SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi
Memaparkan catatan dengan label Agama dan Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama dan Kehidupan. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mac 2012

ADAKAH BANK YANG BENAR-BENAR ‘ISLAMIC’ ?

ADAKAH BANK YANG BENAR-BENAR ‘ISLAMIC’ ?


{ 1 }

Mana ada orang yang berakal walaupun budak-budak kecil tak kenal apakah maksud “ BANK “ . Paling kurang , mereka tetap mengenalinya sebagai sebuah tempat “ SIMPAN DUIT “ dan juga sebagai tempat “ KELUARKAN DUIT “ .

Selain itu , mereka juga turut mengenali arti BANK itu sebagai “ TEMPAT MENGHABISKAN DUIT “ kerana di situlah ibu-bapa mereka akan membayar bil itu dan bil ini selain daripada membayar hutang dan seumpamanya .


{ 2 } 


Kesemua bank mendapatkan modal untuk menjalankan bisnes mereka daripada kita . Kita menyimpan wang kita di situ dan dengan duit itulah digunakan untuk “ rolling “ pelbagai bisnes yang dijalankan oleh bank .

Artinya KEUNTUNGAN yang didapati oleh pihak bank itu adalah daripada MODAL kita semua …. Daripada wang-ringgit kita semua .

Namun adakah kita menjadi TUAN dan dilayan sebagai TUAN oleh pihak bank itu sendiri , atau kita lebih dilayan seumpama HAMBA yang menagih simpati mereka ??? .

Untuk mengetahui siapa sebenarnya TUAN dan siapa pula menjadi HAMBA mari kita lihat dan merenung beberapa senario sebenar yang berlaku di kalangan kita sendiri :


a – BANK dibuka Hari Isnin – Jumaat ( kecuali di negeri yang bercuti pada hari Jumaat ) . Masa operasinya pukul 9.00 Pagi sehingga 4.30 Petang .

Mengapakah bank tidak dibuka pada hari Sabtu dan Ahad ? .

Mengapa pula ada bank yang dibuka pada hari Ahad ? ….. Lihat di KLCC dan Genting Highland ! .

Bukankah sepatutnya mereka melanjutkan waktu operasi mereka dari jam 8.00 Pagi – 6.00 Petang agar lebih memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan mereka !? .

Dan begitulah juga …. Demi memudahkan lagi orang ramai yang menjadi “ PENYUMBANG MODAL TERBESAR “ kepada pihak bank , maka ia juga dibuka pada hari-hari cuti !? .

Namun itulah dia peraturannya sekarang . Walhasil , masyarakat tetap TERPAKSA PATUH kepada pihak bank walaupun modal terbesarnya adalah daripada wang ringgit orang ramai itu sendiri .


b – ATM ( Auto Teller Machine ) menggantikan layanan manusia .

Beberapa puluh tahun dahulu , Amerika Syarikat sebagai Taikoon Kapitalis terbesar ekonomi dunia telah memperkenalkan satu konsep bisnes yang dinamakan “ SELF – SERVICE “ ( Layan Diri ) .

Konsep ini bukan sahaja menyebabkan orang ramai terpaksa menjadi hamba untuk mendapatkan apa yang mereka hajati , malah konsep ini juga telah menggantikan pekerja-pekerja yang terdiri daripada manusia itu sendiri kepada mesin-mesin yang akan melayan kehendak dan hajat orang ramai .

Anda mahu makan , mahu minum ? . Selain anda perlu keluarkan duit anda sendiri anda juga perlu “ keluarkan tenaga “ anda sendiri untuk beratur dan membayarnya . Sudahlah anda bersusah-payah untuk mendapatkan wang , kini anda juga terpaksa bersusah-payah untuk mengeluarkannya .

Inilah durjananya sistem KAPITALIS ciptaan manusia kafir seperti Amerika Syarikat ini . Bukan sekadar duit anda dikikis hingga licin , malah tenaga anda juga diperah habis-habisan . Anda punya duit tapi anda tetap tidak dilayan oleh mereka, malah kena layan diri sendiri . Mereka sebagai taikoon dan tokey , tetap kaya dan mendapat untung yang semakin besar .

Begitulah juga dengan konsep SELF SERVICE yang diamalkan di stesen-stesen minyak di berbagai negara dan tempat . Bukankah setelah kita bersusah-payah mencari rezeki dan kemudian kita keluarkan duit itu untuk membeli minyak petrol / diesel , sepatutnya kita “ dilayan sebentar “ bagaikan seorang tuan ?  . Namun realtinya , kitalah yang terpaksa ke kaunter untuk membayarnya dan kitalah juga yang terpaksa mengisi sendiri petrol / diesel itu ke dalam tong minyak kenderaan kita .

Jangan hairan jika konsep SELF SERVICE ini diperluaskan lagi suatu masa nanti , maka akan tiada lagi orang yang akan menjual ayam yang dipotong menurut kehendak kita ( sebagai contoh sahaja ) . Sebaliknya akan digantikan oleh MESIN / ROBOT yang seumpama mesin ATM itu . Ada butang untuk menerima duit , kemudian butang pilihan ….. mahu ayam itu dipotong dengan cara yang ditentukan oleh si pereka-cipta mesin / robot itu dan bukan dengan cara yang anda sendiri sukai ! .

Tiada lagi penjual dan peniaga ikan akan ikut kemahuan kita sebagai si pembeli untuk membuang sisik , sirip , insang dan perut ikan itu . Sebaliknya kita semua kena buat semuanya itu dengan menekan butang itu dan ini di mesin / robot itu nanti . Tiada lagi masa untuk dilayan mengikut kehendak kita selaku si pembeli dan pengeluar modal kewangan .

Maka , begitulah juga dengan konsep SELF SERVICE yang semakin diperluaskan penggunaannya oleh pihak bank . Semakin banyak tenaga manusia akan dikurangkan ( dalam arti kata lain makin ramai pekerja bank akan diberikan notis bersara lebih awal ) dan semakin banyak mesin dan robot menggantikan tempat manusia dan sekaligus semakin menjadi hamba abdi kita semua kepada ciptaan-ciptaan manusia itu sendiri ! .

Sudahlah kepada TUHAN pun kita kurang memperhambakan dan mengabdikan diri ….. kepada mesin dan robot serta peraturan-peraturan ciptaan manusia kafir kapitalis pula kita “ sujud “ dan “ tunduk patuh “ . Alangkah semakin ruginya diri kita ini ! .






{ 3 } 


Pernahkah kita semua terfikir akan hal ini apabila kita berurusan dengan bank-bank yang menamakan diri mereka sendiri sebagai “ BANK ISLAM “ atau berkonsepkan “ ISLAMIC BANKING “ ( Perbankan Islam ) .

Mereka mengaku bahawa mereka menjalankan URUS-NIAGA secara menurut Syariah Islam . Ada akadnya . Ada “ SERVICE CHARGE “ yang dikenakan tanpa FAEDAH = RIBA . Dan bla bla bla lagi .

“ ISLAMIC BANK “ ada AKAD . “ KAFIR BANK ( Bank Konvensional ) “ pula ada PERJANJIAN / KONTRAK .  Sama sahaja Cuma nama dan istilah sahaja ditukar-ganti .

“ ISLAMIC BANK “ tiada RIBA . Yang ada hanyalah CAJ PERKHIDMATAN ( Service Charge ) . Namun “ service charge “ itu ternyata lebih berganda mahalnya berbanding Riba yang dikenakan oleh bank-bank konvensional .

Sama sahaja . Cuma nama sahaja ditukar-ganti demi mengelabui dan mengelirukan orang ramai .

Sebagai mana istilah “ FAEDAH “ yang biasa digunakan dahulu adalah ganti kepada nama “ BUNGA “ ataupun “ INTEREST “ . Namun hakikatnya , ia tetap sama . Ia tetap dianggap RIBA . Dan tetap dilaknat di sisi ajaran Agama Islam ini .

Samalah juga dengan ARAK / TODI = BEER . Kemudian nama-namanya makin berkembang dan berbagai rupa . Ada WHISKI , ada CHAMPANGE , ada TEQUILA , ada VODKA dan berbagai lagi . Hakikatnya ia tetap MINUMAN YANG MEMABUKKAN .

Istilah – Istilah yang dikelabui oleh “ silap mata “ para pemerintah dan peneraju ekonomi dan politik dunia . Yang menjadi mangsanya , tetap orang ramai dan masyarakat awam ini .



{ 4 } 


“ Islamic Bank “ ……. Ada berbagai institusi kewangan @ bank di Tanah Air kita ini melabelkan dirinya sebagai “ Bank Berkonsepkan Syariah Islam @ Islamic Bank “ .

Yang lebih melucukan …. Ada “ Kaunter-Kaunter Syariah “ di bank-bank itu yang menugaskan seorang pegawainya yang bukan beragama Islam untuk melakukan akad dengan pelanggan . AKAD tetap ada , dan itulah ISLAMIC nya menurut “ kepala otak “ mereka .  “ ISLAMIC “ apakah ini apabila si pegawainya itu sendiri NON MUSLIM @ BUKAN SEORANG ISLAM !!!

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

Lagi cerita mengenai “ ISLAMIC BANK “ ( konon-kononnya ) ini . Seorang kawanku pergi ke sebuah bank “ kepala pak belang “ untuk mendapatkan “ PENYATA AKAUN “ ( Bank Statement ) . Akhirnya ia berjaya mendapatkannya secara PERCUMA @ TAK PERLU BAYAR APA-APA .

Sedangkan aku ke “ ISLAMIC BANK “ untuk mendapatkan “ BANK STATEMENT “ , dikenakan pula bayaran RM10 ( Ringgit Malaysia SA-PULOH SAHAJA ) untuk “ Bank Statement “ yang setebal 2 muka surat itu sahaja .

Maka terfikirlah aku akan hal “ Islamic Bank “ ini . Kadar faedah pinjamannya lebih tinggi mengalahkan bank-bank konvensional dan caj perkhidmatan pula dikenakan pada perkhidmatan yang biasanya tidak dikenakan oleh bank-bank selainnya .

“ Oh ! Betapa ‘islamic’ dikau “ ; kata hatiku kepada bank itu .

-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

Aku juga biasa ke beberapa bank yang pakai jenama “ ISLAMIC “ ini . Ramai kenalanku di sana menceritakan kisah apabila ada sebuah “ ISLAMIC BANK “ dari sebuah Negara Arab baru hendak memulakan operasi dan bisnesnya di tanah air ini beberapa tahun lalu .

Ramai pekerja yang beragama Islam yang biasa bekerja di bank-bank selainnya “ mencuba nasib “ untuk mendapatkan pekerjaan di bank baru itu . Niat mereka agar dapat berhijrah ke tempat baru yang lebih sesuai dengan Ajaran Islam , atau dapat bahasa lain “ LEBIH ISLAMIC “ .

Namun akhirnya , yang paling ramai berjaya dipilih sebagai pekerja di BANK ARAB ISLAMIC itu adalah wanita-wanita bukan Islam yang berpakaian membuka auratnya . Menampakkan betis dan peha mereka yang putih mulus lagi gebu sehinggakan pak-pak haji tercabut kopiah mereka apabila melihatnya ! .

Kataku pada mereka selaku memujuk dan menyedarkan realiti sebenar dunia kini ; “ Itulah dia sebenarnya BANK ARAB dan ia BUKANLAH BANK ISLAM “ .

“ ISLAMIC “ nya sesebuah bank itu rupa-rupanya dinilai hanya pada JENAMA ( LABEL ) , istilah yang diguna-pakai dan pengakuan dirinya semata-mata .


{ 6 }


Ya , memang aku sedari bahawa semua bank itu , sama yang mengaku “ islamic “ ataupun tidak , semuanya terikat dengan peraturan-peraturan BANK DUNIA dan juga tertakluk kepada AMERIKA SYARIKAT .

Namun aku juga sedar bahawa jika berlaku pertembungan di antara dua perkara yang berisiko ( merbahaya / memudharatkan ) bahawa yang mesti dipilih adalah yang lebih ringan atau lebih kecil risikonya .

Dan selagi setiap umat Islam tidak berjuang habis-habisan agar ISLAM benar-benar menjadi tuan di dunia itu selagi itulah umat Islam akan terus menjadi hamba sahaya kepada segala sistem dan cara hidup yang direka oleh golongan kafir yang senantiasa mahu memperhambakan umat Islam ini . Yang senantiasa mahu kita tidak lagi menjadi hamba kepada ALLAH TA’ALA ; Tuan Punya alam semesta ini tetapi menjadi hamba abdi kepada mereka itu .

Sabda Baginda RasululLoh { SollalLohu ‘ayhi wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam } yang bermaksud : “ ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA APA PUN YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA “ ( Al-Hadits ) sebenarnya membawa maksud :  Islam itu ( merangkumi seluruh ajaran dan syiarnya ) mestilah ditinggikan dan dimuliakan di setiap tempat dan masa dan janganlah dibiarkan ada ( sistem / perundangan / konsep ) lain yang boleh merendahkan Islam itu ! .

Jangan dibiarkan  ada keputusan-keputusan manusia cuba mencabar dan cuba mengatasi keputusan-keputusan ALLAH menerusi Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasul-NYA .

Bagaimana hendak merealisasikan  : “ Jangan dibiarkan ada “ itu ? .

Ada banyak caranya …….. memilih orang yang lebih bersikap mesra terhadap Ajaran Islam . Menyampaikan Dakwah Islam sehingga ia diterima sebagai anutan ( iaitu dengan memeluk Islam ) ataupun paling kurang menjadi seorang kafir yang menerima Islam dan umatnya sebagai kawan dan bukan sebagai musuh .

Dan juga dengan mencabut akar umbi yang menumbuhkan segala sikap bongkak dan permusuhan terhadap Islam dan syiarnya iaitu dengan menghapuskan nyawa setiap orang yang tidak mahu ISLAM menjadi tuan di persada dunia ini dan ALLAH menjadi TUHAN di Alam Semesta ini  . Itulah dia JIHAD FI SABILILLAH ataupun dikenal juga sebagai JIHAD BIL QITAL ( Berjihad Dengan Nyawa , Tenaga dan Harta dengan berperang menentang kesemua musuh durjana itu ) .

Sosialiskah aku apabila aku menentang kedurjaan Golongan Kapitalis itu ? .

Ekstrimiskah aku apabila aku membangkang dan menentang setiap yang cuba membangkang dan menentang ALLAH TA’ALA ; Tuhanku dan juga Tuhan Seluruh Isi Alam ini ? .

Gilakah aku apabila aku menentang ‘ Arus Perdana @ Pragmatisme ’ yang mengajar bahawa KEBENARAN atau KEPALSUAN itu dinilai menurut ramai atau kurangnya orang yang mendokong dan menyokongnya ? .

Peduli apa aku dengan semua tuduhan dan dakwaan itu ??? .

Yang aku lebih peduli dan mesti selalu memperdulikannya adalah REDHA TUHANKU ; ALLAH !!! .





 CINDAI PELANGI ®

ISNIN
26 / Rabi’ieul Akhir / 1433 Hijrah = 19 / Mac / 2012 Masihi
KUALA LUMPUR




Isnin, 10 Oktober 2011

DEBAT : SINIS TETAPI ADA KEBENARANNYA


DEBAT : SINIS TETAPI ADA KEBENARANNYA


{ 1 }






H. Agus Salim adalah salah-seorang ulama’ besar Minangkabau yang mengganggotai “ SAREKAT ISLAM “ ; sebuah komuniti muslimin Indonesia sebelum kemerdekaannya (1945) .


Suatu hari beliau ketika sedang beliau menaiki keretapi untuk ke suatu destinasi beliau telah diajak untuk berbincang mengenai Islam – Kristian oleh seorang paderi yang kebetulan duduk berhampirannya di dalam keretapi itu.


Di antara dialog di antara kedua-dua tokoh Islam dan Kristian itu adalah :


Paderi : “ Pak Agus, apa benar Islam itu melarang penganut-penganutnya dari memakan daging babi ? “ .


H. Agus Salim : “ Ya, benar. Mengapa ? “ .


Paderi : “ Aduh, sayang sekali pak. Nikmat yang besar itu kok dilarang Tuhan dari merasainya “ .


Sebaik sahaja tiba ke destinasi, Paderi itu pun memohon untuk berpisah. Katanya .


“ Permisi pak, saya mohon pamit dahulu “.


H. Agus Salim : “ Baiklah, kalau begitu jangan lupa sampaikan salam saya buat isteri bapak ya “ .



Paderi : Maaf pak , kami golongan paderi ngak punya isteri. Bapak kan tahu yang kami ini dilarang Tuhan dari menikah “.


H. Agus Salim : “ Aduh , rugi benar kalian. Masakan nikmat yang terbesar itu kok dilarang dari menikmatinya ? “ .


Paderi itu langsung turun dari keretapi itu dengan keputusan dialog itu 1-1 ( satu sama ).



{ 2 }



Masih lagi mengenai Almarhum H. Agus Salim .


Sekitar tahun 1906 – 1911 , H. Agus Salim bertugas di Konsulat Belanda di Jeddah . Dan beliau terkenal sebagai seseorang yang sering bertengkar dengan pegawai atasannya ; Konsul Belanda itu.


Namun itu tidak menyebabkan beliau dituduh sebagai “ongeschikt “ ( tidak berguna langsung ) kerana kerjanya senantiasa beres dan memudahkan juga pegawai atasannya itu.


Suatu hari terjadinya dialog di antara kedua-dua orang ini ketika waktu terluang.  


Konsul Belanda : “ O, gij Salim. Apa kamu kira kamu seorang sahaja orang yang paling pintar di dunia ini ? “.


H. Agus Salim segera menjawab : “ Tentu tidak . Banyak orang yang lebih pintar dari saya. Cuma saya belum bertemu seorang pun di antara mereka “ .


Jawapan spontan H. Agus Salim itu seumpama “ tamparan yang perit “ kepada Konsul Belanda itu dan tidak hairanlah Si Konsul itu sangat girang-gembira apabila H. Agus Salim pulang ke Indonesia pada tahun 1911 .



{ 3 }


Ada seorang murid tingkatan 5 yang dipandang sebagai seorang yang lurus-bendul telah terpilih untuk menyertai suatu debat yang bertemakan : PERSAMAAN TARAF DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN. Disebabkan kebuntuan idea, segera dia mencari seorang pak cik yang terkenal sebagai “ kaki borak kedai kopi “ . Katanya :


“ Pakcik, tolonglah saya. Cikgu suruh saya berdebat tajuk ‘ PERSAMAAN TARAF DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN ‘ , sedangkan saya tak tahu nak cakap apa “ .


Pakcik : “ Alah, itu mudah aje. Begini …. Kau katakan aje yang perempuan itu memang tidak sama tarafnya dengan kaum lelaki dan tidak layak menjadi pemimpin di dalam semua bidang. Dan jika kaum perempuan tidak bersetuju, suruh mereka masuk satu pertandingan yang membabitkan seorang peserta lelaki dan seorang lagi adalah peserta perempuan. Bertandinglah kencing di dalam botol. Cuba lihat, siapakah yang kencingnya yang berterabur “ .


Murid itu pun balik dengan puas hati. Baginya, dia telah mendapat “ senjata paling tajam “ untuk berdebat dengan golongan yang konon-kononnya memperjuangkan “ Women Liberation “ ( Pembebasan Wanita ) .


Dan apabila tiba saat perdebatan itu berlangsung, si murid ini pun menyatakan hujah-hujahnya dan tidak ketinggalan hujah yang “ dicedok “ dari pakcik “ si kaki borak kedai kopi itu “ .


Akibatnya , si murid ini ditampar ( ditempeleng ) oleh gurunya kerana dianggap menghina kaum wanita. Meskipun begitu, dia mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton debat itu .






Sekian. Wassalam





Cindai Pelangi ®
Isnin – 12 / Zulkaedah / 1432 H = 10 / Oktober / 2011 M
KUALA LUMPUR



Jumaat, 25 Februari 2011

ENGKAU MEMANG SANGAT BENAR DAN TIDAK PERNAH BERDUSTA, YA RASULULLAH !

ENGKAU MEMANG SANGAT BENAR DAN TIDAK PERNAH BERDUSTA, YA RASULULLAH !











{ 1 }



Cinta dan kasih terhadap Baginda RasululLah SAW tidak cukup sekadar “ berarak dan mengangkat sepanduk “ dan “ membaca Kitab Maulid dan Barzanji “ semata-mata. Bahkan sebenarnya, itu semua mestilah dibuktikan dengan beramal (mempraktikkan) ajaran Baginda RasululLah SAW dan juga menjauhi segala sikap, pegangan dan amalan yang bertentangan dengan ajarannya SAW.




 



{ 2 }



Melalui pengajian “ SIRAH NABAWIYYAH “ ( Perjalanan Hidup Kenabian ) yang ditempuh oleh Baginda RasululLah SAW, kita semua telah maklum bahawa Baginda SAW telah dikurniakan gelaran ( pangkat ) “ AL-AMIN “ ( Orang Yang Amanah = Jujur = Tidak Pernah Berdusta ) oleh kaumnya sendiri ; Quraish Mekkah sebelum Baginda SAW diangkat menjadi “ RASULULLAH “ ( Utusan ALLAH ) ketika berusia 40 tahun.





Keyakinan itu sudah tentu wajib dipegangi oleh setiap orang yang mahu dirinya benar-benar menjadi “ UMAT BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW “ dan menerima “ shafa’at “ ( pembelaan ) Baginda SAW di padang mahsyar nanti.





Dan keyakinan itu akan semakin bertambah apabila kita “ memperuntukkan masa “ untuk “ meneliti dan mentelaah “ setiap isi ajaran Baginda SAW yang disampaikan menerusi Al-Quranul Karim dan Sunnah-sunnahnya ( yang diterima di kalangan ulama’ hadits muktabar = terkemuka ).







{ 3 }





Suatu ketika di beberapa tahun yang lalu, aku “ membelek-belek “ isi-isi kandungan “ KITAB RIYADHUS SOLIHIN “ ( susunan Al-Imam an-Nawawi RH ) yang ada di perpustakaan rumahku. Dan apa yang perhatikan kali ini, benar-benar menyebabkan kepalaku “ terangguk-angguk “ sebagai tanda setuju dan hatiku berasa sangat tenteram dan puas dengan “ isi ajaran Baginda SAW “ yang aku temui di dalam kitab susunan imam yang sangat terkemuka itu.



 



Apakah haditsnya itu ?. Di dalam Bab 71 : BAB AT-TAWADHUK WA KHAFD al-JANAH LIL MU’MININ ( Bab Tawadhu’ Dan Menundukkan Sayap – Yakni Merendahkan Diri – Kepada Kaum Mu’minin ) , di dalam Jilid 1, Mukasurat 709, Kitab RIYADHUS SOLIHIN ( Taman Orang-Orang Salih ) yang diterjemahkan dan dihuraikan oleh M. Abdai Rathomy, Terbitan : PUSTAKA NASIONAL, SINGAPURA tertulis :




 




SubhanalLah …. ! ALLAHU Akbar !....



“ Soddaqta Ya RasulalLah ! “ Benarlah (kata-kata) mu itu Wahai RasululLah ! “.





Kepalaku tetap akan “ terangguk-angguk “ tanda sangat setuju dengan apa yang dinyatakan oleh junjungan mulia kita itu. Semoga selawat dan salam daripada ALLAH TA’ALA senantiasa dilimpahkan buat kekasih-NYA ; Baginda Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya yang suci , Seluruh Sahabatnya RA ( tanpa kecuali ) dan setiap umat Islam yang mencintai dan membela mereka itu semua sehinggalah ke hari akhirat kelak.





Amin, Ya Robbal ‘Alaminnn.





 
Sekian. Wassalam



AHAD – 17 / Rabi’ul Awwal / 1432 H = 20 / Febuari / 2011 M

KUALA LUMPUR










Cindai Pelangi ®

Selasa, 1 Februari 2011

INI SEMUA GARA-GARA . . . . . . . . . .


INI SEMUA GARA-GARA ………..


( 1 )


Isteriku pernah memintaku memuat turun salinan slip gajinya dari sebuah web kerajaan. Ini menyebabkan aku hairan dan bertanya :


“ Eh, kan selama ni kerajaan berikan salinan (slip) gaji tu. Buat apa nak download (muat turun) dari internet pulak ? “.



“ Tu dulu lah bang. Sekarang kami dah tak diberikan slip gaji tu. Kena download sendiri dari internet. Katanya sebagai dasar berjimat-cermat yang diambil oleh pihak kerajaan “ , jawab isteriku.

Inikah sikap sebuah kerajaan ( pemerintah ) yang mengutamakan rakyat ( kebajikan rakyat jelata ) ?. Bukankah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang bersikap seperti ibu-bapa yang bertanggung-jawab ke atas anak-anaknya. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya ?. Jika semua rakyat yang tanggung, maka sesiapa sahaja boleh menjadi pemerintah dengan mudah !.


( 2 )


Sabtu lalu, aku ke sebuah kedai 24 jam yang terkenal di seantero dunia. Setelah ku memilih beberapa barang yang dikehendaki aku pun menuju ke kaunter untuk membayarnya. Si juruwang (cashier) kedai itu pun bertanya kepadaku :

“ Abang nak tak beg plastik ? “.

“ Eh, tentulah nak “, responku.


“ Kalau begitu, abang kena bayar 20 sen untuk harga beg plastik itu “ ; katanya.


“ Aik , kan selama ini percuma (free) aje ? “ , tanyaku kehairanan.


“ Hari ni hari Sabtu, bang. Jadi ia perlu dibayar 20 sen bagi setiap beg plastik “ , ujar si juruwang itu menjelaskan mengenai peraturan yang semakin menghairankanku.


“ Kalau begitu, tak payahlah (tak perlulah) “ , responku dengan hati yang hairan bercampur geram + marah.









( 3 )



Aku dan beberapa orang kawan-kawan pernah ke sebuah restoran terkenal yang dimiliki oleh seorang bumiputera yang juga sebagai “ orang besar parti Melayu yang ketiga terbesar di dunia (kononnya) “ di situ. Setelah kami menikmati selera di situ, aku pun ke kaunter juruwangnya untuk membayar harga makanan kami tadi.


“ Semuanya RM 20.80 termasuk caj cukai kerajaan “ , kata juruwang di situ.


“ Kenapa saya pula yang kena bayar caj cukai kerajaan itu ? “ , tanyaku kehairanan.


“ Ye lah encik. Samalah di KFC dan Mc.D , semua harga makanan dan minumannya dikira bersama-sama harga cukai yang dikenakan oleh kerajaan “ ; jawabnya.


“ Ya, ya , ya … yang itu saya faham. Yang saya tak faham ialah mengapa pula kami yang perlu membayar cukai itu sedangkan awak semua yang meniaga ?. Kan itu dah jadi tanggung-jawab awak semua membayarnya ?. Saya dah makan di sini dan bagi awak semua untung kemudian awak letak pulak atas kepala kami bebanan untuk membayar cukai itu . Patutkah begitu ? “ , tanyaku selaku berhujah dan tidak puas hati dengan “ sistem kapitalis “ yang diterapkan oleh majikan restoran itu.


Si juruwang terdiam. Entah dia sedang memikirkan kebenaran kata-kataku itu ataupun dia kebingungan sebab tak pernah bertemu dengan orang yang mempersoalkan hal itu di hadapannya.


Aku pun membayar semua harga tersebut dan “ cabut keluar “ dari restoran itu dan aku berkata kepada kawan-kawanku :  “ Huh, dasar kapitalis lintah darat. Semuanya nak dirembat. Dah kaya tak cukup-cukup lagi. Sudahlah…. Lepas ni kita jangan lagi datang ke restoran ‘ cekik darah ‘ ini “.


Kawan-kawanku itu pun mengangguk-angguk sebagai tanda sama-sama setuju dengan tindakanku itu dan sebagai tanda protes kepada setiap “ korporat yang keparat “ !.



( 4 )


Usahlah hairan mengapakah senario-senario di atas terjadi di sekeliling kita sehari-hari.


Sebuah riwayat yang dianggap ianya “ Hadist Nabi SAW “ ada menyebut :







Riwayat ini bukanlah HADIST SAHIH ( sebuah berita yang sah datangnya dari Baginda Nabi SAW ), bahkan ia adalah HADIST MAUDHU’ ( sebuah berita yang dikatakan bersumber dari Baginda Nabi SAW walhal ianya tidaklah begitu ).


Walaupun Baginda Nabi SAW tidak pernah mengucapkan perkataan ( hadits ) di atas, namun ISINYA ( pengajarannya ) adalah benar. Jika anda rasa berat hati untuk memanggilnya sebagai “ HADITS PALSU “ , namakan sahaja sebagai “ SEBUAH KATA-KATA HIKMAH YANG BERISI PELAJARAN “ . Kata-kata itu adalah benar bahkan tepat dengan realiti yang biasa kita temui dan tempuhi selama ini.


Ianya sesuai dengan sebuah pepatah Cina yang ada menyebut ( maksudnya ) : “ Udang yang busuk itu bermula dari kepalanya “.


Ianya lebih-kurang sama dengan pepatah Melayu yang menyebut : “ Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan “.


Dan hampir sama maksudnya dengan sebuah lagi pepatah Melayu yang terkenal : “ Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari “.


Maksudnya itu semua : Jika pihak pemerintah sendiri suka menonjolkan gaya hidup mewah dan melakukan pembaziran ( serta mengkhianati wang rakyat ), maka betapa pula dengan rakyatnya ?. Rakyat akan meniru perangai dan perbuatan yang ditunjukkan oleh para pemimpin kerajaan. Apabila kerajaan menggalakkan pesta maksiat dan hiburan duniawi, maka begitulah dengan sebahagian besar daripada rakyat jelata, pasti mereka akan berpesta dan berhibur hingga “ lupa daratan “.


Sebabnya ??? . Pepatah Melayu ada menyebut lagi : “ Sebagai kueh, begitulah acuannya “ .


Anda marah dengan situasi-situasi di atas ?. Anda “ loya dan meluat “ dengan telatah pemimpin-pemimpin yang boros dan selalu mengkhianati wang negara dan rakyat !?. Anda benci dengan sang politikus yang bersikap “ hipokrit “ !?. Marilah, terjemahkan kemarahan dan rasa menyampah anda itu dengan menumbangkan mereka yang zalim dan khianat itu !. Mereka bukanlah TUHAN walaupun mereka berlagak sebagai tuhan selama ini. Tiada manusia yang “ menongkat langit “ an begitulah juga dengan parti yang mereka tubuhkan itu. Bodohlah anda dan saya juga sekiranya kita masih ada peluang untuk “ menendang “ mereka tetapi melepaskan begitu sahaja peluang itu.


“ Orang yang cerdik itu tidak akan jatuh dua kali di dalam lubang yang sama !!! “.


“ Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan “ ???? . Huh ! Porah chitttt !!!.











Sekian. Wassalam.






Cindai Pelangi ®
27 – Safar – 1432 H / 1 – Febuari – 2011
5.30 Pagi
KUALA LUMPUR

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "