SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Rabu, 21 September 2011

JADI BERIMAN DAN JADI KUFUR GARA-GARA HUJAN

JADI BERIMAN DAN JADI KUFUR GARA-GARA HUJAN




( 1 )


Pagi tadi aku memulai kerjaku bersama-sama hujan yang turun dengan sederhana. Tenteram dan nyaman suasana dirasai . Hati pun turut merasai nikmat ILAHI ini.


Maka, teringatlah aku akan sepotong doa yang diajar oleh Baginda RasululLah SAW kepada setiap mukminin apabila menghadapi suasana ini. Doanya berbunyi :


          اللهم صيبًا نافعًا    

“ ALLAHUMMA SOYYIBAN NAFI’AN “

Artinya : “ Ya ALLAH , turunkanlah hujan yang lebat lagi mencurah-curah serta mendatangkan manfaat kepada kami “  ~ (Diriwayatkan daripada Sayyidatina ‘Aisyah RA dan dinyatakan di dalam Kitab Sahih al-Jamie’ al-Albani RH : 4725 dan Kitab APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM oleh Dr.Fathy Yakan)


( 2 )


Mengapa doanya sedemikian rupa ?.


Sebab hujan itu ada yang membawa RAHMAT dan ada pula yang membawa BALA. Walaupun ada yang mendapat bala disebabkan oleh hujan itu, namun di sebaliknya tetap ada rahmat yang terkandung. Contohnya : Apabila hujan yang lebat menyebabkan banjir , maka ramai yang merasai kesusahan dan bencana. Namun bagi sebahagian peniaga ( pembekal makanan dan perubatan ) , ia mendatangkan HASIL kepada mereka apabila ramai yang membeli makanan dan perubatan dari mereka untuk disumbangkan kepada para mangsa banjir itu. Nah, inilah contohnya di sebalik BALA itu tetap terkandung RAHMAT ( belas-kasihan ) ALLAH ‘AZZA WA JALLA.


( 3 )


Doa Alih Hujan .


Ada yang bertanya kepadaku dahulu : “ Kau reti tak doa nak alih hujan yang turun ni ? “.


“ Maaf, aku bukanlah Tok Bomoh “ ; Jawabku ringkas dengan berseloroh  .


Memang aku tahu bahawa DOA ALIH HUJAN itu memang wujud. Bahkan di dalam beberapa riwayat , ada dinyatakan beberapa DOA ALIH HUJAN yang disandarkan tindak-tanduk itu kepada diri Baginda RasululLah SAW sendiri.


Namun , aku punya pandanganku sendiri , iaitu : “ Dah hujan ni kerja TUHAN … biarlah TUHAN buat kerja-NYA. Aku tak upaya nak halang kerja TUHAN . Kerja kita sebagai hamba yang serba lemah dan serba kekurangan ini mohon sahajalah agar hujan yang dikurniakan ALLAH itu mendatangkan banyak manfaat dan faedah kepada kita dan alam semesta ini “.


Itulah yang kufahami selama ini. Kalau TERsilap , tolonglah saudara/i tegur dan betulkan kefahamanku itu.



( 4 )


Golongan Yang Menjadi Bertambah Iman atau Bertambah Kufur disebabkan hujan ini :



Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina Zaid bin Khalid al-Juhani RA ada dinyatakan , bahawa pada suatu hari Baginda RasululLah SAW bertanya kepada Para Sahabat RA tatkala mereka ditimpa hujan di suatu malam di Tahun Hudaybiyyah  : 


فقال :" أتدرون ماذا قال ربكم" .

قلنا : الله ورسوله أعلم ،

فقال :" قال الله : أصبح من عبادي مؤمن بي وكافر بي ، فأما من قال : مطرنا برحمة الله وبرزق الله وبفضل الله ، فهو مؤمن بي ، كافر بالكوكب . وأما من قال : مطرنا بنجم كذا وكذا ، فهو مؤمن بالكوكب كافر بي "


Artinya : “ Baginda RasululLah SAW bertanya kepada Para Sahabat RA : Tahukah kamu semua apakah yang dikatakan oleh ALLAH (  sebentar tadi mengenai hujan yang turun ini ) ?. Para Sahabat RA pun menjawab : ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui. Maka Baginda SAW pun bersabda lagi : ALLAH berfirman (Hadist Qudsi) : “ Ada yang menjadi BERIMAN kepada-KU dan ada pula yang menjadi KUFUR kepada-KU. Yang beriman kepada-KU adalah orang yang berkata : Hujan ini menimpa kita dengan sebab RAHMAT, REZEKI dan KURNIAAN ALLAH. Dan golongan ini adalah golongan yang kufur kepada RAMALAN PLANET. Dan adapun golongan yang mengatakan : Hujan ini menimpa kita disebabkan oleh bintang itu dan bintang ini (zodiak) . Maka golongan ini adalah golongan yang BERIMAN kepada bintang dan KUFUR pula kepada-KU    “ (Sahih al-Jamie’ : 4147)


Sekian buat kali ini. Semoga apa sahaja yang berlaku ke atas kita dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita menyebabkan kita makin taat dan bersyukur kepada ALLAH TA’ALA dan bukan menyebabkan sebaliknya. Amin … Amin … Amin … Ya Robbal ‘Alamin .

Wassalam .





CINDAI PELANGI ®

21-Syawal-1432 H / 19-September-2011 M

Kuala Lumpur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "