SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Jumaat, 25 Februari 2011

ENGKAU MEMANG SANGAT BENAR DAN TIDAK PERNAH BERDUSTA, YA RASULULLAH !

ENGKAU MEMANG SANGAT BENAR DAN TIDAK PERNAH BERDUSTA, YA RASULULLAH !











{ 1 }



Cinta dan kasih terhadap Baginda RasululLah SAW tidak cukup sekadar “ berarak dan mengangkat sepanduk “ dan “ membaca Kitab Maulid dan Barzanji “ semata-mata. Bahkan sebenarnya, itu semua mestilah dibuktikan dengan beramal (mempraktikkan) ajaran Baginda RasululLah SAW dan juga menjauhi segala sikap, pegangan dan amalan yang bertentangan dengan ajarannya SAW.




 



{ 2 }



Melalui pengajian “ SIRAH NABAWIYYAH “ ( Perjalanan Hidup Kenabian ) yang ditempuh oleh Baginda RasululLah SAW, kita semua telah maklum bahawa Baginda SAW telah dikurniakan gelaran ( pangkat ) “ AL-AMIN “ ( Orang Yang Amanah = Jujur = Tidak Pernah Berdusta ) oleh kaumnya sendiri ; Quraish Mekkah sebelum Baginda SAW diangkat menjadi “ RASULULLAH “ ( Utusan ALLAH ) ketika berusia 40 tahun.





Keyakinan itu sudah tentu wajib dipegangi oleh setiap orang yang mahu dirinya benar-benar menjadi “ UMAT BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW “ dan menerima “ shafa’at “ ( pembelaan ) Baginda SAW di padang mahsyar nanti.





Dan keyakinan itu akan semakin bertambah apabila kita “ memperuntukkan masa “ untuk “ meneliti dan mentelaah “ setiap isi ajaran Baginda SAW yang disampaikan menerusi Al-Quranul Karim dan Sunnah-sunnahnya ( yang diterima di kalangan ulama’ hadits muktabar = terkemuka ).







{ 3 }





Suatu ketika di beberapa tahun yang lalu, aku “ membelek-belek “ isi-isi kandungan “ KITAB RIYADHUS SOLIHIN “ ( susunan Al-Imam an-Nawawi RH ) yang ada di perpustakaan rumahku. Dan apa yang perhatikan kali ini, benar-benar menyebabkan kepalaku “ terangguk-angguk “ sebagai tanda setuju dan hatiku berasa sangat tenteram dan puas dengan “ isi ajaran Baginda SAW “ yang aku temui di dalam kitab susunan imam yang sangat terkemuka itu.



 



Apakah haditsnya itu ?. Di dalam Bab 71 : BAB AT-TAWADHUK WA KHAFD al-JANAH LIL MU’MININ ( Bab Tawadhu’ Dan Menundukkan Sayap – Yakni Merendahkan Diri – Kepada Kaum Mu’minin ) , di dalam Jilid 1, Mukasurat 709, Kitab RIYADHUS SOLIHIN ( Taman Orang-Orang Salih ) yang diterjemahkan dan dihuraikan oleh M. Abdai Rathomy, Terbitan : PUSTAKA NASIONAL, SINGAPURA tertulis :




 




SubhanalLah …. ! ALLAHU Akbar !....



“ Soddaqta Ya RasulalLah ! “ Benarlah (kata-kata) mu itu Wahai RasululLah ! “.





Kepalaku tetap akan “ terangguk-angguk “ tanda sangat setuju dengan apa yang dinyatakan oleh junjungan mulia kita itu. Semoga selawat dan salam daripada ALLAH TA’ALA senantiasa dilimpahkan buat kekasih-NYA ; Baginda Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya yang suci , Seluruh Sahabatnya RA ( tanpa kecuali ) dan setiap umat Islam yang mencintai dan membela mereka itu semua sehinggalah ke hari akhirat kelak.





Amin, Ya Robbal ‘Alaminnn.





 
Sekian. Wassalam



AHAD – 17 / Rabi’ul Awwal / 1432 H = 20 / Febuari / 2011 M

KUALA LUMPUR










Cindai Pelangi ®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "