JIKA IA MEMANG SURATAN ILAHI
{ 1 }
Assalamu’alaikum Wa RohmatulLohi Wa Barokatuh dan
Selamat Hari Raya kepada semua saudara-saudari pengunjung blog ini .
Penulis sengaja menangguhkan perbahasan mengenai DOA
untuk memberi laluan kepada tajuk tulisan kali ini yang berkaitan dengan kuliah
yang sempat penulis berikan semalam .
Insya-ALLAH , perbahasan dan perbicaraan berkaitan DOA
akan disambung selepas ini tidak lama lagi .
T A Q D I R :
Takdir = Ketentuan = Suratan = Qadar .
Biasa juga disebut sebagai “
QODHO’ DAN QODAR “ .
Semua yang berlaku di alam semesta ini telah “
dijadualkan “ dan “ dirancang “ oleh tuan punya alam semesta ini selaku
penciptanya iaitu ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA .
Samada ianya kita fahami ataupun belum difahami
mengapa dan kenapa ia berlaku , semuanya diketahui secara terperinci oleh ALLAH
SUBHANAHU WA TA’ALA .
Dan walaupun ada yang masih belum dapat kita fahami
kenapa ia berlaku , namun kita tetap wajib bersangka baik terhadapNYA kerana
DIA sama-sekali tidak pernah berbuat sesuatu penganiyaan ( kezaliman ) ke atas
mana-mana makhlukNYA .
Mustahil ALLAH Yang Paling Baik serta Paling Pemurah
itu akan berbuat zalim dan aniaya kepada mana-mana di kalangan kita .
{ 2 }
Beriman kepada Taqdir bukan sahaja menerima dengan
redha apa yang sahaja kebaikan dan nikmat yang kita dapati . Kerana kalau itu
sahaja, maka sudah tentu semua manusia akan dianggap beriman .
Tidak ada orang yang merungut apabila rezekinya
bertambah . Samalah sebagaimana tiada manusia yang akan menyumpah-seranah
apabila menerima berita bahawa dirinya dinaikkan pangkat atau jawatan ataupun
kesihatannya semakin baik . Begitulah juga tidak akan ada seorang manusia pun
akan marah jika dirinya semakin menarik dan kacak / cantik .
Walhal , beriman kepada takdir ini termasuklah juga
menerima dengan redha setiap musibah dan keburukan yang menimpa kita .
Dan inilah yang tidak disukai oleh kita semua . Namun
walaupun kita tidak menyukainya , ia tetap berlaku ke atas kita kerana ada “
satu kuasa lain yang lebih kuat “ daripada kita yang menyebabkan perkara yang
tidak disukai itu berlaku juga ke atas kita .
“ Kuasa “ itu adalah ALLAH YANG MAHA
BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA ADIL LAGI MAHA PENUH KASIH-SAYANGNYA .
Tiada siapa yang suka ditimpa penyakit …. Contohnya ;
sakit gigi , apatah lagi ketika musim “ beraya sakan “ ini . Namun ia tetap
datang dan menimpa . Mengapa begitu ? . Kerana ALLAH yang merupakan TUHAN
kepada kita semua ( termasuklah TUHAN kepada gigi dan penyakit itu ) yang memerintahkan
ia supaya sakit dan berdenyut-denyut .
Memang ia tidak kita sukai . Namun apa yang boleh kita
lakukan di waktu itu dan yang lebih baik untuk dipamerkan sikap kita kepada
ALLAH kalau bukan menerimanya dengan redha dan tak lupa pula berusaha dan
berdoa agar penyakit itu sembuh !? .
Itulah hakikat diri kita sebagai “ HAMBA “ . Apalah
kuasa yang ada pada seseorang hamba untuk merungut-rungut apatah lagi
membangkang ? . Jika hamba diberikan hak untuk merungut-rungut ,
menyumpah-seranah dan membangkang , maka bukanlah lagi dia dianggap HAMBA . Dan
jika mahu dianggap hamba sekalipun , ia adalah HAMBA YANG DERHAKA DAN TIDAK
RETI BERSYUKUR ! .
Sekiranya gigi itupun boleh patuh kepada TUHANnya
untuk berdenyut-denyut dan berasa sakit , betapa pula dengan kita ? . Bukankah
gigi itu sebenarnya hanyalah “ nikmat pinjaman sementara “ daripada
ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA ! .
Belajarlah dan ambillah iktibar daripada sebatang gigi
yang sakit itu dan cerminkanlah ia dengan sikap dan kelakukan kita selama ini
terhadap TUHAN kita . SubhanalLoh ; Maha Suci ALLAH …. Begitu banyak
tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNYA yang ada di sekeliling kita termasuklah
pada tubuh-badan dan diri kita sendiri ! .
Sabda Baginda RasululLah ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Alihi
Wa Sohbihi Wa Sallam ) :
فما
الإيمان ؟ قال : الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله والجنة والنار والقدر
خيره وشره حلوه ومره من الله
الراوي: عبدالله بن عمر
المحدث:
الهيثمي - المصدر:
مجمع الزوائد - الصفحة
أو الرقم: 1/45
خلاصة حكم المحدث: رجاله موثقون
خلاصة حكم المحدث: رجاله موثقون
Ertinya : “ Malaikat Jibril
( ‘Alayhis Salam ) bertanya : Apakah pula dikatakan Iman itu ? “ . Baginda
RasululLoh ( SollalLohu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam pun menjawab (
mafhumnya ) : “ Iman itu adalah engkau
beriman kepada ALLAH , Para MalaikatNYA , Kitab-KitabNYA , Rasul-RasulNYA ,
Syurga dan Neraka , dan juga beriman kepada ketentuan taqdirNYA ; samada ia
berupa kebaikan ataupun sebaliknya , manis ataupun pahit , semuanya itu
daripada ALLAH “ – Majma’
az-Zawaid oleh Imam Al-Haitsami RH (1/45)
Maka , itulah dia HAKIKAT
BERIMAN KEPADA TAQDIR DAN SURATAN ILAHI , iaitu redha menerima
bulat-bulat apa sahaja yang telah DIA tentukan ke atas kita ; samada baik
ataupun sebaliknya . Dan samada ia adalah perkara yang manis ataupun yang pahit
.
Namun yang pahit itu akan manis akhirnya , iaitu
apabila kita tetap redha dengan ketentuanNYA dan ganjaranNYA ke atas sikap
redha kita itu adalah rahmat , barokah , keampunan dan rezeki melimpah-ruah
daripadaNYA dan akhirnya kita diterima olehNYA sebagai salah-seorang penghuni
syurgaNYA di akhirat kelak ! .
{ 3 }
Baginda RasululLah ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Alihi Wa
Sohbihi Wa Sallam ) telah memuji golongan yang beriman . Dan puji-pujian itu
sudah tentu bukan terhadap kepercayaan mereka semata-mata , bahkan meliputi
juga terhadap tingkah-laku dan sikap golongan yang dinyatakan sebagai golongan
yang beriman sebenar-benarnya itu .
Sabda Baginda RasululLah ( SollalLohu ‘Alayhi Wa Alihi
Wa Sohbihi Wa Sallam ) :
عجبا لأمر المؤمن . إن
أمره كله خير . وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن . إن أصابته سراء شكر . فكان خيرا له .
وإن أصابته ضراء صبر . فكان خيرا له
الراوي: صهيب بن سنان الرومي القرشي المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم : 2999
خلاصة حكم المحدث: صحيح
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Ertinya : “ Sungguhlah ajaib ( menakjubkan ) sikap
seseorang yang beriman itu . Semua yang berlaku ke atasnya , dianggap baik
belaka . Dan sikap seperti itu tidak wujud melainkan hanya bagi orang yang
beriman sahaja . Iaitu sikap apabila mendapat kesenangan , dia pun bersyukur .
Dan itulah sikap yang terbaik . Manakala dia ditimpa kesusahan , dia pun
bersabar . Dan itu pun adalah sikap yang terbaik baginya “
– Hadist Sahih
Riwayat Imam Muslim RH ( 2999 ) .
{ 4 }
Apabila semua yang berlaku di dalam kehidupan kita itu
sebenarnya semuanya telah ditentukan di “ Loh Mahfuzh “ oleh ALLAH SUBHANAHU WA
TA’ALA . Samada ia adalah hidup , kebaikan , nikmat , kesenangan , rezeki , pasangan
hidup ( nikah ) , jodoh , pertemuan , perpisahan , sakit , musibah , bala ,
bahaya dan juga mati , maka marilah kita terus menjalani hidup kita ini dengan
penuh redha dan gembira dengan segala pemberianNYA .
Ketahuilah sebenarnya kita telah berada di atas
jalanNYA dan jalan ketentuanNYA . Teruskanlah perjalanan hidup kita ini dan
elakkanlah diri serta tepislah setiap serangan dan godaan yang boleh
mencacatkan dan menghalang kita daripada sampai kepada redha dan rahmat ALLAH
TA’ALA dengan sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan daripadaNYA jua . Dan
mohonlah juga selalu agar kita tidak diuji dengan ujian-ujian dan
kesusahan-kesusahan yang tidak mampu kita pikul dan lalui .
“ Ya ALLAH ,
Tolonglah kami semua untuk sentiasa ingat , bersyukur dan melaksanakan ibadat
kepadaMU “ . Amin Ya Robbal ‘Alamin .
Sekian. Wassalam
Cindai Pelangi ®
ISNIN – 23
/ Syawal / 1433 H
10 / September / 2012 M
KUALA
LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.