SYIAH MARAH !? APA AKU PEDULI !
( 1 )
Tadi aku sempat melihat kembali ke dalam peti emelku. Ada beberapa emel yang kuterima yang berkaitan dengan komenku di dalam halaman facebook. Isi emel tersebut ialah menegur ( memberi amaran ? ) agar aku jangan “ menghentam “ syiah di dalam komentar / tulisanku lagi.
Di dalam emel tersebut , di antaranya tertulis :
“ Hoi !, Syiah pun islam juga tau. Dioranglah yang paling kuat menentang Zionis Israel dan Amerika. Dioranglah selalu menang musabaqah Al-Quran.
Kau tak percaya ? Kau tengoklah ke dalam blog Faisal Tehrani ( http://tehranifaisal.blogspot.com ) . Ada banyak gambar suasana Islamik di Republik Iran.
Apakah engkau masih tak percaya dengan keislaman Syiah ? “
Ada pula yang menulis begini :
“ Kau jangan memandai-mandai mengatakan Syiah itu sesat ! . Belajar dulu, baru tahu menghukum “.
( 2 )
Di antara “ pendekatan “ ( approach ) yang kuambil apabila aku menulis di dalam blog aku ini ialah : SANTAI – TEPAT – RINGKAS – PADAT. Ia berbeza dengan “ pendekatan yang kutulis di dalam beberapa halaman web / artikel yang menggunakan “ pendekatan “ TERPERINCI – PADAT – ILMIAH – PERBANDINGAN .
Maka begitulah dengan tulisanku kali ini, aku akan usahakan dengan izin ALLAH TA’ALA untuk menulisnya secara : SANTAI – TEPAT – RINGKAS – PADAT .
Kembali kepada topik di atas ; SYIAH . Sememangnya sejak di bangku sekolah lagi, aku banyak menumpukan pembacaanku mengenai SYIAH. Buku yang mula-mula kubaca mengenai ajaran ini adalah : BAHAYA SYIAH , yang disusun oleh pengasas kumpulan Al-Arqam ; Ashaari Muhammad.
Kemudian setelah itu, makin banyak buku yang kucari untuk mengetahui mengenai ajaran SYIAH ini. Dan hingga kini, di tanganku sendiri ada beberapa KITAB RUJUKAN YANG MENJADI PEGANGAN UTAMA PENGANUT-PENGANUT SYIAH.
Jika ada yang mendakwa bahawa buku-buku yang kubaca itu semuanya HASIL TULISAN MUSUH-MUSUH SYIAH YANG TRADISINYA MEMANGLAH MEMBENCI SYIAH, maka dakwaan itu adalah TIDAK BETUL !!!. Kerana, BUKU-BUKU yang ditulis sendiri oleh tokoh-tokoh utama mereka pun ada padaku dan pernah kubaca.
Ketika aku di Nilam Puri dahulu pun, sempat aku membaca dua buah buku yang ditulis oleh tokoh Syiah yang terkenal ; Ayatollah Khomeini , iaitu AL-HUKUMAH AL-ISLAMIYYAH dan WILAYAH AL-FAQIH .
( 3 )
Sekarang aku nak menjawab beberapa teguran di atas yang dikirim ke emelku :
“ Hoi !, Syiah pun islam juga tau. Dioranglah yang paling kuat menentang Zionis Israel dan Amerika. Dioranglah selalu menang musabaqah Al-Quran.
Kau tak percaya ? Kau tengoklah ke dalam blog Faisal Tehrani ( http://tehranifaisal.blogspot.com ) . Ada banyak gambar suasana Islamik di Republik Iran.
Apakah engkau masih tak percaya dengan keislaman Syiah ? “
Jawabku kali ini : SYIAH bukanlah beragama Islam !. Cuma mereka berpura-pura berlagak seperti orang-orang Islam. Dan mereka sering menggunakan Islam sebagai topeng ajaran mereka dan sebagai alat propaganda fahaman mereka.
Al-Quranul Karim mengajarku bahawa di antara manusia yang berstatus ISLAM dan KAFIR , ada satu lagi golongan yang duduk di antara kedua-dua golongan tersebut. Golongan yang duduk di antara ISLAM dan KAFIR inilah dinamakan sebagai GOLONGAN MUNAFIQ.
Maka SYIAH itu adalah MUNAFIQ !. Zahirnya sebagai orang Islam, tetapi “ hati-perut-pedalnya “ adalah KAFIR !.
Apakah setelah lama Islam disebarkan oleh Baginda RasululLAH SAW , maka GOLONGAN MUNAFIQ lenyap !?. Tidakkkk … !, bahkan sebagaimana pasti ada golongan yang mempertahankan sunnah Baginda SAW sehingga ke hari kiamat ( iaitu Golongan Mukminin ), pasti akan ada musuh-musuhnya sehingga ke hari kiamat ( iaitu golongan KAFIR dan MUNAFIQ ).
SYIAH = MUNAFIQ !
SYIAH = TALAM DUA MUKA / PEPAT DI LUAR, RENCHONG DI DALAM / MUSANG BERBULU AYAM / GERGAJI BERMATA DUA !!
SYIAH = KEPALA BERKOPIAH LAKSANA MUSLIM TETAPI KULUB PADA KEMALUAN TETAP ADA LAKSANA KAFIR !!!.
Pemandangan di kawasan Perkuburan Syiah. Adakah suasana ini " islamic " ?, atau lebih hampir serupa dengan perkuburan orang-orang bukan Islam ?
( 4 )
Jawapanku lagi :
Menentang AMERIKA & SEKUTUNYA ( ZIONIS ISRAEL ) belum cukup membuktikan bahawa seseorang itu / sesebuah Negara itu dah tentu ISLAM YANG SEBENAR .
Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi juga dahulunya kuat menentang Amerika dan sekutu-sekutunya, tetapi adakah mereka berdua benar-benar menganut ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ?.
Fidel Castro, pengasas Negara Cuba juga kuat menentang Amerika . Begitu juga dengan China , Korea Utara, Kesatuan Republik Russia ( USSR ) dan Vietnam. Apakah mereka boleh dianggap Islam hanya disebabkan mereka menentang Amerika !?.
Lagipun, sampai ke hari ini IRAN masih belum pernah menyerang NEGARA HARAM ZIONIS ISRAEL . Dengan Amerika pun, Iran masih belum memeranginya. Yang ada hanyalah PROPAGANDA dan DAKYAH MURAHAN yang “ dicanang “ di sana-sini.
Iran yang konon-kononnya hebat dengan “ agen perisikannya “ . Dari SAVAK di zaman Shah Iran hingga ke zaman ini VEVAK (Vezarat-e Ettela'at va Amniyat-e Keshvar) ataupun VAJA ataupun sering dikenali sebagai MOIS, hingga kini masih belum dapat menangkap SALMAN RUSHDIE ( penghina Baginda RasululLah SAW menerusi novelnya ; SATANIC VERSES ) . Sejak Khomeini mengisytiharkan “ HUKUMAN BUNUH “ ke atas Rushdie, hingga kini Rushdie masih bersenang-lenang hidup dengan aman. Di UK ( mungkin ? ).
Apakah masuk akal jika kita benar-benar mahu membunuh atau menangkap seseorang, kita mesti memberitahu kepada orang yang dikehendaki itu ?. Ternyata, “ permainan “ Khomeini dan Iran itu hanyalah PROPAGANDA semata-mata !.
( 5 )
Sembilan persepuluh (9/10) daripada intipati ajaran SYIAH ialah TAQIYYAH. TAQIYYAH yang mereka ( Syiah ) maksudkan itu tak lain tak bukan adalah : BERMUSLIHAT .
Mereka baca Al-Quranul Karim bahkan menang pula di dalam beberapa pertandingan ( musabaqah ) dan mereka juga ke Mekkah dan Madinah. Itu semua adalah TAQIYYAH !. Kerana bagi mereka, Al-Quran yang sebenarnya adalah “ MUSHAF FATIMAH “ dan bukannya “ MUSHAF UTSMANI “ . Mushaf Fatimah itu katanya lagi adalah 3 kali ganda lebih besar berbanding Al-Quran yang dipunyai oleh kebanyakan umat Islam. Ia adalah wahyu yang masih diturunkan ke atas puteri Baginda RasululLah SAW ; Saiyidah Fatimah az-Zahra’ RA selepas kewafatan Baginda RasululLah SAW dan ianya kini berada di tangan imam ke-12 yang ghaib ; Imam Muhammad Hassan al-‘Askari. Begitulah secara ringkasnya pandangan Syiah terhadap Al-Quranul Karim.
Lagi suasana perkuburan Syiah di Iran. Tidak ada bezanya dengan kawasan perkuburan orang-orang kafir. Orang yang tidak pernah ke Iran dan tidak pernah didedahkan dengan suasana sebenar dan amalan seharian Syiah, pasti akan menyangka bahawa Syiah dan Iran benar-benar Islam.
Haji bagi mereka, yang sahnya hanyalah di QUM di IRAN dan KARBALA’ di IRAQ. Kerana bagi mereka QUM adalah Tanah Suci mereka dan di sanalah mereka mengerjakan haji mereka terlebih dahulu , sebelum ke Mekkah ( sebagai propaganda ).
Di KARBALA’ pula. Ini juga adalah tanah suci pada pandangan mereka . “ Suci “ kerana menitisnya darah cucu Baginda RasululLah SAW ; Saidina Hussein RA.
Suasana “ Islamic “ di IRAN juga adalah propaganda Taqiyyah . Tak ubah apabila mereka bersembahyang di hadapan umat Islam ( yang bukan SYIAH ), maka mereka tidak akan menunjukkan cara sebenar mereka menunaikan sembahyang. Bahkan “ TURBAH “ ( Tanah liat keras sebesar ibu jari yang konon-kononnya adalah tanah Karbala’ , yang digunakan mereka untuk sujud di atasnya ) juga mereka sembunyikan dari dilihat oleh golongan yang tidak “ sefahaman “ dengan mereka ( Syiah ).
Faisal Tehrani ( seorang penggiat sastera terkenal ) , BUKANLAH UKURAN BENAR ATAU TIDAKNYA AJARAN SYIAH . Bahkan sejak ku kenal namanya, hatiku sudah berkata-berkata : “ Mungkinkah Faisal Tehrani ini juga menganut Syiah ? “. Dan apabila ku baca beberapa tulisannya, kemungkinan itu bertukar menjadi sebuah keyakinan bahawa Faisal Tehrani memang seorang SYIAH yang halus ( baca : LICIK ) tipu-daya dan seni “ Taqiyyah “ nya !.
Aku pernah ditanya : “ Beberapa tokoh dan ahli PAS pernah dikaitan dengan SYIAH. Apa komen kau ? “.
Aku jawab : “ Sebenarnya, bagi SYIAH masuk UMNO pun tak apa. Ini disebabkan TAQIYYAH di dalam SYIAH menjadi 9/10 dari amalan kehidupan mereka. Mereka boleh “ berlakon “ menjadi apa sahaja . Jadi anggota MOSSAD ( perisikan Israel ) dan CIA pun mereka boleh. Merekalah pelakon dan “ badut terhebat “ di alam ini ! “.
( 6 )
Bagi yang menulis seperti ini pula kepadaku :
“ Kau jangan memandai-mandai mengatakan Syiah itu sesat ! . Belajar dulu, baru tahu menghukum “.
Aku menjawab : Memang aku bukanlah pandai hingga sanggup mengubah ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda RasululLah SAW sebagaimana yang Syiah lakukan dan aku juga bukanlah bodoh hingga “ boleh termakan dengan pujuk-rayu Syiah !.
Aku juga teringat dengan pesanan ‘alim-ulama’ ( yang dah tentu bukan SYIAH ), kata mereka ( mafhumnya ) : “ Golongan Yahudi begitu taksub dengan Nabi ‘Uzair AS hingga mereka mempertuhankannya. Walhal Nabi ‘Uzair AS tidak ada kena-mengena dengan ajaran Yahudi itu . Golongan Kristian pula, begitu cinta dan taksub dengan Nabi Isa AS hingga menganggapnya sebagai tuhan. Walhal Nabi Isa AS tidak ada kena-mengena dengan ajaran mereka. Begitulah juga dengan Golongan SYIAH ini, mereka begitu taksub dengan Saidina Ali RA hingga mereka menyembahnya. Saidina Ali RA bukanlah dari kalangan mereka dan mereka juga tiada kena-mengena dengan Saidina Ali RA “.
Selain itu ada lagi pesanan ‘alim-ulama’, kata mereka ( mafhumnya ) : “ Tanyakan kepada golongan Yahudi, siapakah yang paling baik selepas Nabi Musa AS. Mereka akan menjawab : Sudah tentu murid-muridnya !. Tanyakan pula kepada golongan Kristian, siapakah yang paling baik dan berbahagia selepas Nabi Isa AS, mereka akan menjawab : Sahabat-sahabatnya yang bergelar Al-Hawariyyun !. Dan tanyakan pula kepada Syiah : Siapakah golongan yang paling jahat lagi celaka ?, mereka pasti menjawab : Para Sahabat Nabi SAW ! “.
Di dalam Kitab NAHJUL BALAGHAH yang diyakini SYIAH sebagai sebuah kitab yang menghimpun ucapan-ucapan hikmah Saidina Ali RA , ada tertulis ( mafhumnya ) : “ Akan ada dua golongan yang binasa kerana aku. Iaitu golongan yang benci kepadaku dan golongan yang terlalu taksub kepadaku “. Golongan yang membenci kepada Saidina Ali RA ini dikenali kemudiannya dengan gelaran “ KHAWARIJ “ dan golongan yang taksub kepadanya pula dikenali sebagai “ SYIAH “ .
Ingin kukatakan lagi kepada mereka :
“ Sudah terang lagikan bersuluh . Sudah diberi peta, dipimpin tangan pula. Makin banyak kupelajari mengenai SYIAH, makin terlihat kepadaku betapa sesatnya ajaran ini. “.
Jika ada di antara mereka ingin berkata kepadaku :
“ Hei ! sudahlah tu. Usah lagi kau sibuk-sibuk menghentam Syiah. Mereka tu bukan orang lain. Kawan-kawan sekolah kau dan guru-guru kau dulu juga ! “.
Maka aku akan menjawab : “ Peduli apa aku dengan semuanya itu !?. Yang aku peduli hanyalah redha ALLAH SWT dan tepati ajaran Baginda RasululLah SAW dan Para Sahabat RA “.
Dan jika mereka masih marah padaku , maka aku akan nyanyikan lagu dengan penuh bangga : “ PEDULI APA AKU SAMA ITU SEMUA !??? “.
Sekian. Wassalamu ‘ala manit taba’al huda.
CINDAI PELANGI ®
22- Syawal- 1431 H
1 - Oktober - 2010 M
Jumaat / 10.30 Malam
KUALA LUMPUR