IKHLASKAH KITA DI DALAM BERDOA ?
( Siri Tulisan : Ikhlas Sungguhkah Aku Ini ? )
{ 1 }
Sedikit perkongsian hasil ilham yang ALLAH kurniakan
selepas Solat Asar tadi dan aku yakin
ini benar-benar daripada ALLAH dan bukan bisikan-bisikan SYAITAN :
" Islam adalah Cara Ibadat dan Cara
Hidup paling simple dan direct to the point
“
Kunci mencapai redha ALLAH
ialah :
Kenali diri sendiri yang serba tak cukup lagi serba lemah ini
lalu BERGANTUNG HARAP lah sekuat-kuatnya kepada ALLAH TA'ALA YANG MAHA GAGAH
PERKASA LAGI MAHA SEMPURNA LAGI MAHA MEMBERI CUKUP dengan doa yang tak
jemu-jemu .
Kunci Amalan diterima ALLAH TA'ALA pula adalah :
(1)- Kekal sbg muslim dgn menjaga Aqidah drp
sebarang bahaya ayirik dan Riddah (Murtad) ,
(2) - Ikhlas kerana ALLAH semata-mata , dan
(3) - Ittibaa' ( Ikut dgn mempelajari )
sunnah-sunnah yang dipusakai daripada Baginda Rasulullah SAW sebagai mana
termaktub di dalam Kitab Al-Quranul Karim dan Hadist-Haditsnya yang sahih .
{ 2 }
Lantaran kenal diri ini " SERBA LEMAH " dan "
MUNGKIN TEWAS PADA BILA-BILA MASA SAHAJA " maka aku wajib senantiasa
BERSANDAR DAN MENUMPANG Kegagahan dan Keperkasaan serta Pengawasan ALLAH TA'ALA
sentiasa . Dengan berTAWASSUL ( Menggunakan perantaraan ) dan berTABARRUK (
Mengambil Barokah ) segala keagungan dan kemuliaan yang ada pada ZAT ALLAH
TA'ALA menerusi ISMUL A'AZHOM-NYA ( Nama " ALLAH " ) , ASMAUL HUSNA ,
Sifat-Sifat-NYA dan juga dengan " menumpang " segala doa dan harapan
yang pernah dipanjatkan kepada-NYA oleh para kekasihnya ; Baginda Rasulullah
SAW , Para Rasul Ulul 'Azmi AS , Segala Nabi dan Rasul AS , Sahabat Empat RA ,
Seluruh Sahabat Ahli Perang Badr RA - Bai'ah Al-Aqobah RA - Bai'ah Ridhwan RA
dan seluruh Para Sahabat RA dan kekasih-kekasih ALLAH TA'ALA .
Sedar diri sehingga tidak berlagak seumpama " WALI
" mahupun " PENDEKAR "
sedangkan diri ini jauh sekali untuk dianggap WALI mahupun PENDEKAR !!!
Siapalah diri ini sebenarnya ??? ...... Tiada apa-apa
punnnnnnnnnnnn !!!
{ 3 }
Ilham ini datang apabila aku merenung dan menimbang-nimbang
hajat seseorang kerabat yang meminta aku membantunya " mengusir syaitan-syaitan " yang
mengganggu rumahnya .
Perlukah aku membaca wirid-wirid yang panjang-panjang
sebagaimana sahabat-sahabatku yang belajar dari guru-guru yang terkenal itu ? .
Bagaimanakah aku nak membaca yang panjang-panjang sedangkan
sendiri pun sentiasa " tak cukup masa " . Namun aku juga memang suka
membaca RATIB - WIRID - HIZIB yang panjang-panjang itu apabila aku
berkesempatan .
Aku tak suka " buat amalan " kerana terpaksa atau
di dalam keadaan terburu-buru " tak cukup masa " kerana nanti " IKHLAS " ku tiada
dan hilang begitu sahaja ! .
Jika baca yang panjang-panjang itu syaratnya , maka bagaimana
pula dengan hamba-hamba ALLAH dari kalangan masyarakat awam yang tidak kenal
RATIB itu dan HIZIB ini !? .
Adakah RAHMAT DAN PERTOLONGAN ALLAH TA'ALA hanya makbul
kepada RATIB , HIZIB DAN WIRID yang panjang-panjang itu ??? .
Atau sebenarnya itu hanyalah CONTOH-CONTOH DOA
PERMOHONAN MINTA TOLONG sahaja !? .
Disebabkan Aku ini hanyalah " MANUSIA BIASA
" dan juga " MASYARAKAT AWAM " ..... maka sekadar yang mampu
buat dengan ikhlas hanyalah DOA & SUNGGUH-SUNGGUH MINTA TOLONG KEPADA ALLAH
agar diselamatkan kerabatku itu dengan bahasa dan gaya bahasa yang aku lebih
selesa dengannya .
Maaflah hai saudaraku tercinta ! ...... Sekadar itu yang
kumampu lakukan setakat ini .
Insya-ALLAH , jika ada kemampuan lain ( masa dan tenaga ) ,
aku akan mendoakan lagi dengan wirid yang panjang-panjang .
ALLAHUMMA .... Iyyaka
Na'abudu wa Iyyaka Nas'taien ... Amin .
Sekian. Wassalam
Cindai Pelangi ®
SELASA – 6 / Muharram / 1434 H = 20 / November
/ 2012 M
KUALA LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.