SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Jumaat, 16 Julai 2010

JUMAAT 16-JULAI-2010 : HARGA MINYAK NAIK LAGI

DALAM SEJARAH :

JUMAAT 16-JULAI-2010

HARGA MINYAK NAIK LAGI


( 1 )

Malam tadi, sebelum tidur aku sempat melihat ke dalam facebook. Terkejut juga aku apabila temui “ chit-chat “ yang bertajuk : “ HARGA GULA & MINYAK PETROL NAIK LAGI “.

 

Terkejut bukanlah disebabkan aku ni “ jenis sangka baik “ terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia ini. Tetapi terkejut kerana aku tak temui pun tadi kereta atau motorsikal yang beratur “ berjujut-jujut “ ( berbaris-baris ) sedangkan aku pun sebenarnya pun baru sampai di rumah tadi dari tengah-tengah Kotaraya Kuala Lumpur.

 

( 2 )

Sampai sahaja ke pejabat pagi ini, aku terus “ browse “ ke beberapa halaman web. Apa yang ku temui , adalah :



 

Artinya : Memang “ konfom “ lah ( confirm = pasti ) harga minyak petrol sudah dinaikkan semenjak tengah malam tadi.

 

Lihat sahaja tajuk utama Akhbar “ BERITA HARIAN “ . Terus-terang menyatakan hal itu sedangkan “ UTUSAN MALAYSIA “ menggunakan “ kelicikannya berbahasa “ ( muslihat politik ? ) dengan menggunakan ayat : “ SUBSIDI DISELARAS “.

 

( 3 )

Macam yang aku katakan tadi, aku bukanlah manusia yang jenis “ sangka baik “ kepada Barisan Nasional ( BN ) yang menjadi pemerintah Malaysia ini.

 

Namun tidaklah bermakna apa sahaja rancangan, projek, aktiviti yang dijalankan oleh BN akanku “ tolak mentah-mentah “.

 

Tidak !!! …….. aku bukanlah jenis “ penyokong secara taqlid buta dan bukanlah juga jenis orang yang membangkang secara membuta-tuli “.

 

Tidak !!! …….. bahkan sebenarnya apa sahaja yang akanku sokong atau ku bangkang ( lawan ) ataupun berdiam diri adalah berdasarkan hujah-hujah, fakta-fakta, pengetahuan, pengalaman, pergaulan dan juga petunjuk Ilahi ( melalui doa ).

 

Akan kufikir sedaya-upayaku, akan ku perbandingkan dengan Kalam ALLAH ( Al-Quranul Karim ), Sabda Baginda Nabi SAW, pertimbangan mana lebih banyak manfaat dan kurang risikonya serta perbincangan dengan orang-orang yang lebih berilmu-pengetahuan daripadaku.

 

Namun itulah, sehingga ke saat ini, tiada sebarang alasan yang kuat mahupun hujah yang kukuh yang boleh menyebabkan aku “ bersangka baik “ terhadap Parti Barisan Nasional ( BN ).

 

Tidak dapat hendak ku bersangka baik terhadap BN, sama ada di dalam hal :

 

1 – Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Bahkan yang lebih dilihat sejak dahulu ialah “ Rakyat terus dibohongi, Pemimpin-pemimpin terus memeras “.

 

2 – Di dalam hal-ehwal kemajuan Islam dan umat Islam à Bagiku ZERO !!! . Islam masih lagi berani diperlekehkan sedangkan majoriti pemerintah Malaysia adalah “ orang ( yang mengaku masih ) Islam “.

 

Parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN ) yang selain UMNO masih lagi “ memandang sinis “ terhadap Islam !. Tuduhan-tuduhan pimpinan-pimpinan MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya terhadap Islam masih “ terngiang-ngiang “ di telinga dan fikiran rakyat Malaysia, khasnya yang beragama Islam.

 

3 – Dari sudut Kekuatan Ekonomi Melayu & Islam à Semenjak Merdeka hingga hari ini, yang mengetuai majoriti pimpinan Malaysia adalah pemimpin-pemimpin BN dan UMNO.

 

Namun umat Islam dan Melayu, masih lagi tidak menguasai ekonomi Malaysia. Iyalah, memang betul , itu adalah dasar dan rancangan Penjajah Inggeris dahulu. Namun setelah merdeka, nampaknya tidak ada bezanya pun. Dahulu penjajah “ Benggali Putih “ itu berbuat demikian dan sekarang “ anak-anak didiknya “ meneruskan agenda mereka. 2 x 5 = 5x 2 = 10 !!!.

 

Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur : “ Apakah kebanyakan bangunan yang hebat-hebat, yang indah-indah, yang bergemerlapan cahayanya di malam hari di Kuala Lumpur ini majoriti dipunyai oleh orang-orang Islam ? “.

 

Jawapannya : TIDAK !!!.

 

Bagiku : BN & UMNO yang memerintah sekian lama Malaysia ini GAGAL ( TIDAK MAHU ? ) menjadikan umat Islam ( yang merupakan majoriti rakyat Malaysia ) sebagai golongan yang menguasai ekonomi Negara.

 

( 4 ) – Dari sudut Perundangan Negara à BN ( dan juga UMNO ) masih GAGAL ( tak mahu ? ) mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat. Begitu juga dengan mereka yang terlibat di dalam rasuah dan salah-guna kuasa-pangkat-jawatan.

 

Bukan langsung tidak ada tindakan sebegitu…. Iya !, memanglah ada. Tetapi tak lebih dari sekadar “ melepaskan batuk di tangga “. Dan biasanya yang “dicekup” itu adalah “ ikan-ikan bilisnya” sahaja sedangkan “ ikan-ikan jerung” nya masih terbiar bebas dan aman dari sebarang tindakan undang-undang !.

 

Itu mengenai rasuah & penyelewengan kuasa !.

 

Satu lagi, BN & UMNO juga bagiku GAGAL ( tidak mahu ! ) menjadikan PERLEMBAGAAN TERTINGGI NEGARA adalah bersumberkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

 

Maka jika dah memang begitu, TIADALAH BEZANYA DI ANTARA BN (UMNO) dengan PENJAJAH INGGERIS ( juga Belanda dan Portugis dahulu). Kesemua penjajah  itu memang datang ke Tanah Melayu dan Nusantara ini agar umat ini tidak lagi “ tunduk “ kepada undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah.

 

Dan oleh itu, jika penjajah Inggeris ( dan Barat ) itu ditentang dan dilawan oleh datuk-nenek-moyangku dahulu, maka sesiapa sahaja yang “ meneruskan agenda “ dan “ meniru sikap dan idea penjajah Barat “ itu juga sememangnya wajib dibangkang, bahkan ditentang !!!.

 

Islam adalah apa yang dibawa oleh Baginda RasululLah SAW menerusi ajaran ALLAH SWT, iaitu Al-Quranul Karim dan As-Sunnah. Bukan apa yang direka-cipta oleh tangan mana-mana manusia pun !.

 

Sedangkan Perlembagaan Tertinggi Malaysia adalah bersumberkan apa yang ditulis dan diputuskan oleh seorang lelaki Inggeris, yang bukan beragama Islam = Kafir = Non Muslim yang bernama REID.

 

Aku sebagai seorang Islam sememangnya wajarlah ( bahkan wajib ) bercita-cita dan mahu Islam menjadi Perundangan Tertinggi = Perlembagaan Utama di dalam Negara Malaysia ini. Apalah artinya aku ini seorang yang beragama Islam sekiranya panduan hidupku dan pelembagaan tertinggi di dalam hidupku “ BUKAN ISLAM “ !?.

 

Dan sebagai menghormati kehendak majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam, maka tidaklah salah sekiranya PERLEMBAGAAN ISLAM = AL-QURAN & AS-SUNNAH diterima menjadi PERLEMBAGAAN TERTINGGI MALAYSIA.

 

Bukankah itu namanya DEMOKRASI !!!? ( Itupun sekiranya benar-benar mahu mempraktikkan Demokrasi dan lebih-lebih lagi jika masih percaya kepada sistem demokrasi ).

 

Maka di atas sebab-sebab itulah, maka tiada sebab untukku “ bersangka baik “ terhadap BN ( dan juga UMNO ) dahulu-kini-selamanya ( selagi mereka terus begitu ).

 

( 4 )

Maaf …. Aku agak tersasar dari topik sebenar kali ini. Topik sebenar ialah mengenai : HARGA MINYAK NAIK LAGI .

 

Sedangkan : BN / UMNO Gagal Mengurus-Tadbir Malaysia dengan Baik adalah penyebab utamanya.

 

Topik dan faktor utama/ penyebab utama itu nampaknya memang terlalu relevan dan sinonim dan tidak dapat kupisahkan di antara kedua-duanya itu.

 

Jadi, salahkah aku jika menulis begini !?.

 

Dan apakah tidak wajar sekiranya aku terus “ KATAKAN TIDAK KEPADA BN ( Barisan Nasional ) dan UMNO !? “.

 

Tepuk dada, tanyalah iman dan naluri masing-masing !.

Berikut ini adalah " ole-ole " buat seluruh pengunjung blog ini pada hari ini dengan harapan renung-renungkanlah sebaik-baiknya apa yang telah berlaku dan bertindaklah mengubah keadaan kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini.


" ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri berusaha mengubahnya "












 

CINDAI PELANGI ®

4 – Sya’aban - 1431 H
16 - Julai - 2010 M
2.45 Petang
KUALA LUMPUR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "