Bismillahir Rahmanir Rahim
IQRA' BISMI ROBBIKAL LADZI KHALAQ ...( Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan ).
Alhamdulillah, dah lama aku berniat untuk mengumpulkan semua tulisan dan pandanganku sebelum ini ke dalam satu blog. Agarnya ia lebih mudah dirujuk dan dinilai. Mudah dirujuk oleh diriku sendiri dan keluargaku, khasnya serta untuk seluruh yang mengenaliku secara amnya.
Sebelum ini kebanyakan tulisan dan pandanganku lebih ku salurkan melalui Majalah Suara Kampus ( ketika di kampus dulu ), di website al-Ahkam.net , Forum Harmonisers , Web Silat.tv dan tumpang beberapa web / blog sahabat-sahabat.
Banyak yang bermain-main di minda dan yang terlintas di hati, tetapi ia tidak sempat dicoretkan sebelum ini. "Satu kerugian yang besar. Manalah tahu, ia ada manfaat juga sedikit-sebanyak ";kata hatiku.
Paling kurang ia dapat memberikan manfaat buat anak-anakku yang tercinta dan sahabat-sahabatku yang tersayang.
Yang paling penting, ia bermanfaat untuk diriku sendiri kerana menghargai bakat dan pengetahuan sendiri dan tidak pula membiarkan ianya sia-sia begitu sahaja.
Banyak ilmu, petua dan khazanah bermanfaat dari tok-nenek-moyang kita yang hilang begitu sahaja. Sebabnya ?. Mungkin kerana 'TERLALU BERAHSIA' ataupun ia 'TIDAK PERNAH DIREKODKAN & DIDOKUMENTASIKAN'.
Maka, bertitik-tolak dari situlah ku gagahi semangatku dan ku pacu daya-upayaku untuk mewujudkan blog ini. Niatku hanya untuk memberikan manfaat kepada semua sekadar sedikit kebolehan dan keupayaanku !.
Pada Allah Ta'ala kuserahkan usaha kecilku ini dan semoga DIA senantiasa meredhai dan memberikan panduanNYA buatku. Amin.
Terima Kasih di atas kesudian anda melayari blog ini.
Wassalam.
cindai pelangi
Khamis 11.50 malam Jumaat Mubarakah
29-Sya'aban-1430 Hijrah / 20 - Ogos - 2009 Masihi
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.