat ".


 




( Gambar : Y.B Drs. Idham Lim - ADUN Titi Serong, Perak - Bersama-sama rakyat di sebuah Warung Kopi )



Boss aku yang bergelar " YB " itu rupa-rupanya tidak menganggap cadangan aku itu sebagai satu keutamaan ( prioriti ), samada untuk karier politiknya ataupun untuk masyarakat dan rakyatnya. " Hai !, benda yang simple macam tu pun tak mau dibuat !. Tak sempat nak buat ke atau tak menyediakan kesempatan untuk buat ?" ; rungutku di dalam hati. " Alah, biarlah dia !. Mungkin dia tak sayang kariernya dan dia pun memang bukan jenis senang nak ikut pandangan dan cadangan orang " ; rungut hatiku lagi.




Dalam dok sibuk-sibuk aku cuba pujuk " boss " aku itu untuk tetap melaksanakan cadanganku itu, tiba-tiba " musuh politiknya " yang melaksanakannya. Dibentang  kain rentang tertulis " YB ........... bersama rakyat di warung kopi ini " . Dibuat pula seminggu sekali . Hairan juga aku , dari mana dia dapat idea yang sama macam aku ?. Tapi yelah, aku juga insaf dan sedar bahawa seseorang " YB " itu memang kena kreatif dan fikirannya kena " ligat " mencari jalan bagaimana untuk memenangi hati rakyat jelata.



Akhirnya, " boss " aku yang asyik tak sempat ( atau asyik tak beri kesempatan ) untuk melaksanakan banyak cadangan dan pandangan orang, " bungkus karier politiknya " walaupun baru menduduki " kerusi sang menteri " tak sampai satu penggal." Bukankah aku dah cakap dulu, tak mau dengar " ; kesal hatiku.



Memang bukan mudah menjadi seorang " YB " @ " Orang Politik " ..... Jika mau bertahan lama, kena rajin " turun padang " , kepentingan peribadi kena banyak dikorbankan. Janji kena ditepati. Masa dan jadual perlu diurus sebaik-baiknya. Banyak alasan untuk " tidak hadir ke mesyuarat atau majlis yang melibatkan pemimpin dan rakyat " kena ditolak ke tepi. Kemewahan hidup usah ditonjol-tonjolkan . Gossip-gossip liar harus bijak ditepis.Pandangan pembantu-pembantu termasuklah pekerja-pekerja mesti didengar dengan baik. Semua yang biasa membantu, mesti dihargai dan dijaga kebajikannya.


Yang paling penting dalam dunia politik , wang ringgit jangan lokek @ kedekut !!!.


Tak mungkin anda akan " naik " hanya mengharapkan " ihsan " dan " sumbangan wang " orang lain kepada anda !!!.



( 5 )


Sesetengah orang beranggapan bahawa orang yang bergelar " ustaz / pendakwah / pak lebai " tak sepatutnya jadi " kaki lepak di warung kopi ". Anggapan mereka hal itu akan " menurunkan darjat ( maqam ) " seseorang ustaz / pendakwah / pak lebai itu.


Namun, sejauh manakah kebenaran sikap dan pandangan sebegitu ?.


Jika sekadar " lepak dan sembang-sembang kosong " , memang tidak perlulah. Tapi jika di warung kopi itulah boleh menjadi satu tempat sebahagian manusia boleh memanfaatkan ilmu seseorang ustaz / pendakwah / pak lebai, tidak ada salahnya golongan " agamawan " itu sering bertandang ke situ.


Ada manusia yang malu untuk bertanya di masjid ataupun di surau. Tapi di warung-warung kopi mereka tidak segan-silu mahu mendapatkan jawapan yang memuaskan hati dari ustaz / pendakwah / pak lebai itu.


Golongan " agamawan " atau lebih tepat disebut sebagai " pendakwah " mesti bijak memanfaatkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya untuk tujuan dakwah.

Golongan pendakwah harus lebih kreatif berbanding orang-orang politik dan orang-orang bisnes.


Golongan " agamawan " bukanlah " Golongan Yang Arif Hakim-Hakim " yang memang punyai etika untuk tidak bergaul secara terbuka dengan masyarakat.


Bukankah Al-Imam Hassan al-Banna yang terkenal itu juga sering turun ke " Maqha Shisha " ( Warung Kopi & Shisha ) untuk berdakwah !?.



" Pendayung sudah ada di tangan, apa lagi yang ditunggu ? ".



Sekian. Moga ada manfaatnya.



 
CINDAI PELANGI®
 
24-Ramadhan-1430 Hijrah
14-September-2009 Masihi
KUALA LUMPUR
 


Posted on : 18-Oktober-2009

Ahad, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA I'EDUL FITRI 1430 H

SELAMAT HARI RAYA I'EDUL FITRI 1430 H









Semoga segala amalan, doa permohonan, niat yang baik dan taubat kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala 
&
Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetap memberikan peluang kepada kita untuk terus ingat, bersyukur dan beribadat kepadaNYA dengan sebaik mungkin. 

Amin Ya Robbal 'Alamin

Ahad, 6 September 2009

POLITIK ALA FILEM INDIA ?


POLITIK ALA FILEM INDIA ?

( 1 ) 
Apa itu " POLITIK " ?. 

Ada banyak definasinya dan banyak pula yang membahaskan dari sudut bahasa asalnya , sejarahnya bahkan hukumnya menurut penilaian syariah Islam.
Namun  semuanya akan menjurus kepada kesimpulan bahawa apa yang dimaksudkan dengan " POLITIK " itu adalah apa-apa yang berkaitan dengan pemerintah dan rakyat. 

Artinya : " POLITIK " itu adalah " KUASA PEMERINTAHAN ".


( 2 ) 


Aku asalnya bukanlah orang yang sangat meminati " DUNIA POLITIK " , samada politik tanah air mahupun antarabangsa. 

Aku juga tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang ahli politik yang menduduki "hierarki " (Hierarchy) tertinggi kepimpinan parti, mahupun negeri ataupun negara ini.


Mengapa ?. Apakah kehidupan seorang " ahli politik " yang dilihat senang , mewah , berkuasa dan berjawatan itu tidak menarik minat aku ?.

Ah !....bukan aku tidak tahu hal itu semua. Tentu aku maklum akan hal itu. Aku sendiri sebelum ini pernah berkerja dengan bekas seorang timbalan menteri. Aku sendiri korbankan banyak masa dan tenagaku untuk berkhidmat kepadanya.  Ku tinggalkan keluarga tercinta dan kampung halamanku demi untuk memfokuskan kerja dan khidmatku padanya. Aku sendiri sudah merasa menjadi " orang kuat " beliau dan sekaligus dihormati masyarakat kerana status dan jawatanku itu.


Tapi, percayalah itu semua tidak menyebabkan aku " terliur " untuk menjadi sepertinya. 


Kenapa ?. Nantilah, insya-Allah dalam tulisan lain, akan aku nyatakan kenapa dan mengapa.


Yang sempatku nyatakan secara ringkas sebabnya ialah, memang dari asal aku tidak ada niat untuk menjadi " orang politik " .

( 3 )


Impian hidupku mudah sahaja. Mahu menjadi seorang pendidik yang dapat mempersiapkan anak-anak bangsaku menjadi manusia yang berguna untuk Agama, Bangsa dan Tanah Airku yang tercinta ini.


Mahu menyediakan satu generasi yang punya ilmu, bakat dan kemahiran untuk menghadapi " cabaran hidup " yang semakin hari semakin keras.


Biarlah apa pun ilmu dan bidang yang bakal generasi itu pilih. Tapi tujuannya biarlah untuk mengharumkan dan mempertahankan ALIF BA TA ( Agama, Bangsa & Tanah Air ).


( 4 )


Pernahkah anda menonton filem-filem dari Negara India ?. Biarlah apa pun namanya, " Bollywood " ( Hindustan ) ataupun " Tollywood " ( Tamil ).


Aku pun bukanlah penggemar filem-filem India. Cuma ada beberapa yang pernahku tontoni ( secara sengaja ataupun disebabkan terserempak ) berjaya meninggalkan bekas di dalam fikiranku.




Masa aku kecil dahulu, filem " HAATHI MERE SATHI " ( Lakonan Rajesh Khanna. Filem mengenai gajah dan manusia ) dan " VEERA PANDIYA KATTABOMMAN " ( Lakonan Sivaji Ganesan. Filem mengenai Raja Tamil yang menentang penjajah Inggeris ) berjaya menambat hatiku.



 Setelah aku dewasa, ada beberapa lagi filem India yang agak menarik dan berjaya menyebabkan aku " termanggu di hadapan skrin TV " ; iaitu " PHIR BHI DIL HAI HINDUSTANI "  ( lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla ) dan satu lagi, filem " SIVAJI : THE BOSS " ( lakonan Rajnikanth ).




Mengapa kedua-dua filem itu sangat menarik minatku ?. Ini kerana ia ada kaitan dengan " politik tanah air " ( walaupun tanpa niat si produser, pengarah dan penulis skrip filem itu untuk mengaitkannya ).




( 5 )


Apakah " fenomena politik " yang biasa dipaparkan di dalam filem-filem India itu ?.


Biasanya kita akan dapati Sang Hero akan berdepan dengan berbagai kesusahan dan keperitan untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan yang diyakininya.


Sang Hero akan berdepan dengan berbagai " karenah birokrasi " dari pejabat-pejabat pemerintah ( kerajaan ), samada dari pihak boss-boss jabatan itu dan ini, ketua polis , ketua-ketua jabatan / unit media-massa, " taikun-taikun besar dunia bisnes " dan lebih-lebih lagi " orang-orang besar politik " yang " tak sebulu " dengannya.

Bukan itu sahaja. Kongsi gelap dan penjahat / samseng pula akan diajak bersama untuk memusuhi sang hero itu.


Tidak cukup dengan itu, " cywar " berbentuk fitnah dan hasutan kepada masyarakat pula digunakan untuk " membunuh " sang hero. " Bunuh " itu samada niatnya untuk terus berjuang ataupun kariernya mahupun tubuh-badannya itu sendiri !.


Bahkan golongan agamawan pun diheret sama untuk membenci dan memusuhi Sang Hero itu !.


Apakah mereka itu buta dan pekak hingga kebenaran yang diperjuangkan oleh Sang Hero itu tidak disokong oleh mereka ?.


Ya !, memang mereka jadi buta dan pekak bahan turut menjadi bisu. Semuanya gara-gara wang !.


Itu yang disebut di zaman kini sebagai " politik wang ".


" POLITIK WANG " = " RASUAH POLITIK " = " WANG SOGOKAN PENAMBAT HATI ".


Semua jadi " kelabu mata " bahkan " buta " hanya gara-gara " politik wang " ini !!!.


Itulah yang dipaparkan di dalam filem-filem tersebut. 


Persoalannya : Apakah itu hanya " khayalan si pengusaha filem India " atau ia benar-benar satu realiti yang berlaku di dalam dunia politik di Negara India !?.


Arghhh !!!.... tak perlulah kita sibuk-sibuk dengan Negara India itu. Lihat sahaja ke negara kita ini ; Malaysia.


Apakah " fenomena " seperti itu tidak berlaku di dalam negara kita ini ???.


Jangan jawab soalan di atas dengan " sikap taksub " kepada mana-mana individu ataupun parti yang anda dokongi / sokongi, tetapi jawablah dengan " hati yang peka, fikiran yang waras dan pandangan yang tepat " !.


Pasti jawapan anda adalah : " Alah, ia lebih-kurang sama dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia ini ".




( 6 )




Rasuah - Salah Guna Kuasa - Birokrasi - Kezaliman - Media Massa " Berat Sebelah " - Pembohongan & Fitnah . Ini semua sudah menjadi " asam garam " di dalam wajah dan fenomena politik tanah air.


Apakah sikap rakyat Malaysia terhadap " kebobrokan " ini ?. Pada pengamatanku, sikap mereka adalah :




i - Menganggap itu adalah " kebiasaan " yang sudah biasa dilihat dan didengar. " Tak tipu, tak dianggap berpolitiklah " ; kata mereka .




Hasilnya, sikap yang menganggap semua " kebobrokan politik " itu sebagai " hal biasa " menyebabkan lahirnya satu golongan yang boleh menerima semua " kebejatan moral dan keruntuhan akhlak " diterima-pakai oleh ahli-ahli politik.




Golongan seperti ini tidak ubah seperti orang yang menipu di dalam perniagaan dengan alasan : " Alah !, kalau tak menipu tak dianggap bisneslah ".



Ahli-ahli politik yang memang " bejat moral dan runtuh akhlaknya " sudah tentu " senyum puas " dengan lahirnya golongan seperti ini .




ii - Golongan yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa di dalam " dunia politik tanah air " memang berlaku semua hal-hal yang buruk itu.



Mengapa saya gunakan perkataan : " tidak mahu menerima" !?. Kerana mereka sendiri sebenarnya melihat hal itu berlaku di keliling mereka, bahkan mungkin di dalam parti politik mereka sendiri. Namun, berapa ramai di kalangan manusia yang dapat menerima hakikat sebenar ?.




" Politikus-politikus yang bejat moral & rosak akhlaknya " juga akan " tersenyum puas " dengan wujudnya golongan seperti ini.




( iii ) 




Golongan yang memang mengakui bahawa kesemua keburukan di atas memang benar-benar berlaku di dalam " dunia politik tanah air " kita ini.




Tapi , apakah tindakan golongan ketiga ini untuk " mengubah fenomena politik tanah air " ?.




Tidak ada !!!, hanya sekadar melepaskan geram dan marah mereka di hadapan teman-teman di warung kopi. Sambil " berborak-borak " isu semasa. Itu lebih baik daripada mendengar " leteran isteri " di rumah ( mungkin ? ).




Mengapa pula begitu !?. Bukankah mereka juga asalnya geram dan marah terhadap " ahli-ahli politik yang rakus lagi buruk moralnya " itu ?.



Ya !, memanglah asalnya mereka geram dan marah. Namun apabila mereka melihat " fenomena politik dan sikap buruk sebahagian ahli-ahli politik tanah air " tetap juga begitu dan tidak berubah menjadi baik, akhirnya mereka menjadi " frust " ( putus asa dan kecewa ) dan berkata : " Lantaklah nak jadi apa pun. Buat letih aku aje nak ubah sesuatu yang tak mau berubah ! ".




Sekali lagi ............. ahli-ahli politik yang memang " bejat moralnya dan buruk akhlaknya " akan senang dengan keberadaan golongan yang " frust " seperti ini !.




( iv ) 




Golongan keempat ini pula adalah " golongan tak kisah " juga. Tak kisah = tak peduli apa yang berlaku di dalam " dunia politik tanah air " selagi ia tidak menggangu kepentingan mereka.




Kepentingan itu samada kepentingan peribadi / kepercayaan peribadi  atau organisasi ataupun perniagaan mereka !!!.




" Asalkan tak kacau aku atau kerja aku, tak mengapalah " ; kata hati mereka.





Jika Malaysia ini masih lagi dijajah " Barat " , sudah tentu semua " penjajah orang putih " itu akan tersenyum riang dengan adanya " golongan mondom dan mandul " seperti ini.




Walhal sebenarnya, tidak ada tempat ketiga di antara menyokong dengan menentang penjajah itu. " Berdiam diri  dan tidak peduli terhadap kezaliman / keburukan sedangkan diri itu berupaya menentang dan mengubahnya ,TIDAK ADA BEZANYA dengan menyokong kezaliman / keburukan itu, walaupun secara " senyap-senyap ".




( v ) - Golongan yang kelima ini pula adalah mereka yang masih dan yakin bahawa " masih ada sinar yang terang benderang walaupun dunia politik tanah air ini sudah gelap  berlapis-lapis ". 


Golongan ini yakin bahawa " kebobrokan dunia politik tanah air " dapat ditenangkan dan dijernihkan kembali. Namun semua itu sudah pasti dengan sebab ikhtiar dan doa serta tawakkal kepada ilahi.



" Bersama kita mengubah sekeliling kita,  termasuklah dunia politik kita menjadi lebih baik " . Itulah pegangan dan kepercayaan yang diperjuangkan oleh golongan kelima ini.




Golongan ini juga akan berusaha keras memastikan bahawa pegangan dan kepercayaan ini tidak tinggal sebagai semangat di dalam hati semata-mata, bahkan ia diterima dan diperjuangkan pula.




Segala bakat, ilmu dan kemahiran yang mereka miliki, akan mereka tujukan ke arah merealisasikan semangat dan pegangan mereka itu.




Mereka tidak mahu menjadi golongan yang hanya " melihat  angin perubahan ( ke arah kebaikan atau ke arah yang lebih baik ) itu berlaku, bahkan mereka sendiri mahu " bersama-sama angin perubahan itu ". Bukan sekadar menyokongnya, bahkan mahu mendokonginya.




" Si politikus-politikus yang bejat moral dan buruk akhlaknya " sudah pasti " tak senang duduk dan tak senang berdiri " dengan golongan seperti ini.




Niat mereka ;  " Usah ada " golongan seperti ini !!!. Dan ia akan diusahakan mereka yang " jahat " itu " by hook or by crook " ( secara baik ataupun secara jahat ).


" Penjahat-penjahat di dalam dunia politik " itu juga pasti akan " meratib-memuja-menyembah " teori Niccolo Machiavelli " yang mengajar " The End Justify the Means " ( Tujuan Menghalalkan Semua Cara : Baik ataupun Buruk ) !!!.




( 7 )





Bukankah pada awal tulisanku di atas sudahku nyatakan : " Aku asalnya bukanlah orang yang sangat meminati " DUNIA POLITIK " , samada politik tanah air mahupun antarabangsa ".


Bukankah aku juga pada asalnya lebih senang untuk menjadi seorang pendidik anak-anak bangsaku dan bukannya mahu menjadi " orang politik " ???.




Tapi mengapa sekarang aku menulis berkenaan " POLITIK " di tanah airku ini pula ???.



Ini kerana aku tidak mahu segala kekecewaan dan kemarahan aku terhadap " sang politikus yang zalim lagi bejat moral dan buruk akhlaknya itu " terkubur dan tinggal " semangat hangat-hangat tahi ayam semata-mata ".





Marahku lantaran rakyat ini cuba diperbodoh-bodohkan dan "digula-gulakan" mereka yang keji itu takkan kubiarkan ia " marak laksana api yang lama-kelamaan akan terpadam ".




Aku manusia yang ada hati dan perasaan. Naluriku masih terusik dek keburukan-keburukan dan kezaliman-kezaliman mereka itu.




Moyangku berhempas-pulas menentang Penjajah Siam di Kedah dahulu. Datukku sampai pernah ditempak dek komunis di Segari, Perak. Bapaku pula hingga masih ada kesan tembakan di dahi gara-gara mahu mempertahankan kedaulatan tanah air ini di era Konfrantasi ciptaan Soekarno  ketika di Sabah dahulu.  Aku pula ???. Takkan aku mahu duduk diam sahaja !?.




Bahkan lebih daripada itu, aku adalah seorang MUSLIM dan MUKMIN yang tidak boleh dan tidak akan redha sebarang kezaliman , kebejatan moral dan kerosakan akhlak. Apatah lagi jika ia dilakukan atau ditaja oleh seseorang yang bergelar " pemimpin politik " pula.


Kalau ibarat filem-filem India di atas, aku mahu bersama-sama " SANG HERO " yang menentang segala penjahat dan kejahatan mereka.





Aku sendiri mesti bersama-sama " the wind of change ( angin perubahan )" yang akan mencorak suasana masyarakatku ini, termasuklah suasana politiknya menjadi lebih baik dari sebelum ini dan menuju keredhaan ilahi.




Sami-sami Budha di Myanmar dan Thailand pun " tidak berdiam diri " tatkala kezaliman pihak Junta Tentera dan Kerajaan Thaksin bermaharajalela. Inikan pula aku..... aku yang bergelar MUSLIM lagi MUKMIN !!!.




Anda pula bagaimana ?. Masih enak dibuai mimpi-mimpi ngeri yang dihidangkan dengan indah !?.




Bangunlah !. Bangkitlah !. Cahaya panas mentari merah sudah lama singgah ke muka. Apakah mahu ditunggu hingga ia membakar muka baru hendak bergerak dan sedar ???.




Fikir-fikirkan ..... timbang-timbangkan !!!.




Sekian.





CINDAI PELANGI
16 - Ramadhan - 1430 Hijri 
6 - September - 2009 Masihi
8.30 pagi
KUALA LUMPUR

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "