SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Rabu, 21 November 2012

IKHLASKAH KITA DI DALAM BERDOA ?


IKHLASKAH KITA DI DALAM BERDOA ?
( Siri Tulisan : Ikhlas Sungguhkah Aku Ini ? )






{ 1 }

Sedikit perkongsian hasil ilham yang ALLAH kurniakan selepas  Solat Asar tadi dan aku yakin ini benar-benar daripada ALLAH dan bukan bisikan-bisikan SYAITAN :

" Islam adalah Cara Ibadat dan Cara Hidup paling simple dan direct to the point 


Kunci mencapai redha ALLAH  ialah : 

Kenali diri sendiri yang serba tak cukup lagi serba lemah ini lalu BERGANTUNG HARAP lah sekuat-kuatnya kepada ALLAH TA'ALA YANG MAHA GAGAH PERKASA LAGI MAHA SEMPURNA LAGI MAHA MEMBERI CUKUP dengan doa yang tak jemu-jemu .


Kunci Amalan diterima ALLAH TA'ALA pula adalah :


(1)- Kekal sbg muslim dgn menjaga Aqidah drp sebarang bahaya ayirik dan Riddah (Murtad) ,


(2) - Ikhlas kerana ALLAH semata-mata , dan


(3) - Ittibaa' ( Ikut dgn mempelajari ) sunnah-sunnah yang dipusakai daripada Baginda Rasulullah SAW sebagai mana termaktub di dalam Kitab Al-Quranul Karim dan Hadist-Haditsnya yang sahih .



{ 2 }


Lantaran kenal diri ini " SERBA LEMAH " dan " MUNGKIN TEWAS PADA BILA-BILA MASA SAHAJA " maka aku wajib senantiasa BERSANDAR DAN MENUMPANG Kegagahan dan Keperkasaan serta Pengawasan ALLAH TA'ALA sentiasa . Dengan berTAWASSUL ( Menggunakan perantaraan ) dan berTABARRUK ( Mengambil Barokah ) segala keagungan dan kemuliaan yang ada pada ZAT ALLAH TA'ALA menerusi ISMUL A'AZHOM-NYA ( Nama " ALLAH " ) , ASMAUL HUSNA , Sifat-Sifat-NYA dan juga dengan " menumpang " segala doa dan harapan yang pernah dipanjatkan kepada-NYA oleh para kekasihnya ; Baginda Rasulullah SAW , Para Rasul Ulul 'Azmi AS , Segala Nabi dan Rasul AS , Sahabat Empat RA , Seluruh Sahabat Ahli Perang Badr RA - Bai'ah Al-Aqobah RA - Bai'ah Ridhwan RA dan seluruh Para Sahabat RA dan kekasih-kekasih ALLAH TA'ALA .


Sedar diri sehingga tidak berlagak seumpama " WALI " mahupun " PENDEKAR "  sedangkan diri ini jauh sekali untuk dianggap WALI mahupun PENDEKAR !!!


Siapalah diri ini sebenarnya ??? ...... Tiada apa-apa punnnnnnnnnnnn !!!



{ 3 }


Ilham ini datang apabila aku merenung dan menimbang-nimbang hajat seseorang kerabat yang meminta aku membantunya  " mengusir syaitan-syaitan " yang mengganggu rumahnya .


Perlukah aku membaca wirid-wirid yang panjang-panjang sebagaimana sahabat-sahabatku yang belajar dari guru-guru yang terkenal itu ? .


Bagaimanakah aku nak membaca yang panjang-panjang sedangkan sendiri pun sentiasa " tak cukup masa " . Namun aku juga memang suka membaca RATIB - WIRID - HIZIB yang panjang-panjang itu apabila aku berkesempatan .


Aku tak suka " buat amalan " kerana terpaksa atau di dalam keadaan terburu-buru " tak cukup masa "  kerana nanti " IKHLAS " ku tiada dan hilang begitu sahaja ! .


Jika baca yang panjang-panjang itu syaratnya , maka bagaimana pula dengan hamba-hamba ALLAH dari kalangan masyarakat awam yang tidak kenal RATIB itu dan HIZIB ini !? .


Adakah RAHMAT DAN PERTOLONGAN ALLAH TA'ALA hanya makbul kepada RATIB , HIZIB DAN WIRID yang panjang-panjang itu ??? .


Atau sebenarnya itu hanyalah CONTOH-CONTOH DOA PERMOHONAN  MINTA TOLONG sahaja !? .





Disebabkan Aku ini hanyalah " MANUSIA BIASA " dan juga " MASYARAKAT AWAM " ..... maka sekadar yang mampu buat dengan ikhlas hanyalah DOA & SUNGGUH-SUNGGUH MINTA TOLONG KEPADA ALLAH agar diselamatkan kerabatku itu dengan bahasa dan gaya bahasa yang aku lebih selesa dengannya .


Maaflah hai saudaraku tercinta ! ...... Sekadar itu yang kumampu lakukan setakat ini .


Insya-ALLAH , jika ada kemampuan lain ( masa dan tenaga ) , aku akan mendoakan lagi dengan wirid yang panjang-panjang .


ALLAHUMMA .... Iyyaka Na'abudu wa Iyyaka Nas'taien ... Amin .


Sekian. Wassalam




Cindai Pelangi ®

SELASA – 6 / Muharram / 1434 H = 20 / November / 2012 M
KUALA LUMPUR




SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "