BERSILAT DENGAN JIN SYAITAN ?
Tulisan ini sebenarnya telahku tulis semenjak 10 Oktober 2011
lagi . Dan ia belum sempatku muatkan di dalam blog ini . Ia masih lagi
berkaitan dengan DOA & PERMOHONAN dan juga berkaitan dengan SYAITAN PASTI
DAPAT KITA KALAHKAN .
Selamat Membaca ……… :-)
{ 1 }
Beberapa
hari lalu aku dihubungi oleh seorang sahabat ; seorang ustaz yang meminta aku
membantunya .
Pelik
hajatnya . Katanya ada seorang tua yang sakit teruk , tetapi menjadi
segar-bugar jika dapat bersilat . “ Selagi tak dapat nak “ pelepas angin dengan
bersilat “ selagi itulah dia bersilat “ ; kata sahabat itu lagi kepadaku .
Dakwa
sahabatku itu lagi bahawa orang tua itu telahpun dibawa berubat kepada seorang
pendakwah terkenal dari Pantai Timur ( bekas panelis Hal-Ehwal Islam RTM dan
pimpinan terkenal sebuah parti Islam di tanah air ) . Namun pendakwah itu
meminta keluarga orang tua itu membawanya menemui sahabatku itu .
“ Ana (saya) tak retilah syeikh main silat dengan orang macam
tu. Ana main Silat Gayong Pusaka manalah reti nak main ‘silat pulut’ ke atau
‘silat hembus-hembus’ ni . Tu sebablah ana minta tolong daripada anta (engkau)
“ ; kata sahabatku itu selaku
memujuk hatiku agar dapat menunaikan hajatnya dan hajat orang tua itu .
Setelah
puas sahabatku ; sang ustaz itu memujuk , akhirnya aku pun berkata kepadanya ; “ Okeylah , insya-ALLAH malam ini pukul
10 kita selesaikan “ .
{ 2 }
Memanglah
aku setuju untuk membantu hajat sahabatku itu tapi itu tidaklah bermakna aku
ini seorang dukun ataupun bomoh yang pandai merawat penyakit-penyakit seperti
itu .
Jika
aku ini seorang dukun ataupun bomoh , dah tentu awal-awal lagi aku dah
bersetuju dengan permintaan sahabatku itu tanpa perlu dia memujuk-mujuk diriku
.
Namun
aku amat yakin bahawa :
(a) – Tiada suatu apa pun yang boleh terjadi , samada untung
mahupun rugi , tiada apa pun boleh jadi “ ong “ atau “ suwey “ melainkan dengan
izin qudrat dan iradat ALLAH TA’ALA semata-mata à “
La Haula Wa La Quwwata illa billahil ‘Aliyil ‘Azhim “ .
(b) – ALLAH TA’ALA tidak akan mensia-siakan sesuatu doa dan
usaha yang dilakukan dengan ikhlas keranaNYA semata-mata .
(c) – Doa (permohonan dan hajat kepada ALLAH TA’ALA) dari
seorang muslim untuk saudaranya seagama tanpa pengetahuannya adalah di antara
ciri-ciri keikhlasan di dalam berusaha dan berdoa dan di atas dasar inilah juga
doa menjadi makbul dan mustajab di sisi ALLAH TA’ALA .
(d) – ALLAH TA’ALA akan senantiasa membantu seseorang selagi dia
juga suka membantu makhluk ALLAH TA’ALA dengan ikhlas .
(e) – Aku senantiasa cuba dan berusaha untuk terus BERSANGKA
BAIK kepada Tuhanku ; ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI TIADA SEBARANG TANDINGANNYA
termasuklah yakin bahawa doa dan usahaku ini tidak akan sia-sia dan pasti ALLAH
akan menerimanya.
(f) – Aku yakin dengan pertolongan ALLAH TA’ALA , melalui doa
yang ku panjatkan ke hadratNYA , terutamanya melalui silsilah perguruan dan
titisan barokah usaha dakwah Islam dan jihad guru-guruku , khasnya yang
berhubungan langsung dengan Syeikh Muhyiddin Saiyyid Abdul Qadir al-Jailani ( RahimahulLoh
) dan Syeikh Saiyyid ‘Abdullah Al-Qumayri al-Qibrori ar-Rifa’ie ( RahimahulLoh
) .
Itulah
‘ kunci keyakinanku ‘ ….. bukan kepada petua dan doa / jampi kerana aku sendiri
tidaklah belajar mahupun beramal dengan petua itu dan ini , mahupun doa / jampi
itu dan ini .
Dan
aku juga bukanlah orang yang selalu istiqamah dengan wirid-wirid mahupun
hizib-hizib yang tersohor di alam maya ini , apatah lagi untuk menghafalnya .
{ 3 }
Sementara
menunggu pukul 10.00 malam , tiba-tiba aku mendapat idea untuk meminta bantuan
daripada seorang tua yang sangatku hormati ; Tuan Haji Bukhari bin Haji Ahmad Yahami
; Guru Silat Pendekar Bertuah (
yang sebelum ini dikenali sebagai Silat Kuantan ataupun Silat Sentajo dari
Inderagiri, Riau) . Beliau adalah seorang tua yang biasa menjadi “ orang tengah
“ dan juga “ tempat rujukan “ kepada masyarakat Batang Kali , Hulu Selangor
khasnya dan juga kepada seluruh kenalannya di seluruh tempat amnya .
Alhamdulillah , Pak Bukhari yang biasa aku dan
kawan-kawanku memanggilnya dengan panggilan “ APAK “
bersetuju dengan hajatku itu .
Fikirku
cukuplah dengan satu kereta MPV kepunyaan sahabatku sang ustaz itu . Ustaz itu
bersama-sama adiknya dan seorang Pak Haji yang bernama Haji Paiman ; pengerusi
sebuah surau di Kepong campur dengan aku dan sahabatku yang bernama Haji
Abdullah ‘Wisma Yakin’ ( sahabat baik kepada Pak Bukhari ) . Kami berlima ini
jika bersama-sama orang tua yang ” sakit “ itu menjadi enam oranglah . Memang “
sedang elok “ dan “ ngam-ngam “ dengan kenderaan MPV dari Jepun yang terkenal
itu .
Sebaik
sahaja kami tiba di perkarangan rumah anak kepada orang tua yang sakit itu ,
rupa-rupanya bukan orang tua itu sahaja yang ada , malahan anak-anak ,
menantu-menantu dan cucu-cucu pun ada bersamanya .
Aku
dapat menduga yang ramai keluarga dan kerabatnya nak ikut ini sebab mahu “
menonton “ satu sayembara (pertarungan) silat ataupun satu perlawanan ilmu
kebatinan di antara aku dengan orang tua itu . “ Inilah akibat banyak menonton
cerita-cerita khurafat , filem-filem hantu dan mistik di dalam tv “ ; rungut
hatiku sendirian .
Terusku
nyatakan bahawa bukan aku yang akan “ bersilat “ ataupun “ merawat “ orang tua
itu , bahkan sebenarnya Pak Bukhari di Batang Kali .
Dan
kenyataanku itu rupa-rupanya tidak mematahkan semangat mereka untuk menonton “
sayembara “ yang mereka harapkan itu . Kebanyakan mereka akan ikut serta
membawa orang tua itu ke rumah Pak Bukhari .
Segera
aku menghubungi lagi Pak Bukhari agar tidak menyusahkannya untuk menerima
tetamu yang ramai pada tengah malam itu nanti .
“ Apak , semua keluarganya nak ikutlah ke rumah Apak “ ; kataku kepada Pak Bukhari melalui panggilan telefon
.
“ Ha, iyalah . Tak mengapa . Tapi berapa
ramai semua tu ? “
; tanya Pak Bukhari kepadaku .
“ Kira-kira dalam 4 atau 5 kereta “ .
“ Apa ramai sangat , kau datang bawa rombongan meminang ke ? “ ;
tanya Pak Bukhari lagi dengan sinis .
Aku
pun merasa lucu dengan soalan itu , namun lebih-kurang begitulah jumlah yang
akan ke rumah Pak Bukhari di malam itu . Dan memang semacam nak bawa rombongan
meminang pula jadinya .
{ 4 }
Sebaik
sahaja kami dan kesemua keluarga orang yang “ sakit “ itu tiba di rumah Pak
Bukhari , beliau terus menyambut kedatangan kami dengan mesra . Terus beliau
mengajak kami semua untuk minum teh yang telah disediakan .
Bukan
itu sahaja , malah beliau dan isteri beliau mengajak kami untuk menikmati makan
malam yang baru disediakan ; Bihun Goreng , Mee Bandung dan Kueh Teow Goreng .
Semua itu telahpun terhidang di meja besar di ruang tamunya .
Semua
terkejut dengan sambutan beliau . Dan aku tersenyum dengan sikap Pak Bukhari
itu yang bagiku ada maksud yang tersirat ( namun bertujuan murni ) di sebalik
tindakannya itu .
Kebanyakan
keluarga orang tua yang sakit itu keberatan untuk menikmati juadah tengah malam
yang disediakan . Entahkan kerana malu , ataupun kerana mahu “ menonton sayembara
“ terlebih dahulu .
Aku
lebih senang berada di kerusi batu di perkarangan rumah Pak Bukhari sambil
bersembang-sembang dengan beliau dan kadang-kadang aku dan begitu juga Pak
Bukhari masuk mendekati orang tua yang sakit itu di musolla ( ruang Solat ) yang Pak Bukhari sediakan
bersebelahan ruang tamu rumahnya yang cantik itu .
Sambil-sambil
Pak Bukhari mempersilakan para tetamu untuk terus menikmati hidangan tengah
malam yang lazat itu , beliau tetap mendekati dan memberikan beberapa nasihat
berunsur agama kepada orang tua yang sakit itu . Sambil aku , Hj Abdullah
‘Wisma Yakin’ dan sahabatku ; Sang Ustaz itu turut sama berada di sekeliling
orang tua yang sakit itu .
“ Lain yang ditunggu , lain pula yang tiba “ ; itulah agaknya kata hati kebanyakan anggota
keluarga orang tua yang sakit itu apabila ku melihat air muka kebanyakan mereka
yang merasa “ kurang senang “ dengan tindakan Pak Bukhari itu .
Yang
mereka mahukan setelah bersusah-payah datang jauh-jauh adalah “ aksi –aksi
silat atau pertembungan ilmu kebatinan “ sebagaimana yang banyak ditonton di
dalam cerita-cerita seram / mistik . Namun yang berlaku adalah seumpama sebuah
majlis kenduri di tengah malam yang diselitkan oleh nasihat-nasihat agama oleh
tuan rumah itu ; Pak Bukhari .
Beberapa
ayat suci yang biasa kita dengari dibacakan oleh Pak Bukhari di dalam
nasihat-nasihatnya itu . Tujuannya agar dibaca dan difahami baik-baik oleh
setiap kami , lebih-lebih lagi orang tua yang sakit itu sehingga menjadi “
darah-daging “ dan sekaligus sebagai “ penawar “ kepada “ sakit “ yang dialami
oleh orang tua itu .
“ Jangan dipandang ianya tidak seberapa . Jangan anggap ia tidak
punya rahsia kekuatan . Walaupun ia hanya ayat-ayat yang biasa kita dengar dan
baca , namun itulah sebenarnya hakikat kita sebagai makhluk dan hakikat ALLAH
sebagai Tuhan Penguasa seluruh isi alam ini . Lihatlah sahaja kepada BISMILLAHI
ROHMANIR RAHIM ….. Kalau tidak kerana DIA bersifat AR-ROHMAN lagi
bersifat AR-ROHIM , tiadalah kita dan tiadalah alam ini tercipta . Dan LA
HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZHIM itulah ubatnya yang
mujarab kerana di situlah intipati kita sebagai makhluk dan DIA sebagai
Al-Khaliq ; Yang Maha Mencipta segala-galanya “ ; Pak Bukhari bersyarah dan menasihati kami semua
menurut ingatanku di saat ini .
Padaku , nasihat itu juga berisi teguran kepada mereka
yang merasakan bahawa Pak Bukhari tidak pun bersilat ataupun merawat , Cuma
hanya menasihati dan bersyarah semata-mata .
Padaku,
apa yang dilakukan oleh Pak Bukhari itulah sebenarnya BERSILAT dan itulah juga sebenarnya
MERAWAT . Bersilat di dalam maksud mengelak dan menepis segala
serangan-serangan syaitan laknat ke dalam hati sanubari anak-cucu Nabi Adam
‘Alayhis Salam ini agar jangan sampai terperangkap dek jeratnya yang maha licik
lagi jahat . Dan memukul serta menyerang kembali bala tentera syaitan
laknatulLoh itu dengan senjata-senjata ayat-ayat suci ILAHI .
Samalah dengan apa yang senantiasa dipesan oleh Al-Fadhil Tuan
Guru Ustaz Ahmad Junaidin ( Ustaz Mat Janggut – Guru Utama Silat ABJAD ) yang
menyimpulkan bahawa SILAT itu adalah segala GERAK – GAYUNG – GAYANG yang
menyambut ketaatan mutlak kepada ALLAH TA’ALA , kepada IMAN dan TAUHID serta
menepis-membuang-mengelak sebarang SYIRIK – KHURAFAT – RIDDAH (MURTAD) – DOSA
terhadap ALLAH TA’ALA .
Itulah
sebenarnya SILAT ….. bukannya sekadar beraksi berpencak dan bersilat yang
budak-budak kecil , ahli-ahli gimnastik dan para pelakon pun boleh meniru dan
mempamerkannya !!! .
Walaupun
begitu , kadang-kadang kenakalan Pak Bukhari yang telah berusia 82 tahun dan
pernah digilis separuh badannya oleh keretapi di Segambut pada tahun 1965
dahulu tetap terkeluar juga .
“ Eh , katanya tadi datang nak bersilat dengan saya . Saya dah
memang ‘stand by’ dah dari tadi ni haaaa ! “ ; usik Pak Bukhari .
“ Tak mau dah . Taubat nak buang dah . Tak mau bersilat lagi “ ; jawab pesakit tua itu .
Pak Bukhari mengulang semula ayat-ayat suci yang
dibacakan tadi agar dapat dituruti dan diingati oleh orang tua yang sakit itu
sebagai proses merawat diri sendiri dengan bertaubat dan memohon ampun kepada
ALLAH TA’ALA serta meninggalkan segala “ pendamping “ dari kalangan
syaitan yang “ masuk “ bersama beberapa amalan kebatinan silat yang
dipelajari dan diamalkannya dahulu .
Pak Bukhari berpesan lagi : “ Nanti datanglah lagi dengan membawa
cermin muka . Akan saya tulis beberapa ayat suci di atas cermin itu dan
kemudian , ia direndam di dalam air sebaldi untuk memandikan pesakit ini “ .
Akhirnya , semua ahli keluarga pesakit dan juga
pesakit itu pun memohon untuk pulang ke rumah mereka kerana sudah semakin larut
malam . Tinggallah aku , sang ustaz , Haji Abdullah ‘ Wisma Yakin ‘ dan Haji
Paiman masih meneruskan ‘ sembang-sembang ‘ bersama-sama Pak Bukhari .
{ 5 }
Semasa
perjalanan pulang , sempat aku nyatakan kepada sahabatku yang bergelar “ ustaz “
itu : “ Ustaz ,
sebenarnya jika kita turuti kehendak orang tua yang sakit itu yang awal-awal
tadi minta untuk bermain silat pulut dengannya sebenarnya kita dah turuti
kehendak syaitan “ .
Ustaz
itu kehairanan , lalu bertanya : “ Mengapa pula enta kata begitu ? “ .
Jawabku
: “ Ye lah … Cuba
enta bayangkan pakcik tu asalnya bangun pun dah tak larat . Tiba-tiba nak minta
bersilat pula . Jadi siapa sebenarnya yang hendak bermain silat itu , adakah
memang dia ataupun “ makhluk “ yang ada di dalam dirinya itu ? “.
“ Ye lah kata enta tu …. , AstaghfirulLohal ‘Azhim . Kalau kita
turuti kehendaknya untuk bermain silat tadi , dah tentu kita dah turuti
kehendak si syaitan dan sekaligus pada peringkat pertama lagi syaitan dah
menang dan kita kalah “ ; kata
sahabatku sang ustaz itu sambil memandu kenderaannya .
Ustaz
itu menyambung lagi : “
A’ah betullah tindakan Pak Bukhari tu . Dia bagi nasihat . Dia ajar doa-doa .
Dia layan pula kita ni sebagai tetamu dengan layanan yang cukup istimewa . Itu
semua sebenarnya mempraktikkan SUNNAH NABI SOLLALLOHU ‘ALAYHI WA SALLAM . Dan
sesiapa yang beramal dengan ajaran dan sunnah Baginda RosululLoh SollalLohu ‘Alayhi
Wa Sallam , pasti akan dipagari oleh penjagaan dan pemeliharaan ALLAH TA’ALA
dan sekaligus syaitan-syaitan tidak akan berjaya mengganggu dan menewaskannya “ .
Aku
tersenyum sahaja mendengar kesimpulan yang disampaikan oleh temanku itu dan
bersyukur kepada ALLAH di atas pengalaman yang cukup berharga itu .
{ 6 }
Seminggu
selepas peristiwa itu , aku sebagaimana rutin , aku akan ke pasar
pagi yang tidak jauh dari kediamanku di hujung minggu . Aku mengambil peluang mendatangi salah-seorang
di antara anggota keluarga pesakit tua itu yang sememangnya berniaga di pasar
pagi itu .
Si
peniaga itu menyatakan ; “
Ustaz , saya sebenarnya berasa kesal dengan sikap kebanyakan anggota keluarga
kami pada malam itu . Lagak mereka seperti orang yang tidak reti berterima
kasih dan tidak beriman sahaja walaupun ada 3 orang yang belajar di Al-Azhar “ .
Katanya
lagi menyambung ; “ …..
disebabkan tak puas hati kerana hajat mereka tidak kesampaian pada malam
kelmarin tu . Adik kepada ayah kami tu ( pakcik tua yang sakit tempohari ) pun
bermain silat dengan ayah kami sebaik sahaja sampai daripada rumah Pak Bukhari
( 4.00 pagi ) . Katanya agar dapat memenuhi hajat ayah kami “ .
Saya
senyum dan bertanya : “
Hmmm…. Yang sebenarnya itu memang hajat ayah kamu semua atau hajat syaitan yang
berada di dalam tubuh ayah kamu tu ? . Logiknya , ayah kamu nak bangun pun dah tak
larat dah “ .
Si
peniaga itu terdiam dan kepalanya terangguk-angguk setuju dengan kata-kataku
itu .
Aku
katakan lagi : “
Syukur kepada ALLAH yang memberikan kesedaran kepada saya . Jika saya penuhi
permintaan ayah kamu pada malam itu untuk bermain silat dengannya , sudah pasti
syaitan yang akan menang kerana hakikatnya tak lain dan tak bukan yang berhajat
itu adalah syaitan ; saka ilmu persilatan yang dituntutnya dahulu dan bukannya
dirinya sendiri . Sebab itulah saya tidak mahu melayan permintaan itu “ .
Si
peniaga itu terangguk-angguk lagi dan mukanya memang kelihatan kesal dengan
tindakan sebahagian besar anggota keluarganya itu yang tetap mahu menunaikan
hajat songsang itu .
Sebelum
aku beredar , aku katakan lagi : “ Biarlah apa yang berlalu itu. Ambillah iktibar dan pelajaran .
Mari kita sama-sama berusaha amalkan seluruh isi ajaran Baginda Nabi kita ;
Nabi Muhammad SollalLohu ‘Alayhi Wa Sallam . Insya-ALLAH dengan itu , kita
semua bukan sahaja akan selamat selama-lamanya bahkan akan senantiasa dibantu
oleh bala-tentera ALLAHU TA’ALA di dalam kehidupan kita ini “ .
Semoga
ada manfaat dan pengajaran di sebalik pengalaman berharga ini .
Sekian. Wassalam
Cindai
Pelangi ®
Isnin
– 12 / Zulkaedah / 1432 H
= 10 / Oktober / 2011 M
KUALA LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.