SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Selasa, 7 Disember 2010

BERKATA BENARLAH SEKALIPUN PAHIT : MUDAH DIUCAP & SUKAR DILAKUKAN


BERKATA BENARLAH SEKALIPUN PAHIT : MUDAH DIUCAP & SUKAR DILAKUKAN


{ 1 }


Benar lawannya Khianat . Berkata Benar lawannya Berbohong = Menipu.


Benar adalah sikap yang terpuji dan berbohong serta menipu (pada perkara yang dilarang untuk berbohong) adalah sikap yang keji dan dibenci menurut ajaran agama kita ; Islam.


Semua orang tahu hal itu, tapi berapa ramaikah yang dapat bersikap benar dan tidak menipu ?.


{ 2 }


Aku biasa bertemu dengan beberapa orang rakan. Ada di antaranya mengeluh dengan keluhan-keluhan berikut :


“ Syeikh !, ana hanya nak sampaikan kebenaran saja. Itupun mereka tak suka. Mereka tuduh ana dengan berbagai-bagai tuduhan. Mengapa pula jadi begitu ? “.


Bahkan yang lebih menyebabkan aku rasa kasihan apabila bertemu kenalan yang berkata begini :


“ Kau tau tak ?, aku ni pergi demontrasi tu hanya sebab nak menyatakan kebenaran. Bukan nak buat kacau atau merosakkan harta-benda awam. Tapi aku pula yang dipukul dan diganyang oleh polis-polis tu. Ada pula yang disumbatkan ke dalam jel “.


{ 3 }


Apabila aku bertemu kenalan-kenalan yang mengadu dan mengeluh begitu, aku hanya dapat menunjukkan simpati aku terhadap nasib yang menimpa mereka dan aku katakan kepada mereka :


“ Akhi ( hai saudaraku ), perintah agar kita senantiasa bercakap dan bersikap benar memang mudah diucapkan namun ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan. Bahkan lebih sukar lagi untuk diterima oleh kebanyakan kita.


Lihat sahajalah kepada Baginda RasululLah SAW. Baginda SAW tak pernah menipu, apa lagi untuk melakukan khianat. Baginda SAW sendiri dihadiahkan pingat “ AL-AMIN ” ( orang yang boleh dipercayai ) oleh penduduk Mekkah sebelum Baginda SAW menjadi RASUL UTUSAN ALLAH. Namun apabila Baginda SAW mula membawa ajaran Islam yang 100% benar , Baginda SAW mula dimusuhi oleh kebanyakan orang bahkan mereka tuduh pula Baginda SAW sebagai penipu, ahli sihir , gila dan sebagainya.


Mengapa sampai begitu sekali mereka lakukan kepada Baginda SAW ???. Jawapannya : Hanya disebabkan Baginda SAW mahu bersikap dan berkata BENAR sebagaimana yang ALLAH TA’ALA perintahkan kepada Baginda SAW.


Kalau itupun terjadi kepada manusia yang paling baik di alam ini, betapa pula dengan kita : insan yang serba lemah, serba jahil dan belum tentu baik 100% “.


{ 4 }


Apabila kebenaran itu ditolak, apakah pula respon kita ?. Merajuk ?. Kecewa ?. Marah ?. Tak mahu lagi meneruskan dan memperjuangkan kebenaran ???.


Usahlah begitu. Amat-amatilah beberapa petikan Ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :





Begitulah biasanya kata-kata yang aku gunakan untuk memujuk dan mententeramkan jiwa sahabat dan kenalan yang mengeluh apabila kebenaran yang mereka bawa disangkal dan ditentang oleh lawan mereka.


Bahkan itu jugalah kata-kata yang aku gunakan untuk memujuk diriku sendiri apabila sesuatu yang kurasakan benar dan kubawa pula ia kepada khalayak masyarakat, tiba-tiba ditentang dan tidak dipersetujui mereka.


Kalau aku tidak memujuk diriku sendiri, mungkin nanti semangat juangku akan hilang. Apabila semangat perjuanganku untuk menegakkan kebenaran sudah tiada, maka tiadalah artinya aku ini sebagai “ HAMBA ALLAH “ dan sebagai “UMAT NABI MUHAMMAD SAW”.


Kalau ayat-ayat di atas tidak cukup untuk memujuk diriku ataupun sahabat-handai dan kenalan-kenalanku itu, aku akan cuba pujuk lagi dengan ayat berikut :







Ya !, mudah-mudahan apabila kita senantiasa bersikap dan berkata benar. Senantiasa pula berlatih untuk menjadi orang yang benar di sisi ALLAH TA’ALA , DIA akan mencatat nama kita di sisi-NYA sebagai orang-orang yang SODIQ ( Yang Benar ) lagi SIDDIQ ( Yang membenarkan kebenaran ) dan seterusnya kita dapat meraih REDHA-NYA , PENGAMPUNAN-NYA dan SYURA-NYA nanti.


Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Wassalam.

Cindai Pelangi ®

Selasa  / 1 - Muharram - 1432 H
7 – Disember - 2010 M
7.00 Pagi
K U A L A    L U M P U R


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "