SEMBANG-SEMBANG MENGENAI PANTUN
{ 1 }
Anda suka kepada pantun ?. Tak kiralah pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan seterusnya ?. Aku sangat menyukai pantun ( bukan mencipta pantun ), tetapi membaca dan merenung pantun-pantun ciptaan orang.
Ketika kecil dahulu ( sekarang aku tak pasti adakah ia masih ada ), ada rancangan " PERTANDINGAN PANTUN " di siaran radio tanah air kita. Kadang-kadang sekolah ini melawan sekolah itu. Tak kurang juga beberapa agensi kerajaan " berlawan pantun " dengan sesama kakitangan / penjawat awam.
Pantun adalah salah-satu kelebihan dan "kekayaan" yang dikurniakan
ALLAH SWT kepada bangsa Melayu. Keindahan kata-kata, pembayang dan
maksud lebih menyerikan sesebuah pantun yang dihasilkan itu. Bukan itu sahaja kurniaan ALLAH SWT kepada bangsa Melayu dan bahasa mereka, bahkan orang-orang Melayulah satu-satunya kaum di dunia yang boleh menggunakan 2 jenis tulisan di dalam menyampaikan bahasa mereka, samada tulisan LATIN ( Rumi ) ataupun tulisan ARAB ( Jawi ).
Kalau anda fikir pantun ini hanyalah di antara 1001 bentuk khayalan & syok - sendiri bangsa kita ( Melayu ), maka silalah membaca terlebih dahulu tulisanku sebelum ini ~ SASTERA : APA YANG ANDA TAHU MENGENAINYA ? .
{ 2 }
Namun begitu, ada beberapa pantun yang aku kira perlu kita lihat kembali arti-arti yang tersirat di sebaliknya. Ini perlu agar :
a - Tidak semuanya " ditelan begitu sahaja " dek zaman hingga tidak dikenal lagi oleh generasi nan mendatang. Jangan sampai generasi mendatang tidak kenal lagi kelebihan dan kebaikan yang ada pada tok-nenek mereka !.
b - Tidak semuanya " ditelan begitu sahaja " ( hingga hadam dan menjadi darah-daging ) dek penyanjung-penyanjung yang bertopengkan " pejuang seni budaya " tanpa melihat dan menilai dengan " timbangan syariat Islam ". Ingatlah kembali pesanan Almarhum Tok Kenali ( rahmatulloh 'alaih ), katanya : " Biar mati adat, Jangan mati syariat ! ".
c - Agar dapat dinilai manakah yang intan dan mana satukah yang kaca ?. Bukankah pantun itu sendiri salah-satu produk ciptaan manusia. Maka ia sama dengan apa sahaja yang dicipta oleh manusia ini, ada yang bernilai tinggi, ada yang kurang dan ada juga yang tiada nilainya !.
{ 3 }
Sekarang mari kita sama-sama melihat akan pantun berikut :
‘nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan’.
Setelah kita merenung dan memerhatikan pantun itu tadi, apakah tidak terlintas di fikiran kita :
Pantun ini mengajar seseorang anak perempuan " lari dari rumah " , " ikut jantan " dan tinggalkan mak-bapak yang selama ini menjaga dan membesarkannya !?.
Atau adakah anda ada apa-apa tafsiran yang positif terhadap pantun seperti ini ?.
Kisah anak gadis lari dari rumah kerana " ikut jantan " ( tak kiralah yang tempatan ke atau " import " dari Bangla atau Lombok ) bukanlah satu perkara asing di telinga kita.
Gadis-gadis ini jelas " dihasut syaitan " dan " dibuai bisikan nafsu " !!!.
Wah !, kerasnya kenyataan..... tapi bukankah apa yang aku katakan itu memang benar !?.
Atau ada yang mahu membantah dan mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan " Itulah cinta !. Itulah pengorbanan !. Betapa sucinya cinta .... bla bla bla bla !!! ".
Ah !, itu alasan sahaja. Aku tetap mengatakan ia adalah " HASUTAN & BISIKAN SYAITAN SERTA LEDAKAN HAWA NAFSU YANG JAHAT !!! ".
Usahlah ditampal-ditempel "kejahatan akhlak dan kebiadapan perangai " dengan mengataskan nama ( menggunakan nama ) C I N T A !!!.
Betapa dangkalnya akal, bodohnya otak, singkatnya fikiran, nipisnya iman dan tipisnya maruah apabila seseorang anak gadis sanggup tinggalkan ibu-bapa yang selama ini membesarkannya demi " meraih cinta dan menagih kasih " dari seorang " jantan ".
Ibu-bapa yang telah sekian lama bersusah-payah membesarkannya dan berkorban berbagai hal demi anaknya ini tidak dihargai. " Jantan " yang baru " berjasa " beberapa hari, beberapa bulan dan beberapa tahun ini pula yang dilebihkan dari ibu-bapanya sendiri !.
Entah apa " jasa " yang ada pada " si jantan " itu hingga si gadis " buta " dan tak mampu menghargai lagi jasa-baik dan susah-payah ibu-bapanya sendiri !!??.
Pepatah orang-orang tua kita dulu ada mengingatkan :
" Ikutkan nafsu, lesu. Ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa " .
Apa " jasa si jantan " itu ???. Belanja mee goreng sepinggan !?. Bawak ke hulu ke hilir dengan motor !?. Beli hadiah ( yang bukan mahal dan bernilai tinggi pun ) untuk di gadis sempena itu dan ini !?.
Itu sahajaaaaaaaaaaaa !!??.
Itu sahaja dah cukup " memujuk " si gadis hingga sanggup tinggalkan ibu-bapanya !?.
Atau ada yang berkata : " Gara-gara sihir @ minyak cenuai @ buatan orang " !?.
Ya !, betullah tu. Aku sendiri tak menafikan yang hal seperti itu ada juga disebabkan oleh unsur-unsur sihir yang dipenuhi dengan syirik dan khurafat .
Tapi dari 10 orang anak-anak gadis yang lari tinggalkan rumah kerana " ikut jantan " , berapa ramaikan yang sebenarnya disebabkan oleh SIHIR !?.
Mungkin seorang sahaja !. Yang sembilan lagi ?......
Semuanya sebab " janji manis " dan " pujukan mesra " si jantan itu. Ada yang berjaya mendapatkan hasil yang diharapkan setelah bersusah-payah berkorban.
Ramai juga yang menyesal dan menangis kerana yang diharapkan itu rupa-rupanya memang jenis " tak boleh diharap" . Apatah lagi " setelah madu dihisap, sepah dibuang ! ".
{ 4 }
Ada yang masih mahu mempertahankan tindakan anak gadis " derhaka " seperti itu dengan alasan :
a - Hak asasi manusia ?.
b - Cinta yang suci ?.
Bagi aku, semua alasan itu tidak ada sebarang nilai apabila ia bertentangan dengan SYARIAT ISLAM !. Tiada yang lebih agung, lebih mulia dan lebih memelihara kesejahteraan berbanding SYARIAT ( undang-undang ) yang telah ALLAH TA'ALA kurniakan menerusi ajaran Islam ini.
Apa kata anda jika ada yang " MENGHALALKAN PERNIKAHAN SEJENIS " dengan 2 alasan di atas ?.
Sebab itulah aku katakan tadi , apa pun alasan , tak ada satu pun yang boleh diterima apabila ia bertentangan dengan kehendak SYARIAT ISLAM !.
Pernikahan di antara Fatine ( nama asal : Mohammed Fadzil bin Min Bahari ) dengan seorang warganegara UK ; Ian Young di penghujung tahun 2009 telah menimbulkan kontroversi, khasnya di kalangan masyarakat Malaysia. Bolehlah pernikahan seperti ini direstui di atas alasan " Hak Asasi Manusia & Hak Pasangan Bercinta " ?.
Kesimpulannya : Pantun seperti pantun di atas , TIDAK SEWAJARNYA dipertahankan dan diajar. Pantun sebagai salah-satu produk ciptaan manusia. Ada yang bernilai tinggi dan ada pula yang tiada nilainya. Ada yang baik, dan ada pula yang buruk. Tiada artinya bersusah-payah mempertahankan sesuatu yang rosak dan merosakkan. Apatah lagi yang rosak nanti ialah generasi kita nan mendatang.
Wa Na'udzu billahi min dzalik ( Semoga ALLAH pelihara kita dari keburukan itu ).
Nanti akan ku sambung lagi sembang-sembang pasal pantun , insya-ALLAH.
CINDAI PELANGI ®
11- Muharram - 1431 H
28 - Disember - 2009 M
28 - Disember - 2009 M
8.00 Malam
KUALA LUMPUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.