( 1 )
Hairan – Aneh – Pelik – Ajaib
Semuanya membawa kepada satu
maksud iaitu satu perkara yang menyebabkan kita tertanya-tanya mengenainya.
Manusia suka kepada
perkara-perkara yang PELIK BIN AJAIB dan HAIRAN BINTI ANEH …, suka kisah mistik
lah, kisah UFO lah , kisah supernatural lah … macam-macam !.
Apakah manusia itu sendiri lupa,
manusia itu lebih banyak “
MENIMBULKAN HAL-HAL YANG PELIK LAGI AJAIB “ di dalam kehidupan sehari-hari.
( 2 )
Manusia tatkala ditimpa musibah,
dia akan merungut-rungut. Apabila dia mendapat nikmat kesenangan, tetap dia merungut-rungut
dan lupa untuk bersyukur. Tak PELIK kah hal ini ?.
Ada juga yang merungut-rungut
kerana susah mendapatkan pekerjaan semenjak mutakhir ini. Namun apabila sudah
dapat pekerjaan, tidak pula dia mahu rajin bekerja.
Begitulah juga, ada yang ketika
belajar , dia “main-main” (tidak serius dan tidak fokus)
dan apabila disuruh main ( bermain bola ke badminton ke ), tidak pula dia mahu
main dengan sebenar-benarnya.
Ada pula yang menampal stiker di
kenderaannya “ UNIVERSITY
OF …. BLA ! BLA ! BLA ! “ …. Tapi memandu seperti orang yang bodoh tak reti
undang-undang dan hati perasaan orang lain.
Takut mati !?..... Memang takut ,
tapi bila “bawak” kereta, macam orang yang tak takut mati langsung dan seperti
dah banyak amal soleh dilakukannnya selama ini .
( 3 )
Aku ada beberapa orang
kawan-kawan yang aku kira agak “ PELIK “ sikapnya. PELIK BIN AJAIB bukan kerana
suka perkara yang “ PELIK-PELIK “ .
PELIK kerana biasanya mereka
dapat berfikir dengan waras dan biasanya juga kelihatan seperti “ AN
EDUCATED MAN “ ( seorang yang terpelajar ) . Namun di dalam beberapa
situasi, tidak pula mereka dapat ( baca : MAHU ) menggunakan pertimbangan akal
yang waras itu ( apatah lagi menggunakan neraca timbangan syariah ; Al-Quran
dan as-Sunnah ).
Di antara situasi yang
menyebabkan aku merasa “
HAIRAN BINTI ANEH “ dan
“ PELIK BIN AJAIB “ terhadap beberapa orang kawan-kawanku
itu adalah seperti berikut ini :
[a] – Si “ FULAN (A) “ :
Si “ FULAN (A) “ ini selain berkawan denganku dia juga
berkawan dengan Si “ FULAN (B)” yang juga merupakan kawanku. Ertinya kami
bertiga memang berkawan baik dan mengenali satu sama lain.
Tiba-tiba jadilah “
pertelingkahan “ ( gara-gara pecahnya
organisasi yang kami bertiga sertai dahulu ) yang menyebabkan Si “ FULAN (A) “ “bermusuh
“ @ tidak lagi mahu berkawan dengan Si “ FULAN (B) “ . Bukan setakat itu, bahkan Si “ FULAN (A) “ memberi amaran pula kepadaku : “ Kalau kau nak terus berkawan dengan
aku, jangan lagi kau pergi menemui Si “ FULAN (B) “ itu !!! “ .
Wah !, apa ni ? Hairanyaaaaaa………..
Apakah aku hanya ada 2 pilihan
sahaja ???
1 - Jika mahu terus berkawan
dengan Si “ FULAN (A) “ maka aku tidak
perlu lagi berkawan dengan Si “ FULAN (B)
“ .
2 – Dan begitulah sebaliknya,
jika aku tetap berkawan dengan “Si “ FULAN (B) “ maka usah lagi aku menghubungi dan
berkawan dengan Si “ FULAN (A) “ .
Mengapakah aku hanya diberi 2
pilihan sahaja. Bukankah aku sepatutnya diberi 2 pilihan lagi iaitu :
3 – Aku tetap berkawan dengan Si
“ FULAN (A) “ dan Si “ FULAN (B) “ kerana yang “ bermasam muka “ asalnya hanyalah
mereka berdua dan tidak perlu dibabitkan diriku.
4 – Aku tinggalkan
kedua-duanya Si “ FULAN (A) “ dan Si “
FULAN (B) “ hingga aku tidak lagi tahu apa yang terjadi
pada kedua-dua mereka itu.
Artinya, sepatutnya aku ada 4
pilihan , namun mengapakah Si “ FULAN (A) “ hanya memberi aku 2 pilihan di atas
sahaja !!??.
Itulah yang aku maksudkan dengan “
HAIRAN BIN AJAIB “. Ke manakah dia letakkkan akal yang waras ?.
( 4 )
“ Pertelingkahan “ di atas
berlaku hanya “ gara-gara organisasi / persatuan “ , bukan kerana masalah “
AQIDAH & IMAN “ pun .
Come on mannnnnnn !!! ,
Please use your common sense and don’t throw away your mind !!!.
Jika dihidangkan kepadaku 2 jenis
makanan , satu yang HALAL dan satu lagi yang HARAM. Walaupun aku tahu aku
berupaya ( ada keupayaan untuk memilih yang mana yang sepatutnya aku makan
) , namun sudah tentu aku MESTI ( wajib ) memilih yang HALAL, kerana jika aku
memilih yang HARAM maka akibatnya sangat buruk nanti.
Manusia, walaupun diberi pilihan
sama ada mahu ke SYURGA atau ke NERAKA , namun tidak sepatutnya dia memilih
JALAN YANG SALAH ( NERAKA ) kerana itu bertentangan bukan sahaja dengan AJARAN
AGAMA , malahan ia juga bertentangan dengan AKAL YANG WARAS !.
Akal yang waras ini satu kurniaan
terbesar dari ALLAH TA’ALA YANG MAHA KUASA . Tanpanya, manusia kadang-kala
dilihat lebih buruk dari binatang yang melata bahkan tak kurang juga yang
menjadi lebih hina dari haiwan yang sering dibenci orang.
Benarlah Firman ILAHI tatkala
kita sering diminta menyebut ( meminta dan berdoa ) di dalam 17 rakaat
sembahyang kita sehari-semalam :
“IHDI NAS SIROTOL MUSTAQIM “ = Tunjukilah kami
jalan yang lurus !.
Jalan yang lurus itu bukan sahaja jalan / cara hidup yang
dilalui oleh Golongan Para Nabi dan Rasul AS malahan termasuk juga “ CARA BERFIKIR DAN BERTINDAK DENGAN
TEPAT & BETUL “.
Dan semakin “ terang lagi
bersuluh “ tatkala kita meminta lagi kepada ALLAH TA’ALA :
“ ROBBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’ADA IDZ HADAY TANA WA HAB
LANA MIN LADUNKA ROHMAH, INNAKA ANTA AL-WAHHAB “ = Wahai Tuhan Kami !, Janganlah KAU
gelincirkan ( pesongkan ) hati kami setelah KAU beri petunjuk kepada kami.
Sesungguhnya ENGKAU memang Tuhan Yang Maha Memberi Anugerah ~ ( SURAH ALI ‘IMRAN
, Ayat-8 )
Sekian. Wassalam.
CINDAI
PELANGI ®
27- Rejab - 1431 H
10 - Julai - 2010 M
5.30 Petang
KUALA LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.