SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Selasa, 20 Ogos 2013

MASALAH SAMSUNG TAB : BUTANG 'SCREENSHOT' HILANG


Assalamu'alaykum Wa RohmatulLohi Wa Barokatuh 
&  Selamat Hari Raya 'Iedul Fitri 1424H.


Hi, It's been a long time since we last met . Perhaps we all always in the care and mercy of ALLAH .


Today , i want to write in this blog in English  to improve my skill in this language . And actually I do not write in English for a long time . So, Please forgive me for  any errors, small ones and big ones. English is not my native language.

And  i don't want to write a lot , just enough with an English Proverbs: "A Picture Has A Thousand Words".

Maybe you also Samsung Tab user like me and
you may have a problem with this device . 
And I hope  this simple guide is really useful for all of us .

Good Luck & See You Again Soon , In-Sha-ALLAH .

Wasssalam . 




 




Cindai Pelangi®
KUALA LUMPUR
20 / 8 / 2013M
13 / Shawal / 1434H 


 

Khamis, 21 Mac 2013

KALAU BEGITU , APA BEZAKU DENGAN ORANG KAFIR ?



KALAU BEGITU , APA BEZAKU DENGAN ORANG KAFIR ?






{ 1 }

 

Kisah yang bakal dipaparkan ini adalah sebuah kisah benar yang disampaikan kepadaku oleh seorang pendakwah dari negara “ orang putih “  dua tahun lalu .

 

Kisahnya begini ………….

 

 

{ 2 }

 

 

Ahmad adalah seorang muslim yang berasal dari Somalia ; sebuah negara yang majoritinya umat Islam dan ia terletak di Benua Afrika . Isterinya juga berasal dari negara yang sama .

 

Mereka berdua yang menetap di Amerika Syarikat semenjak lebih 20 tahun lalu dan dianugerahkan ALLAH TA’ALA dengan empat orang anak lelaki kesemuanya . Rumah , kerja , jawatan dan juga pendapatan yang dimiliki oleh Ahmad sudah cukup menyebabkan beliau dianggap sebagai seseorang yang berjaya dengan cemerlang di dalam kerjaya dan kehidupannya .

 

Walaupun menetap sekian lama di Amerika Syarikat di dalam tempoh yang lama , Ahmad dan isterinya sangat taat di dalam menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam . Begitulah juga dengan anak-anak mereka kesemuanya .

 

Pada suatu hari , Ahmad mendapat arahan daripada pihak atasan syarikatnya untuk segera bertugas di cawangan syarikat itu di Dubai , Emiriah Arab Bersatu .

 

Setelah berbincang dengan kesemua anggota keluarganya , mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Dubai , kecuali keempat-empat anak mereka kerana kesemua mereka itu masih ingin meneruskan pengajian di New York . Nampaknya hanya si ayah ( Ahmad ) dan si ibu sahaja yang akan berpindah ke Dubai . 

 

 

 

{ 3 }

 

 

Setelah dua tahun berkerja di Dubai, tiba-tiba Ahmad dan isterinya didatangi oleh anak sulung mereka ; Saad . Dan datangnya kali ini bukan sekadar untuk menziarahi kedua ibu-bapanya yang menetap di Dubai itu , bahkan ada “ hajat besar “ yang ingin beliau nyatakan kepada kedua ibu-bapa yang sangat dicintainya .

 

Sebagai seorang anak lelaki sulung yang mempunyai kelulusan tinggi dan kerja yang menjamin kehidupannya di dunia ini , sudah pastilah “ hajat besar “ yang bakal disampaikan itu seperti sudah dapat diteka oleh kedua ibu-bapanya , iaitu untuk mendirikan rumah-tangga .

 

Namun “ hajat besar “ itu rupa-rupanya lain daripada apa yang biasa dijangkakan oleh mana-mana ibu-bapa . Anak sulung kebanggaan mereka berdua itu rupa-rupanya memohon izin kedua ibu-bapanya untuk berjihad fi sabilillah membantu umat Islam di Somalia yang sedang menghadapi kezaliman Amerika Syarikat , pemimpin-pemimpin tempatan yang menjadi “ tali-barut “ nya dan juga Tentera Militia Kristian yang ditaja oleh negara “ Polis Besar Dunia “ itu .

 

 

 Sebagai ibu-bapa yang sangat memahami tanggung-jawab mereka sebagai umat Islam yang juga wajib membantu sesama umat Islam , mereka pun mengizinkan anak sulung mereka itu pergi menunaikan jihad di Somalia ; kampung asal mereka .

 

 

{ 4 }

 

 

Setahun selepas itu peristiwa anak sulung mereka itu berjihad di Somalia , maka anak kedua mereka ( yang bernama Farhan ) pula datang menemui mereka dan meminta izin yang sama sebagaimana anak sulung mereka sebelum ini .

 

 

Ahmad dan isterinya walaupun berasa berat hati , namun tetap diizinkan anak kedua mereka itu untuk berjihad di Somalia .

 

 

Dengan doa dan harapan , dilepaskanlah anak kedua kesayangan mereka itu pergi ke medan juang untuk menentang kafirin musyrikin durjana yang berlagak seolah-olah Tuhan di atas muka bumi ini .

 

 

{ 5 }

 

Di Somalia , Farhan bergabung dengan Barisan Mujahidin . Di samping itu , dia sempat juga menziarahi datuk dan neneknya di sana dan juga sanak-saudaranya .

 

Tiga bulan selepas berada di Somalia , Farhan akhirnya menemui cita-cita tertingginya , iaitu untuk syahid di medan juang menegakkan Kalimah Tauhid yang teragung itu .

 

Saudara-maranya memaklumkan kepada Ahmad dan isterinya bahawa Farhan telah menemui syahid di jalan ALLAH sebagaimana juga abangnya ; Saad .

 

Mereka mengatakan juga di antara “ karamah “ ( kemuliaan ) yang ALLAH kurniakan kepada Farhan ialah dia sering berbicara tentang keindahan dan kehebatan nikmat-nikmat syurga kepada saudara-maranya dan juga kepada sesama teman-temannya ; para mujahidin di Somalia sana .

 

 

Dan pada hari syahidnya Farhan , para mujahidin yang berada berdekatan dengan pos di mana Farhan berkubu selalu melihatnya di dalam paras rupa yang sangat bercahaya dan indah berseri . Kelibatnya di hari itu seumpama malaikat yang datang membantu para mujahidin di dalam “ perang sabil “ itu .

 

SubhanalLoh , Maha Suci ALLAH dan Maha Besarlah DIA . Para Mujahidin dan lebih-lebih lagi para syuhada’ , mereka mendapat kemuliaan di dunia lagi . Belum lagi kemuliaan dan kenikmatan serta keagungan di dalam syurga nanti .

 

 

 

{ 6 }

 

 

Selang 6 bulan peristiwa syahidnya Farhan di kampung asal ibu-bapanya di Somalia , adiknya pula datang menemui ibu-bapanya di Dubai .

 

Setelah beberapa hari bersama-sama ibu-bapanya , Si Adik yang merupakan anak ketiga bagi Ahmad dan isterinya menyatakan maksud sebenar kedatangannya .

 

“ Mahu ikut jejak langkah abang-abang saya . Untuk memuliakan kalimah ALLAH dan menolong saudara-mara sedarah-sedaging dan seagama di Somalia “ , respon si adik kepada soalan kedua-ibu bapanya .

 

 

Si Ayah tidak membantah , bahkan mengizinkannya . Namun kali ini , Si Ibu hanya berdiam diri sahaja . Masih terbayang di matanya akan kedua-dua anaknya yang telah pergi menemui ALLAH ketika berjuang di kampungnya . Hatinya sangat merindui akan anak-anaknya itu . Si Ibu bingkas meninggalkan mereka berdua di ruang tamu lalu masuk ke dalam bilik sambil air mata bercucuran di matanya .

 

“ Umar , usahlah bercakap topik ini lagi . Esok-lusa pulalah kau cuba memujuk ibumu itu “ ; kata Si Ayah ( Ahmad ) kepada anak ketiga yang meminta izin untuk menyertai jihad di Somalia .

 

Umar hanya mengangguk-anggukkan kepalanya .

 

 

{ 7 }

 

 

Sudah 2 hari Umar menunggu reaksi positif daripada ibunya . Dan pada petang itu , Umar mengajak ibunya keluar menemaninya menghirup udara segar dan menikmati keindahan persisiran pantai di Bandar Dubai yang dianggap di antara bandar yang paling pesat pembangunan ekonominya di dunia hari ini .

 

Umar cuba meminta izin sekali lagi daripada ibunya untuk berjuang di jalan ALLAH di Negara Somalia . Namun si ibu kelihatan seperti berat hari untuk melepaskan anaknya ini ke sana .

 

Si Umar bertanya : “ Apakah ibu mahu menghalangku mempertahankan kemuliaan agama ALLAH ini dengan menyertai jihad di kampung ibu sendiri ? “ .

 

 

“ Bukan begitu, anakku sayang. Namun , kehilangan kedua-dua abangmu di sana masih ibu terasa sehingga ke saat ini . Dan engkau sendiri masih belum tamat belajar di universiti . Ada setahun lagi untuk engkau tamatkan pelajaranmu di sana dan meraih ijazah sarjana muda di bidang kejuruteraan itu “ ; jawab si ibu .

 

 

“ Biarlah dapat ijazah dahulu. Kemudian jika engkau tetap mahu pergi berjuang dan berjihad di sana , ibu akan mengizinkannya “ ; ujar si ibu lagi .

 

 

Umar memujuk lagi dengan katanya : “ Baiklah kalau begitu , ibu . Biarlah saya kembali ke New York . Saya akan meneruskan pelajaran saya di sana sehingga meraih segulung ijazah dengan kepujian kelas pertama . Kemudian saya akan mendapat kerja yang baik dengan pendapatan yang cukup lumayan . Dengan itu saya akan dapat memiliki rumah dan kereta mewah yang selalu diimpikan oleh kebanyakan orang . Saya juga akan mendapat isteri yang cantik menawan . Tidak lama kemudian , kami pula akan mendapat anak-anak yang bakal menyerikan lagi hidup kami dan juga menggembirakan hati ibu dan ayah .

 

Cucu-cucu ibu dan ayah itu nanti sama seperti kami . Mereka akan mendapat pelajaran tinggi di universiti ternama . Mereka kemudiannya akan mendapat kerja dan gaji yang lumayan di samping kereta dan rumah yang besar . Mereka pula akan berkahwin dan beranak-pinak . Kami pula di saat itu sudah tua dan hanya berehat menikmati masa tua kami di samping ladang dan ternakan di sekeliling rumah kami . Gaji dan pendapatan bulanan kami sudah pasti cukup menjamin kesenangan kami di masa tua nanti . Dan akhirnya kami akan mati menemui TUHAN kami yang setiap hari kami sembah dan kamu ucapkan bahawa DIALAH YANG PALING BESAR DAN MAHA AGUNG  .

 

 

Kalau begitulah hai ibuku tercinta , maka apakah bezanya pemikiran dan cita-cita kita dengan orang-orang kafir itu ? .

 

Bukankah itu juga yang ada di dalam otak dan impian mereka ? . Apa bezaku dengan mereka , hai ibuku ? . Dan apakah yang diimpikan itu semuanya benar-benar satu kebahagian yang hakiki dan kemulian di dalam hidup yang kita impi-impikan selama ini ? , atau sebenarnya ia adalah satu kederhakaan kepada TUHAN kita dengan memberikan 1001 alasan untuk tidak segera menunaikan kewajipan kita berjihad fi sabilillah dan membela nasib saudara-saudara kita yang terus-menerus dizalimi oleh mereka yang berlagak sebagai TUHAN di atas muka bumi ini ? “ ; tanya Si Umar seumpama sedang berpolemik di atas pentas perdebatan ilmiah .

 

Si Ibu tergamam dengan pertanyaan anaknya itu . Namun si ibu sangat kenal akan anaknya ini . Tanyanya itu bukan bererti mahu berlaku biadap kepada orang tuanya melainkan sebagai membetulkan tanggapan agar tidak tergelincir daripada kehendak ALLAH TA’ALA ; Tuhan Empunya seluruh isi alam ini .

 

 

Si Ibu membuka mulutnya selang beberapa detik . Katanya : “ Hai anakku , buah hatiku . Jika itu yang engkau pinta , maka adakah engkau yakin bahawa hanya dengan JIHAD FI SABILILLAH sahaja Islam dan umatnya akan kembali mulia dan agung sebagaimana dahulu ? “ .

 

Umar tersenyum dan menjawab : “ Ya , sangat yakin wahai ibuku sayang . Segala ilmu , ijazah , kemahiran , pangkat dan jawatan , kuasa politik , pembangunan dan harta-benda umat Islam sekarang tidak akan dipandang mulia oleh orang-orang kafir itu selagi itu semua tidak dijaga dengan JIHAD FI SABILILLAH dan dengan mengangkat senjata sehingga kesemua kaum kuffar musyrikin itu tunduk sujud hormat kepada kehormatan Islam dan umatnya . Sehingga mereka tidak sanggup lagi untuk terus menghina dan mentohmah agama kita yang sangat mulia ini .

 

Ibuku sayang , jika solat itu adalah tiang utama agama kita . Puasa , zakat , haji dan selainnya itu pula menjadi bilik , tingkap , pintu dan seluruh unit sesebuah rumah . Maka TAUHID yang sahih adalah tapak binaan rumah itu . Dan bayangkan rumah yang besar lagi penuh harta itu dibina tanpa dinding mahupun pagar yang kukuh , apakah nasibnya nanti ? . Pasti ia akan dimasuki oleh pencuri dan perompak . Tiada apa lagi yang akan tinggal dan selamat apabila mereka datang berbuat jahat . Maka dinding dan pagar rumah itu adalah JIHAD FI SABILILLAH .

 

Junjungan besar kita yang selalu kita muliakan itu , Baginda RasululLoh ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam ) adalah orang yang paling bijak di dalam berdakwah . Kepimimpinan Baginda di dalam bidang politik juga tiada tandingannya sampai bila-bila . Namun Baginda sendiri berperang di jalan ALLAH sebanyak 28 kali sepanjang hayatnya . Dan seluruh sahabat dan para khalifah ini juga tidak meninggalkan JIHAD FI SABILILLAH ini .

 

Maka adakah kita di hari ini dengan segala kelemahan kita sekarang berasa cukup “ dan akan dapat menundukkan “ kaum kuffar hanya dengan ilmu – pangkat – harta kekayaan – kuasa politik yang tidak seberapa itu ? . Apakah kita lebih pandai daripada Baginda RasululLoh ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam ) , Para Sahabat ( RadhiyalLohu ‘Anhum ) dan Para Khulafa’ ( RohimahumulLoh Ajma’ien ) ??? “ .

 

 

Si ibu lantas memeluk anaknya , Umar lalu mengatakan : “ Pergilah hai anakku sayang . Redha ALLAH lebih sepatutnya didahulukan berbanding redha ibu dan bapamu ini . Siapalah kami untuk menghalangmu sekiranya itu memang benar dituntut dan diarahkan oleh TUHAN kita semua ? “ .

 

 

 

{ 8 }

 

 

Umar sudahpun berangkat ke medan jihad di Somalia sana . Sehingga ke saat pendakwah yang menceritakan hal ini kepadaku 2 tahun lalu , si adik bongsunya masih menunggu-nunggu peluang untuk bergegas ke bumi Somalia demi mempertahankan maruah Islam dan umatnya daripada kezaliman Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya .

 

Semoga kita tidak lupa akan kewajipan kita untuk bersama-sama para mujahidin mempertahankan “ tapak binaan dan dinding serta pagar “ agama Islam yang suci ini .

 

Tanpa “ tapak binaan “ , mahupun “ dinding dan pagar yang kukuh “ itu , rumah besar yang bernama ISLAM ini pasti akan hancur-lebur dek kerakusan para kuffar musyrikin yang bongkak lagi zalim di muka bumi ini .

 

Marilah kita semua selalu mendoakan kemenangan dan kemuliaan bagi seluruh mujahidin yang sedang bersusah-payah mempertahankan kesucian dan menaikkan kembali keagungan Islam dan umatnya ini . Bantulah mereka dengan segala upaya kita sebelum jasad kita bersama-sama mereka di medan jihad fi sabilillah di atas muka bumi ALLAH TA’ALA ini .

 

ALLAHU AKBAR !

 

 


Sekian. Wassalam



Cindai Pelangi ®
Khamis  – 9 / Jamadil Awwal / 1434 H
21 / Mac / 2013 M

KUALA LUMPUR



Ahad, 10 Mac 2013

PENING : MANA SATUKAH YANG BENAR ?


PENING : MANA SATUKAH YANG BENAR ?



( 1 )


Kita hidup di kelilingi oleh manusia yang mempunyai mulut dan suara . Dan setiap mulut yang bersuara itu akan mengeluarkan ceritanya masing-masing .


Cerita dan berita samalah dan serupalah ia . Jika dikatakan cerita itu adalah suatu kisah atau riwayat yang belum tentu benar ( sahih ) dan palsunya , maka begitulah juga dengan berita dan yang seumpamanya . Ada yang memang benar ianya sahih dan ada pula yang sebaliknya .


Kita juga hidup sekarang di dalam dunia yang penuh dengan jerebu . Bukan sekadar jerebu pada cuacanya , tetapi jerebu juga di dalam pemikiran ( fikrah ) dan tanggapan ( pandangan / pendapat ) sehingga tidak sedikit yang menganggap “ kaca itu adalah permata “ .






Masalahnya ……… bagaimana sepatutnya sikap kita terhadap sesebuah cerita atau berita atau kisah yang sampai ke telinga kita ? .


Haruskah ia diterima begitu sahaja “ bulat – bulat “ ? .




( 2 )



ALLAH ; Tuhan Yang Maha Bijaksana , DIA bukan sekadar bijaksana di dalam mencipta seluruh isi alam ini , bahkan DIA juga telah sedia mengetahui apa yang akan terjadi dan dialami oleh setiap makhluk ciptaanNYA itu .  Ini adalah AQIDAH atau KEPERCAYAAN yang wajib diterima seerat-eratnya oleh setiap muslim , apatah lagi bagi setiap mukmin .


Jika begitu , adakah DIA hanya sekadar sedia mengetahui apakah kemelut dan masalah yang dihadapi oleh setiap makhlukNYA tetapi tidak pula DIA memberikan penyelesaian bagi setiap kemelut dan masalah itu ? .


SubhanalLoh …… Maha Sucilah ALLAH daripada sifat sedemikian rupa , kerana sifat itu menggambarkan ZALIM pada sifatNYA . Dan sangatlah MUSTAHIL bahawa ALLAH ; TUHAN YANG PENUH DENGAN SIFAT BELAS-KASIHAN TANPA SEMPADAN LAGI MAHA BIJAKSANA itu bersifat zalim !!! .


Maka , jika begitu bagaimanakah ALLAH mendidik dan memerintahkan kita apabila kita bertembung dengan “ kecelaruan pemikiran “ sehingga jadi  “ kelabu asap di dalam menyingkapi sesebuah berita / cerita “ ? .


Marilah kita renungi dan perhatikan lalu beramal dengan setiap ajaran dan didikan yang disampaikan menerusi kekasihNYA ; Baginda RosululLoh ( SollalLohu ‘Alayhi wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam ) menerusi Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sohihah .



 ( 3 )



Pertama : Menyiasat Kebenaran Setiap Berita / Cerita :


Firman ALLAH TA’ALA di dalam Al-Quranul Karim , Surah al-Hujurat , Ayat ke-6 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman . Jika kamu didatangi oleh seorang yang FASIQ dengan membawa satu berita ( cerita ) maka selidikilah ia . Agar kamu tidak menimpakan kesusahan terhadap sesuatu kaum disebabkan kebodohan kamu ( yang tertipu dengan berita palsu ) sehingga akhirnya kamu menyesal di atas apa yang kamu lakukan “ .


F A S I Q  …. Apakah pengertiannya dan ciri-cirinya ? .




FASIQ =  Menyimpang Dari Ajaran Agama / Cenderung dan Suka Berbuat Maksiat / Derhaka Kepada Ajaran ALLAH TA’ALA



Rujuk : Surah Al-Kahfi , Ayat 50

FASIQ = Berpura – Pura Sukakan Islam dan Beribadah , Namun di dalam hatinya Bencikan Islam dan Mencintai Bid’ah Dholalah . FASIQ di dalam pengertian ini sama sahaja dengan sifat NIFAQ ( munafiq ) 



Rujuk : Surah At-Taubah , Ayat 80

Tidak Mahu Menggunakan HUKUM-HAKAM ALLAH di dalam tindak-tanduk sehariannya 


Rujuk : Surah Al-Maidah , Ayat 47



Kewajipan melakukan PENYELIDIKAN dan SIASATAN ini dengan sendirinya ( automatik ) menolak amalan TAQLID ( mengikut dan menerima secara membuta-tuli / membabi-buta ) .


Firman ALLAH TA’ALA di dalam Surah Al-Isra’ , Ayat ke-36 :


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا


Terjemahannya :   Dan janganlah kamu mengikut apa-apa yang tidak kamu ketahui mengenainya ( mengikut secara membuta-tuli ) . Sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati-hati kamu semuanya itu masing-masing akan dipersoalkan kelak ( di hadapan ALLAH terhadap perbuatan itu )   


Berita dan cerita yang sampai kepada kita itu daripada manakah SUMBERnya ? . Jika ia bersumber daripada Golongan Yang Fasiq , maka menjadi kewajipan kita untuk menyelidiki dan menyiasatnya terlebih dahulu .  Menurut pengertian-pengertian FASIQ tadi , di kalangan umat Islam sendiri masih ramai yang bersifat FASIQ . 







Bagaimana pula jika ia berpunca daripada GOLONGAN YANG KAFIR ? …….. ABC , CNN , REUTERS dan seumpamanya ???


Bagaimana pula jika ia bersumberkan PUSAT SUMBER BERITA yang dikuasai oleh golongan yang terang-terang sentiasa menentang dan memfitnah ISLAM dan umatnya , lebih-lebih lagi terhadap golongan ‘alim – ulama’ dan golongan mujahidin dan golongan yang menguasai pusat sumber berita itu memang telah diketahui sangat mendalam dendam-kesumat dan sangat licik tipu-daya serta konspirasi jahatnya ???  .


Bodohlah kita apabila “ menelan begitu sahaja hidangan “ daripada musuh-musuh durjana tanpa mempedulikan adakah ia beracun atau tidak .


 Filem Wag The Dog : Sumber Inspirasi Para Politikus . Bijak ? , Licik ?  atau Jahatkah ?



( 4 )



Kedua  : Jika Masih Pening dan “ Dilemma “ ?  :


Bagaimana pula jika sesuatu cerita atau berita itu datangnya daripada dua pihak umat Islam ( yang zahirnya kelihatan sebagai umat Islam ) yang bertelagah di antara satu sama lain dan masing-masing pihak kelihatan hebat berhujah dan mengemukakan dalil / fakta ? .





Maka tindakan kita adalah seperti berikut :


( i ) – Pertama : SETIAP AMALAN DAN TINDAKAN MESTILAH BERDASARKAN DALIL-DALIL ( FAKTA ) DARIPADA AL-QURANUL KARIM DAN AS-SUNNAH YANG SAHIH :



Firman ALLAH TA’ALA di dalam Surah An-Nisa’ ; Ayat ke-59 :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا


Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman . Taatilah ALLAH , Taatilah Rasul dan para penguasa daripada kalangan kamu ( orang-orang yang juga beriman ) . Sekiranya kamu di dalam pertikaian , maka kembalikanlah ia ( isu / topik itu ) kepada ALLAH ( Al-Quranul Karim ) dan Rasul ( As-Sunnah ) . ( Kamu wajib merujuk kepada kedua-duanya itu ) sekiranya kamu ( benar-benar ) beriman kepada ALLAH dan  ( pembalasan ) hari akhirat kelak . Itulah yang terbaik ( untuk kamu lakukan ) dan sebagus-bagus kesudahan ( penentuan muktamad ) “



( ii ) – Kedua : SEKIRANYA SETIAP PIHAK YANG MENGAKU SEBAGAI UMAT ISLAM ITU MASING-MASING MENGEMUKAKAN HUJAH / DALIL SEHINGGA KITA MENJADI TIDAK TAHU HARUS KEPADA SIAPAKAH KITA BERPIHAK ?  :



Inilah yang menyebabkan kebanyakan umat Islam menjadi dalam ‘ dilemma ‘ . Namun , wajib dingat ! , tiada siapakah yang boleh mencerahkan lagi menjelaskan persoalan yang sukar , samar-samar ( jerebu / kelabu asap ) melainkan ALLAH TA’ALA sahaja .





Maka , mohon dan mintalah ( berdoa ) serta beristikharah kepadaNYA agar DIA memberikan jawapan yang muktamad yang menyebabkan segala dahaga dan kelaparan hilang serta merta . Sesuai dengan pesanan Hukamak ( Golongan Cerdik-Pandai ) :


  Tidak akan menyesal sesiapa yang beristikharah . Dan tidak akan rugi sesiapa yang meminta pandangan ( daripada golongan cerdik pandai ) “ .


Setiap bidang ada pakarnya masing-masing . Setiap ilmu masing-masing punyai ahlinya . Namun yang paling pakar dan paling mengetahui daripada kesemua yang dianggap pakar dan orang cerdik pandai itu adalah ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA . Lantaran itu , mohonlah sungguh-sungguh kepadaNYA agar kita dikurnaiakan jawapan dan keputusan yang tepat lagi muktamad .


Perhatikan ke dalam Surah Al-Fatihah , Ayat ke-6 , yang kita baca setiap hari di dalam 17 rakaat solat fardhu kita setiap sehari-semalam :


إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ


Terjemahannya :    Tunjukilah kami jalan yang lurus  






Almarhum Prof. Dr. HAMKA di dalam tafsirnya yang terkenal ; Tafsir Al-Azhar telah memberikan penghuraian mengenai ayat di atas .



إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
" Tunjukilah kami jalan yang lurus " 
( Ayat 6 )



“ Meminta ditunjuki dan dipimpin supaya tercapai jalan yang lurus. Menurut keterangan setengah ahli tafsir, perlengkapan menuju jalan yang lurus, yang dimohonkan kepada Allah itu ialah,


Pertama : al-Irsyad, artinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan, sehingga dapat membedakan yang salah dengan yang benar.

Kedua : at-Taufiq, yaitu bersesuaian hendaknya dengan apa yang direncanakan Tuhan.


Ketiga : al-Ilham, diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu yang sulit.


Keempat : ad-Dilalah, artinya ditunjuk dalil-dalil dan tanda-tanda dimana tempat berbahaya, dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya. Seumpama tanda-tanda yang dipancangkan di tepi jalan, berbagai macamnya, untuk memberi alamat petunjuk bagi pengendali kendaraan bermotor “


Begitulah pengertian dan maksud MOHON HIDAYAH yang diminta oleh kita di dalam 17 rakaat solat fardhu 5 waktu sehari-semalam itu .


Bagi penulis pula , MOHON HIDAYAH di dalam ayat ke-6 daripada Surah Al-Fatihah itu bukanlah sekadar MOHON HIDAYAH ( Petunjuk ) , malah ia juga merangkumi MOHON TAUFIQ ( kekuatan untuk mengikuti petunjuk itu ) .


Tamsilan dan perbandingan di antara HIDAYAH dengan PETUNJUK yang biasa penulis sampaikan kepada sesama saudara segama ini adalah seperti berikut :


“ Perbandingan dan perbezaan di antara HIDAYAH dengan PETUNJUK adalah seperti berikut :


Suatu hari , ketiga-tiga Bujang Lapok ( Ramlee , Sudin dan Aziz ) mahu menemui Pendekar Mustar untuk belajar silat . Sebaik sahaja mereka bertiga sampai ke penambang ( jeti ) , mereka pun bertanya arah rumahnya Pendekar Mustar. Lalu seorang pakcik penarik beca pun memberitahu bagaimanakah untuk mereka bertiga sampai ke rumah pendekar itu .


Setelah mereka meredah jalan bersimpang-siur , melihat pula setiap tanda nama jalan yang ditempuh dan dengan berpandukan peta yang dinyatakan oleh pakcik penarik beca itu , sampailah mereka bertiga ke rumah Pendekar Mustar dan tercapailah hasrat mereka bertiga untuk mempelajari silat . Tanda nama jalan , peta dan arah yang diberikan oleh pakcik tua penarik beca itulah ibarat HIDAYAH .


Namun , sekiranya pakcik penarik beca itu tadi membantu mereka bertiga dengan membawa mereka menaiki becanya . Lalu dibawa pula menemui Pendekar Mustar dan diperkenalkan pula oleh si pakcik tua penarik beca itu , maka itulah dia TAUFIQ . 






Contoh lain ………… semua orang tahu fadhilat solat tahajjud namun masih ramai yang tidak melaksanakannya . Tahu fadhilatnya itu adalah HIDAYAH sedangkan kekuatan yang menyebabkan segala mengantuk dan malas dapat ditolak ke tepi itulah TAUFIQ .


Maka itulah perbandingan mudah mengenai perbezaan TAUFIQ dan HIDAYAH   .


Sentiasalah bermohon kepada ALLAH akan kedua-duanya itu untuk segala kebaikan kita di dunia dan juga di akhirat .


Semoga segala syubhat – keraguan – kecelaruan pemikiran – pegangan tidak pasti akan digantikan oleh ALLAH TA’ALA dengan keyakinan yang muktamad .


Sekian. Wassalam.




Cindai Pelangi ®
27 – Rabi’ul Akhir – 1434 H 
10 – Mac – 2013
1.40 Pagi
KUALA LUMPUR

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "