SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Ahad, 11 Julai 2010

YANG LAMA VS YANG BARU ? ( II ) - KISAH OTAI-OTAI SILAT 1


YANG LAMA VS YANG BARU ? ( II )
KISAH OTAI-OTAI SILAT 1

( 1 )

Tulisan mengenai “ Yang Lama Vs Yang Baru “ atau yang apa-apa yang membawa arti yang lebih-kurang begitu telahpun aku tulis sebelum ini . Silakan membacanya di : http://penacindaipelangi.blogspot.com/2009/08/yang-lama-vs-yang-baru.html

Ringkasnya :

Bukan semua “ Yang Lama “ perlu diubah-suai atau dibuang !.

Bukan semua “ Yang Baru “ sudah tentu hebat ataupun lemah !.

Sebab itu aku nyatakan, inilah peganganku : “ GABUNGAN DI ANTARA WARISAN LAMA YANG MASIH ELOK DENGAN KEMODENAN YANG BERMANFAAT “.


( 2 )

Jika kita perhatikan di sekeliling kita, kita akan dapati banyak TEORI KEILMUAN yang tidak terlepas dari perdebatan di kalangan pengamal-pengamalnya.

Di dalam bidang perubatan sebagai contohnya ; ada yang bersetuju dengan teori bahawa air panas itu sebagai medium rawatan dan ada pula yang mengatakan bahawa air sejuk lebih mampu merawat. Masing-masing dengan hujah dan pengalaman serta kajian mereka.

Di dalam dunia KEILMUAN ISLAM pun begitu. Ada banyak ALIRAN PEMIKIRAN dan MAZHAB ( The School of Thought ) . Hinggakan di rantau Nusantara kita ini timbulnya apa yang disebut sebagai FAHAMAN KAUM TUA dan FAHAMAN KAUM MUDA.

( 3 )

Jika ditanya yang mana satukah di antara kedua-dua ALIRAN PEMIKIRAN / FAHAMAN itu yang lebih aku sukai ?.

Aku menjawab : Jika kita mati, TUHAN tak Tanya pun kita pegang mazhab apa. Tapi yang utama setiap amalan kita berlandaskan hujah-hujah Al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda RasululLah SAW. Dua perkara itu yang dijamin 100 % maksum ( tidak ada sebarang kesalahan ). Adapun tafsiran dan pendapat manusia, tidak sunyi dari kesilapan, kelalaian dan kekurangan.

Maka jika aku dan anda semua yakin, Amalan Ibadat yang diamalkan selama ini memang betul-betul ada dalilnya dan buktinya serta disokong oleh Al-Quranul Karim dan As-Sunnah, ataupun berdasarkan fatwa-fatwa Para Sahabat RA, Tabi’ien , Tabit at-Tabi’ien dan ulama’ yang muktabar, maka silakanlah beramal dengannya.

Aku tidak pernah dan tidak suka serta tidak mampu untuk MEMAKSA anda semua MESTI SETUJU 100 % dgn apa yang aku fahami dan apa yang aku amalkan.

Aku bukanlah penyokong Aliran Kaum Tua hingga membangkang semua yang dibawa oleh Aliran Kaum Muda dan bukan juga sebaliknya.

Tiada siapa di antara mereka yang dijamin oleh ALLAH TA’ALA sudah tentu BETUL 100 %.

Aku bukannya mahu melihat PERTIKAIAN DAN PERBALAHAN di antara kedua-dua pihak itu tapi aku mahu mengambil APA YANG TERBAIK YANG DIHASILKAN oleh kedua-dua pihak itu .

( 4 )

STOP ! ENOUGH ! ……… KIFAYAH YA WALAD !

Cukup !!!, aku tidak mahu membicarakan hal ALIRAN KAUM TUA ( LAMA ) VS ALIRAN KAUM MUDA ( BARU ) di dalam soal-soal KEILMUAN ISLAM .

Yang mahu aku paparkan kali ini ialah KISAH OTAI – OTAI SILAT .

“ OTAI “ ialah satu gelaran yang berasal dari perkataan Inggeris : “ OLD TIMER “ yang lebih mesra diertikan sebagai “ ORANG-ORANG LAMA “.

Jadi inilah kisahnya OTAI-OTAI SILAT MELAYU.



Seorang guru Silat sedang mengajar silat di gelanggang yang tidak jauh dari rumahnya. Ada lebih-kurang 15 orang murid-muridnya yang “ turun bersilat “ di malam itu.

Tiba-tiba hadirlah 2 orang yang umurnya lebih tua dari murid-murid itu dan mereka berdua juga kelihatan lebih muda dari guru silat itu. Setelah diperkenalkan, tahulah murid-murid itu bahawa kedua-dua orang itu adalah “ otai / senior “ mereka dan “ murid-murid lama “ si guru silat itu.

Seorang daripada otai itu minta untuk “ friendly sparring “ ( berlaga = bertempur  secara persahabatan ) dengan mana-mana sahaja anak murid “ junior “ ( yang lebih muda dan baru ) itu.

Guru Silat itu pun meminta seorang murid yang paling “ junior “ untuk bangun dan menerima hajat cabaran si “ otai “ itu. Maka bangunlah seorang anak muda yang baru berusia 18 tahun dan memberi salam hormat kepada Si Guru dan Si Otai itu.

“ Dah berapa lama kau belajar silat ni, dik ? “ ; Tanya Si Otai kepada Si Junior itu.
“ Baru je bang…. Baru 6 bulan “ ; jawab Si Junior itu.
“ Kalau gitu, hati-hati dik. Aku ni orang lama, tau !? “ ; kata Si Otai dengan nada sedikit angkuh.

Tanda pelepasan sudah pun diberi oleh Si Guru. Si Otai dan Si Junior masing-masing “ memasang langkah “ dan  mencongak-congak apa yang akan dilakukan.

Si Senior memulakan serangan kerana baginya “ lawan sudah berada di dalam pagar “ . Tumbukan pertama dilepaskannya secara “ memancing dan mengumpan “  dan akan disusuli dengan “ Tumbukan Kedua “ sebagai pelengkap. Itulah yang akan dilakukan menurut hati Si Otai.
Tiba-tiba tumbukan pertama Si Senior tidak pun “ dilayan “ dan “ ditepis “ oleh Si Junior. Malahan Si Junior pula terus “ memotong gerak “ Si Otai dan bergerak songsang.

“ Alamak , umpan tidak menjadi “ ; kata hati Si Otai. Kemudian Si Otai dihujani pula dengan pukulan-pukulan Si Junior.

Kemudian, Si Junior terus  “ langgar “ Si Otai. Si Otai hilang keseimbangan ( off-balance ) dan Si Junior terus lagi dengan membuat “ sapuan rebah “. Tergoleklah Si Otai di tengah-tengah gelanggang itu.

Tamat sahaja “ sparring “ itu kedua-dua pihak bersalam-salaman dan member “ salam hormat “ kepada seluruh yang ada di dalam gelanggang itu.

Si Otai sambil duduk dan mengesat peluh bertanya kepada Si Guru : “ Pak Guru !, kenapa saya boleh kalah tadi sedangkan saya lebih dahulu belajar  dari Pak Guru dan saya lebih lama dari budak tu ? “.

Si Guru ketawa kecil dan menjawab : “ La…. Kau tak tau lagi ke ?. Semua yang aku ajar dulu tu dah aku ubah dah. Yang baru ni yang lebih ringkas dan lebih padu “.

Si Otai pun ketawa. Entahlah mentertawakan nasib dirinya yang kalah tadi ataupun ketawa kerana malu disebabkan merasakan dirinya lebih bagus dari orang lain sebelum ini.

-          Begitulah kisahnya dan semoga ada teladan disebaliknya –

Sekian.



CINDAI PELANGI ®

27- Rejab - 1431 H
10 - Julai - 2010 M
8.50 Malam
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "