SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Selasa, 1 Februari 2011

INI SEMUA GARA-GARA . . . . . . . . . .


INI SEMUA GARA-GARA ………..


( 1 )


Isteriku pernah memintaku memuat turun salinan slip gajinya dari sebuah web kerajaan. Ini menyebabkan aku hairan dan bertanya :


“ Eh, kan selama ni kerajaan berikan salinan (slip) gaji tu. Buat apa nak download (muat turun) dari internet pulak ? “.



“ Tu dulu lah bang. Sekarang kami dah tak diberikan slip gaji tu. Kena download sendiri dari internet. Katanya sebagai dasar berjimat-cermat yang diambil oleh pihak kerajaan “ , jawab isteriku.

Inikah sikap sebuah kerajaan ( pemerintah ) yang mengutamakan rakyat ( kebajikan rakyat jelata ) ?. Bukankah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang bersikap seperti ibu-bapa yang bertanggung-jawab ke atas anak-anaknya. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya ?. Jika semua rakyat yang tanggung, maka sesiapa sahaja boleh menjadi pemerintah dengan mudah !.


( 2 )


Sabtu lalu, aku ke sebuah kedai 24 jam yang terkenal di seantero dunia. Setelah ku memilih beberapa barang yang dikehendaki aku pun menuju ke kaunter untuk membayarnya. Si juruwang (cashier) kedai itu pun bertanya kepadaku :

“ Abang nak tak beg plastik ? “.

“ Eh, tentulah nak “, responku.


“ Kalau begitu, abang kena bayar 20 sen untuk harga beg plastik itu “ ; katanya.


“ Aik , kan selama ini percuma (free) aje ? “ , tanyaku kehairanan.


“ Hari ni hari Sabtu, bang. Jadi ia perlu dibayar 20 sen bagi setiap beg plastik “ , ujar si juruwang itu menjelaskan mengenai peraturan yang semakin menghairankanku.


“ Kalau begitu, tak payahlah (tak perlulah) “ , responku dengan hati yang hairan bercampur geram + marah.









( 3 )



Aku dan beberapa orang kawan-kawan pernah ke sebuah restoran terkenal yang dimiliki oleh seorang bumiputera yang juga sebagai “ orang besar parti Melayu yang ketiga terbesar di dunia (kononnya) “ di situ. Setelah kami menikmati selera di situ, aku pun ke kaunter juruwangnya untuk membayar harga makanan kami tadi.


“ Semuanya RM 20.80 termasuk caj cukai kerajaan “ , kata juruwang di situ.


“ Kenapa saya pula yang kena bayar caj cukai kerajaan itu ? “ , tanyaku kehairanan.


“ Ye lah encik. Samalah di KFC dan Mc.D , semua harga makanan dan minumannya dikira bersama-sama harga cukai yang dikenakan oleh kerajaan “ ; jawabnya.


“ Ya, ya , ya … yang itu saya faham. Yang saya tak faham ialah mengapa pula kami yang perlu membayar cukai itu sedangkan awak semua yang meniaga ?. Kan itu dah jadi tanggung-jawab awak semua membayarnya ?. Saya dah makan di sini dan bagi awak semua untung kemudian awak letak pulak atas kepala kami bebanan untuk membayar cukai itu . Patutkah begitu ? “ , tanyaku selaku berhujah dan tidak puas hati dengan “ sistem kapitalis “ yang diterapkan oleh majikan restoran itu.


Si juruwang terdiam. Entah dia sedang memikirkan kebenaran kata-kataku itu ataupun dia kebingungan sebab tak pernah bertemu dengan orang yang mempersoalkan hal itu di hadapannya.


Aku pun membayar semua harga tersebut dan “ cabut keluar “ dari restoran itu dan aku berkata kepada kawan-kawanku :  “ Huh, dasar kapitalis lintah darat. Semuanya nak dirembat. Dah kaya tak cukup-cukup lagi. Sudahlah…. Lepas ni kita jangan lagi datang ke restoran ‘ cekik darah ‘ ini “.


Kawan-kawanku itu pun mengangguk-angguk sebagai tanda sama-sama setuju dengan tindakanku itu dan sebagai tanda protes kepada setiap “ korporat yang keparat “ !.



( 4 )


Usahlah hairan mengapakah senario-senario di atas terjadi di sekeliling kita sehari-hari.


Sebuah riwayat yang dianggap ianya “ Hadist Nabi SAW “ ada menyebut :







Riwayat ini bukanlah HADIST SAHIH ( sebuah berita yang sah datangnya dari Baginda Nabi SAW ), bahkan ia adalah HADIST MAUDHU’ ( sebuah berita yang dikatakan bersumber dari Baginda Nabi SAW walhal ianya tidaklah begitu ).


Walaupun Baginda Nabi SAW tidak pernah mengucapkan perkataan ( hadits ) di atas, namun ISINYA ( pengajarannya ) adalah benar. Jika anda rasa berat hati untuk memanggilnya sebagai “ HADITS PALSU “ , namakan sahaja sebagai “ SEBUAH KATA-KATA HIKMAH YANG BERISI PELAJARAN “ . Kata-kata itu adalah benar bahkan tepat dengan realiti yang biasa kita temui dan tempuhi selama ini.


Ianya sesuai dengan sebuah pepatah Cina yang ada menyebut ( maksudnya ) : “ Udang yang busuk itu bermula dari kepalanya “.


Ianya lebih-kurang sama dengan pepatah Melayu yang menyebut : “ Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan “.


Dan hampir sama maksudnya dengan sebuah lagi pepatah Melayu yang terkenal : “ Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari “.


Maksudnya itu semua : Jika pihak pemerintah sendiri suka menonjolkan gaya hidup mewah dan melakukan pembaziran ( serta mengkhianati wang rakyat ), maka betapa pula dengan rakyatnya ?. Rakyat akan meniru perangai dan perbuatan yang ditunjukkan oleh para pemimpin kerajaan. Apabila kerajaan menggalakkan pesta maksiat dan hiburan duniawi, maka begitulah dengan sebahagian besar daripada rakyat jelata, pasti mereka akan berpesta dan berhibur hingga “ lupa daratan “.


Sebabnya ??? . Pepatah Melayu ada menyebut lagi : “ Sebagai kueh, begitulah acuannya “ .


Anda marah dengan situasi-situasi di atas ?. Anda “ loya dan meluat “ dengan telatah pemimpin-pemimpin yang boros dan selalu mengkhianati wang negara dan rakyat !?. Anda benci dengan sang politikus yang bersikap “ hipokrit “ !?. Marilah, terjemahkan kemarahan dan rasa menyampah anda itu dengan menumbangkan mereka yang zalim dan khianat itu !. Mereka bukanlah TUHAN walaupun mereka berlagak sebagai tuhan selama ini. Tiada manusia yang “ menongkat langit “ an begitulah juga dengan parti yang mereka tubuhkan itu. Bodohlah anda dan saya juga sekiranya kita masih ada peluang untuk “ menendang “ mereka tetapi melepaskan begitu sahaja peluang itu.


“ Orang yang cerdik itu tidak akan jatuh dua kali di dalam lubang yang sama !!! “.


“ Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan “ ???? . Huh ! Porah chitttt !!!.











Sekian. Wassalam.






Cindai Pelangi ®
27 – Safar – 1432 H / 1 – Febuari – 2011
5.30 Pagi
KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "