SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Isnin, 21 Disember 2009

TRADISI YANG HAIRAN BIN AJAIB

 TRADISI YANG HAIRAN BIN AJAIB

( 1 )




Agak lama aku tidak menulis di dalam blogku ini. Sibuk dengan beberapa urusan mencari rezeki. Apatah lagi, aku pun baru beberapa minggu dipanggil kerja " makan gaji ".


Tradisi. Apa itu tradisi ?. Bolehlah diertikan tradisi itu ialah : ADAT & KEBIASASAN. Sesuatu yang dijadikan kebiasaan.


Namun, istilah TRADISI punya arti yang berlainan dengan TABIAT dan LATAH , walaupun kedua-duanya itu pun berkait-rapat dengan kebiasaan seseorang ataupun masyarakat.







( 2 ) 

Pernahkah kita bertemu dengan sebahagian anggota masyarakat kita yang bergaduh di antara satu sama lain ?.


Apa sebabnya ?. Ada banyak sebab, samada ianya munasabah atau sebaliknya.


Begitu juga, pernahkah anda mendengar cerita ada orang di zaman sekarang bergaduh disebabkan sebelum ini tok-nenek moyang mereka bergaduh ?.




Katakanlah ceritanya begini.... 50 tahun dahulu, ada 2 orang yang duduk sekampung bergaduh. Katakanlah namanya " Pak Chaq " dengan " Pak Su ". Bergaduh pun hanya disebabkan hal yang " titik-bengit ".


Setelah kedua-duanya mempunyai anak-anak dan membesar hingga dewasa, anak-anak Pak Chaq dengan anak-anak Pak Su pula saling bergaduh di antara satu sama lain.


Hinggalah Pak Chaq dan Pak Su masing-masing sudah mendapat cucu. Cucu Pak Chaq dan Pak Su belajar di kelas dan sekolah yang sama. Walaupun begitu, mereka berdua kelihatan " tak ngam " dan " tak mesra". Apabila ditanya kenapa mereka begitu ?, jawab masing-masing : " Sebab tok aku pernah bergaduh dengan tok dia ".




Maknanya : Anak-anak dan cucu-cucu Pak Chaq dan Pak Su bergaduh di antara satu sama lain hanyalah sebagai menerus sengketa lama yang ditimbulkan oleh Pak Chaq dan Pak Su.




Mengapa tidak ada seorang pun yang berani UBAH TRADISI ini !?.




Apakah tidak ada di antara keturunan Pak Chaq dan Pak Su yang " mengaji tinggi " ( educated ) dan cuba memperbaiki keadaan ini ?.




Mungkin ada, cuma berapa kerat di kalangan kita ( sebagai manusia ini ) yang BERANI untuk melakukan perubahan @ mengubah sesuatu ADAT TRADISI. Namun, percayalah bukan senang untuk mengubah sesuatu yang telah " mendarah-daging "  pada diri seseorang atau pada sesebuah masyarakat.




( 3 ) 




Alangkah indahnya, jika ada mana-mana dari keturunan Pak Chaq ataupun Pak Su yang bersikap lari dari " sengketa silam " dan " cipta satu tradisi baru yang lebih bermakna " !.




Alangkah indahnya jika salah-seorang dari keturunan itu bangun lalu berkata : " Eh !, apa kita tak merasa bosan dan jemu dengan sengketa yang tiada kesudahan ini ?. Apa faedah yang kita perolehi hasil sengketa tok-nenek moyang yang kita teruskan ini ? ".




Ya !, memang indah jika berlaku perubahan sebegitu. Namun, sekali lagi mari kita berfikir : " Berapa ramaikah yang sanggung berubah ( kepada yang lebih baik ) ?. Dan berapa ramai pula yang sanggup memimpin perubahan ( dengan meninggalkan adat-tradisi yang buruk kepada yang baik lagi bermanfaat ) ?.




Dah jadi satu " tabiat " ( habit ) kepada manusia, walaupun dia tahu apa yang biasa dilakukan itu tidak bermanfaat bahkan mungkin membahayakan pula, dia tetap sukar untuk meninggalkannya, bahkan mungkin tidak mahu meninggalkannya !!!.




Dan begitulah juga, jika ada ADAT-ISTIADAT / ADAT RESAM yang disinggung kerana tiada / kurang faedahnya atau disebabkan bertentangan dengan SYARIAT ( Agama Islam ), pasti akan ada yang menentang.


Yang menentang itu pula adalah orang yang dianggap sebagai " ahli agama " juga, yang kadang-kala terdiri dari ustaz-ustaz, pak imam dan lebai-lebai.


( 4 )


Jika sesuatu adat-tradisi yang tidak berfaedah & bertentangan dengan syariat itu dipertahankan oleh golongan yang jahil mengenai Islam, mungkin juga kita tidak merasa apa-apa.




Namun, jika yang tetap mempertahankan kebatilan itu adalah " golongan agamawan " juga, maka inilah yang menghairankan.




Lihat sahaja kepada beberapa adat-tradisi yang batil ( bertentangan dengan Islam ) di kalangan masyarakat Melayu kita yang masih wujud seperti " membuang ancak " , " mandi safar ", " menyembelih binatang di kubur-kubur yang dianggap keramat " dan juga adat " bersanding ".


Apakah tidak ada golongan yang dianggap " ahli agama " yang terlibat !?.




( 5 ) 


Kenapa tetap ada golongan yang dianggap " ahli agama " yang terlibat dengan adat-tradisi yang batil sedangkan ia bertentangan dengan syariat Islam !?.




Ada banyak sebabnya, selain dari ia mampu untuk " mendatangkan hasil ( wang ringgit ) ".




Sebab lain adalah kerana ia adalah ADAT TRADISIONAL ZAMAN-BERZAMAN !.




Itulah realitinya, bukan mudah untuk mengubah , apatah lagi menghapuskan sesuatu adat kebiasaan yang telah " mendarah-daging " pada diri seseorang / sesebuah masyarakat.




Tentangannya pasti ada dan kadang-kadang ia datang secara " keras " dan mengancam kehidupan dan bahkan nyawa orang yang cuba mengubah / menghapuskannya.




Jika anda adalah seseorang dai'e ( pendakwah ), maka hal ini sangat perlu diberikan perhatian. Ini agar dakwah itu lebih mudah diterima dan tersebar di khalayak.




( 6 ) 




Tadi telah dinyatakan mengapakah anak-cucu Pak Chaq dan Pak Su tetap meneruskan sengketa sesama mereka. Bagi mereka, jika tok-nenek moyang mereka bergaduh dengan satu pihak, maka semua keturunan mereka juga mesti meneruskan sengketa itu.


"Mesti meneruskan sengketa lama " ; itulah pegangan mereka walaupun mereka juga tahu bahawa tiada faedah pun yang dapat mereka ambil dari sengketa itu dan tidak pula mendatangkan pahala di sisi Allah SWT.


Bukan senang untuk berubah, dan tentunya bukan juga senang untuk mempimpin perubahan di kalangan masyarakat kita.




Kerana itu jangan hairan, disebabkan kerja dakwah dan melakukan perubahan itu bukan satu kerja yang senang, maka ganjaran dan pahalanya juga sangat besar di sisi Allah SWT.



( 7 )


Aku ada 2 orang kawan yang lebih tua dariku ( Katakanlah Si A dan Si B ). Bukan sekadar tua usianya, ilmu yang mereka miliki juga lebih dari apa yang aku miliki.


Dua orang kawanku itu juga saling bersahabat antara satu sama lain. Hubungan di antara mereka sebelum ini sangat baik hinggalah ada pihak ke-3 yang " mengeruhkan " hubungan itu.




Sejak itu Si A bukan sahaja tidak mahu bersahabat lagi dengan Si B, bahkan curiga dan syak-wasangka (tanpa sebarang bukti yang kukuh) terhadap Si B sentiasa " menyala " di hati Si A.




Si A juga kerap merungut-rungut padaku apabila aku tetap bersahabat dengan Si B. Bagi Si A, jika dia sudah tidak lagi mahu bersahabat dengan Si B, maka aku juga mesti ikut sikapnya iaitu tidak lagi meneruskan persahabatan dengan Si B.




Apa yang dilakukan oleh Si A ini kadang-kadang berlaku juga kepada sesetengah guru agama dan guru silat.




Ada guru agama dan guru silat melarang anak-anak muridnya dari belajar dari guru lain hanya disebabkan guru itu pernah " berkrisis " dengan guru lain itu.




Baginya, jika murid-murid masih tetap mahu belajar darinya, maka janganlah pula murid-murid itu belajar dari orang lain yang tidak disenanginya.




Jika dia " bermasam muka " dengan orang lain, maka dia juga mahu murid-muridnya menunjukkan sikap " kurang senang " terhadap orang itu.




Sedangkan, jika direnungkan kembali, apakah mesti ( wajib ) jika dia " tidak senang " dengan seseorang, maka orang lain juga mesti seperti itu !?.




Seperti juga kawanku tadi ( Si A ). Jika dia sudah tidak lagi mahu bersahabat dengan Si B, maka adakah aku juga mesti ikut jejaknya dan memutuskan persahabatan dengan Si B !?.




Apakah aku tidak boleh memilih jalan lain yang lebih selesa dengan keyakinan dan sikapku iaitu aku tetap bersahabat dengan Si A dan juga dengan Si B ?




Apakah jika Si A tidak suka makan " Nasi Padang ", maka aku juga mesti membencinya !?.



Namun, itulah realitinya. Memang di dunia yang semakin " jerebu " ini, tetap ada manusia seperti itu.





Bukan dia tidak sedar yang sikapnya itu tidak wajar, tidak rasional ( munasabah ) bahkan mungkin membawa pula kepada tidak syar'ie ( tidak mengikut syariat Islam ). Namun, seperti yang aku katakan sebelum ini : Ya, memang bukan mudah untuk berubah dan meninggalkan kebiasaan ( adat )walaupun sudah jelas ia tidak berfaedah dan mungkin juga ia bertentangan dengan Islam.


Hairan juga aku !!!.


Bahkan bukan hairan sahaja, kasihan pula dengan orang yang bersikap seperti itu !!!.


Kita sebagai orang islam tidak sepatutnya "pening kepala" apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah. Bukankah semua penyelesaiannya sudah ada di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Ditambah pula dengan akal yang waras dan bimbingan 'alim-ulamak.





Kasihan kerana nikmat akal yang waras dan panduan wahyu ( Al-Quran dan As-Sunnah ), tidak mampu menyuluh " hati dan sanubarinya " yang diselubungi "zulumat " ( kegelapan ).


" Zulumat bil Hasad wat Takabbur " ( Gelap-gelita disebabkan sifat hasad-dengki dan sombong/ego ).

Bukankah Iblis ( laknatulLoh 'alaih ) menjadi makhluk terlaknat gara-gara sombong !?.

Dan bukankah Kaum Yahudi ( yang paling banyak mendapat ilmu dan diutus ramai Nabi dan Rasul ) menjadi sesat-binasa dan terkutuk hanya disebabkan hasad-dengki terhadap Baginda Nabi Muhammad (SAW) dan bangsa Arab !?.


Al-Quran, As-Sunnah dan akal yang waras sudah Allah Ta'ala anugerahi. Apakah masih ada yang akan "meraba-raba" di kala sinar mentari terang-benderang di atas kepalanya !?.


Ya !, tidak mustahil terjadi begitu apabila mata sudah menjadi buta. 




Betapa pula apabila yang buta itu adalah mata hati !.










CINDAI PELANGI ®
4 - Muharram - 1431 H

21 - Disember - 2009 M
KUALA LUMPUR


posted on : 28 - Dis - 2009

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "