PENING
: MANA SATUKAH YANG BENAR ?
( 1
)
Kita hidup di kelilingi oleh manusia yang
mempunyai mulut dan suara . Dan setiap mulut yang bersuara itu akan
mengeluarkan ceritanya masing-masing .
Cerita dan berita samalah dan serupalah ia .
Jika dikatakan cerita itu adalah suatu kisah atau riwayat yang belum tentu
benar ( sahih ) dan palsunya , maka begitulah juga dengan berita dan yang
seumpamanya . Ada yang memang benar ianya sahih dan ada pula yang sebaliknya .
Kita juga hidup sekarang di dalam dunia yang
penuh dengan jerebu . Bukan sekadar jerebu pada cuacanya , tetapi jerebu juga
di dalam pemikiran ( fikrah ) dan tanggapan ( pandangan / pendapat ) sehingga
tidak sedikit yang menganggap “ kaca itu adalah permata “ .
Masalahnya ……… bagaimana sepatutnya sikap kita
terhadap sesebuah cerita atau berita atau kisah yang sampai ke telinga kita ? .
Haruskah ia diterima begitu sahaja “
bulat – bulat “ ? .
( 2
)
ALLAH ; Tuhan Yang Maha Bijaksana , DIA bukan
sekadar bijaksana di dalam mencipta seluruh isi alam ini , bahkan DIA juga
telah sedia mengetahui apa yang akan terjadi dan dialami oleh setiap makhluk
ciptaanNYA itu . Ini adalah AQIDAH atau
KEPERCAYAAN yang wajib diterima seerat-eratnya oleh setiap muslim , apatah lagi
bagi setiap mukmin .
Jika begitu , adakah DIA hanya sekadar sedia
mengetahui apakah kemelut dan masalah yang dihadapi oleh setiap makhlukNYA
tetapi tidak pula DIA memberikan penyelesaian bagi setiap kemelut dan masalah
itu ? .
SubhanalLoh …… Maha Sucilah ALLAH daripada
sifat sedemikian rupa , kerana sifat itu menggambarkan ZALIM pada sifatNYA .
Dan sangatlah MUSTAHIL bahawa ALLAH ; TUHAN YANG PENUH DENGAN SIFAT
BELAS-KASIHAN TANPA SEMPADAN LAGI MAHA BIJAKSANA itu bersifat zalim !!! .
Maka , jika begitu bagaimanakah ALLAH mendidik
dan memerintahkan kita apabila kita bertembung dengan “ kecelaruan
pemikiran “ sehingga jadi “
kelabu asap di dalam menyingkapi sesebuah berita / cerita “ ? .
Marilah kita renungi dan perhatikan lalu
beramal dengan setiap ajaran dan didikan yang disampaikan menerusi kekasihNYA ;
Baginda RosululLoh ( SollalLohu ‘Alayhi wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam )
menerusi Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sohihah .
( 3
)
Pertama :
Menyiasat Kebenaran Setiap Berita / Cerita :
Firman ALLAH TA’ALA di dalam Al-Quranul Karim ,
Surah al-Hujurat , Ayat ke-6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ
فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا
عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Terjemahannya : “
Wahai orang-orang yang beriman . Jika kamu didatangi oleh seorang yang FASIQ
dengan membawa satu berita ( cerita ) maka selidikilah ia . Agar kamu tidak
menimpakan kesusahan terhadap sesuatu kaum disebabkan kebodohan kamu ( yang tertipu
dengan berita palsu ) sehingga akhirnya kamu menyesal di atas apa yang kamu
lakukan “ .
F A
S I Q …. Apakah pengertiannya dan
ciri-cirinya ? .
FASIQ = Menyimpang Dari Ajaran Agama / Cenderung dan
Suka Berbuat Maksiat / Derhaka Kepada Ajaran ALLAH TA’ALA
|
Rujuk : Surah Al-Kahfi , Ayat 50
|
FASIQ = Berpura – Pura Sukakan Islam dan
Beribadah , Namun di dalam hatinya Bencikan Islam dan Mencintai Bid’ah
Dholalah . FASIQ di dalam pengertian ini sama sahaja dengan sifat NIFAQ (
munafiq )
|
Rujuk : Surah At-Taubah , Ayat 80
|
Tidak Mahu Menggunakan HUKUM-HAKAM ALLAH di
dalam tindak-tanduk sehariannya
|
Rujuk : Surah Al-Maidah , Ayat 47
|
Kewajipan melakukan PENYELIDIKAN dan SIASATAN
ini dengan sendirinya ( automatik ) menolak amalan TAQLID ( mengikut dan
menerima secara membuta-tuli / membabi-buta ) .
Firman ALLAH TA’ALA di dalam Surah Al-Isra’
, Ayat ke-36 :
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ
أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Terjemahannya : “ Dan janganlah kamu mengikut apa-apa yang tidak
kamu ketahui mengenainya ( mengikut secara membuta-tuli ) . Sesungguhnya
pendengaran , penglihatan dan hati-hati kamu semuanya itu masing-masing akan
dipersoalkan kelak ( di hadapan ALLAH terhadap perbuatan itu ) “
Berita dan cerita yang sampai kepada kita itu
daripada manakah SUMBERnya ? . Jika ia bersumber daripada Golongan Yang Fasiq ,
maka menjadi kewajipan kita untuk menyelidiki dan menyiasatnya terlebih dahulu
. Menurut pengertian-pengertian FASIQ
tadi , di kalangan umat Islam sendiri masih ramai yang bersifat FASIQ .
Bagaimana
pula jika ia berpunca daripada GOLONGAN YANG KAFIR ? …….. ABC , CNN , REUTERS
dan seumpamanya ???
Bagaimana pula jika ia bersumberkan PUSAT
SUMBER BERITA yang dikuasai oleh golongan yang terang-terang sentiasa menentang
dan memfitnah ISLAM dan umatnya , lebih-lebih lagi terhadap golongan ‘alim –
ulama’ dan golongan mujahidin dan golongan yang menguasai pusat sumber berita
itu memang telah diketahui sangat mendalam dendam-kesumat dan sangat licik
tipu-daya serta konspirasi jahatnya ??? .
Bodohlah kita apabila “ menelan begitu
sahaja hidangan “ daripada musuh-musuh durjana tanpa mempedulikan
adakah ia beracun atau tidak .
Filem Wag The Dog : Sumber Inspirasi Para Politikus . Bijak ? , Licik ? atau Jahatkah ?
( 4
)
Kedua : Jika Masih Pening dan “ Dilemma “ ? :
Bagaimana pula jika sesuatu cerita atau berita
itu datangnya daripada dua pihak umat Islam ( yang zahirnya kelihatan sebagai
umat Islam ) yang bertelagah di antara satu sama lain dan masing-masing pihak
kelihatan hebat berhujah dan mengemukakan dalil / fakta ? .
Maka tindakan kita adalah seperti berikut :
( i ) –
Pertama : SETIAP AMALAN DAN TINDAKAN MESTILAH BERDASARKAN DALIL-DALIL ( FAKTA )
DARIPADA AL-QURANUL KARIM DAN AS-SUNNAH YANG SAHIH :
Firman ALLAH TA’ALA di dalam Surah An-Nisa’ ;
Ayat ke-59 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا
اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ
إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Terjemahannya : “ Wahai
orang-orang yang beriman . Taatilah ALLAH , Taatilah Rasul dan para penguasa
daripada kalangan kamu ( orang-orang yang juga beriman ) . Sekiranya kamu di
dalam pertikaian , maka kembalikanlah ia ( isu / topik itu ) kepada ALLAH (
Al-Quranul Karim ) dan Rasul ( As-Sunnah ) . ( Kamu wajib merujuk kepada
kedua-duanya itu ) sekiranya kamu ( benar-benar ) beriman kepada ALLAH dan ( pembalasan ) hari akhirat kelak . Itulah
yang terbaik ( untuk kamu lakukan ) dan sebagus-bagus kesudahan ( penentuan
muktamad ) “
( ii ) – Kedua
: SEKIRANYA SETIAP PIHAK YANG MENGAKU SEBAGAI UMAT ISLAM ITU MASING-MASING
MENGEMUKAKAN HUJAH / DALIL SEHINGGA KITA MENJADI TIDAK TAHU HARUS KEPADA
SIAPAKAH KITA BERPIHAK ? :
Inilah yang menyebabkan kebanyakan umat Islam
menjadi dalam ‘ dilemma ‘ . Namun , wajib dingat ! , tiada siapakah yang boleh
mencerahkan lagi menjelaskan persoalan yang sukar , samar-samar ( jerebu /
kelabu asap ) melainkan ALLAH TA’ALA sahaja .
Maka , mohon dan mintalah ( berdoa ) serta
beristikharah kepadaNYA agar DIA memberikan jawapan yang muktamad yang
menyebabkan segala dahaga dan kelaparan hilang serta merta . Sesuai dengan
pesanan Hukamak ( Golongan Cerdik-Pandai ) :
“ Tidak akan menyesal sesiapa yang beristikharah
. Dan tidak akan rugi sesiapa yang meminta pandangan ( daripada golongan cerdik
pandai ) “ .
Setiap bidang ada pakarnya masing-masing .
Setiap ilmu masing-masing punyai ahlinya . Namun yang paling pakar dan paling
mengetahui daripada kesemua yang dianggap pakar dan orang cerdik pandai itu
adalah ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BIJAKSANA . Lantaran itu , mohonlah
sungguh-sungguh kepadaNYA agar kita dikurnaiakan jawapan dan keputusan yang
tepat lagi muktamad .
Perhatikan ke dalam Surah
Al-Fatihah , Ayat ke-6 , yang kita baca setiap hari di dalam 17 rakaat
solat fardhu kita setiap sehari-semalam :
إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Terjemahannya : “ Tunjukilah
kami jalan yang lurus “
Almarhum
Prof. Dr. HAMKA di dalam tafsirnya yang terkenal ; Tafsir
Al-Azhar telah memberikan penghuraian mengenai ayat di atas .
إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
|
"
Tunjukilah kami jalan yang lurus "
( Ayat 6 )
|
“ Meminta ditunjuki dan dipimpin supaya tercapai
jalan yang lurus. Menurut keterangan setengah ahli tafsir, perlengkapan menuju
jalan yang lurus, yang dimohonkan kepada Allah itu ialah,
Pertama : al-Irsyad, artinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan, sehingga dapat
membedakan yang salah dengan yang benar.
Kedua : at-Taufiq, yaitu bersesuaian hendaknya dengan apa yang direncanakan Tuhan.
Ketiga : al-Ilham, diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu yang sulit.
Keempat : ad-Dilalah, artinya ditunjuk dalil-dalil dan tanda-tanda dimana tempat berbahaya,
dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya. Seumpama tanda-tanda yang
dipancangkan di tepi jalan, berbagai macamnya, untuk memberi alamat petunjuk
bagi pengendali kendaraan bermotor “
Begitulah pengertian dan maksud MOHON HIDAYAH yang diminta oleh kita di dalam 17 rakaat solat
fardhu 5 waktu sehari-semalam itu .
Bagi penulis pula , MOHON HIDAYAH di dalam ayat
ke-6 daripada Surah Al-Fatihah itu bukanlah sekadar MOHON HIDAYAH ( Petunjuk )
, malah ia juga merangkumi MOHON TAUFIQ ( kekuatan untuk mengikuti petunjuk itu
) .
Tamsilan dan perbandingan di antara HIDAYAH
dengan PETUNJUK yang biasa penulis sampaikan kepada sesama
saudara segama ini adalah seperti berikut :
“
Perbandingan dan perbezaan di antara HIDAYAH dengan PETUNJUK adalah seperti
berikut :
Suatu
hari , ketiga-tiga Bujang Lapok ( Ramlee , Sudin dan Aziz ) mahu menemui
Pendekar Mustar untuk belajar silat . Sebaik sahaja mereka bertiga sampai ke
penambang ( jeti ) , mereka pun bertanya arah rumahnya Pendekar Mustar. Lalu
seorang pakcik penarik beca pun memberitahu bagaimanakah untuk mereka bertiga
sampai ke rumah pendekar itu .
Setelah
mereka meredah jalan bersimpang-siur , melihat pula setiap tanda nama jalan
yang ditempuh dan dengan berpandukan peta yang dinyatakan oleh pakcik penarik
beca itu , sampailah mereka bertiga ke rumah Pendekar Mustar dan tercapailah
hasrat mereka bertiga untuk mempelajari silat . Tanda nama jalan , peta dan
arah yang diberikan oleh pakcik tua penarik beca itulah ibarat HIDAYAH .
Namun
, sekiranya pakcik penarik beca itu tadi membantu mereka bertiga dengan membawa
mereka menaiki becanya . Lalu dibawa pula menemui Pendekar Mustar dan
diperkenalkan pula oleh si pakcik tua penarik beca itu , maka itulah dia TAUFIQ
.
Contoh
lain ………… semua orang tahu fadhilat solat tahajjud namun masih ramai yang tidak
melaksanakannya . Tahu fadhilatnya itu adalah HIDAYAH sedangkan kekuatan yang
menyebabkan segala mengantuk dan malas dapat ditolak ke tepi itulah TAUFIQ .
Maka
itulah perbandingan mudah mengenai perbezaan TAUFIQ dan HIDAYAH “ .
Sentiasalah bermohon kepada ALLAH akan
kedua-duanya itu untuk segala kebaikan kita di dunia dan juga di akhirat .
Semoga segala syubhat – keraguan – kecelaruan pemikiran
– pegangan tidak pasti akan digantikan oleh ALLAH TA’ALA dengan keyakinan yang
muktamad .
Sekian. Wassalam.
Cindai Pelangi ®
27 – Rabi’ul Akhir – 1434 H
10 – Mac –
2013
1.40 Pagi
KUALA LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.