SILA LAYARI JUGA

http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=100000598573122

http://www.silat.tv/profile/cindai_pelangi

Jumaat, 30 Julai 2010

AMALAN MEMBACA SURAH YASIN SETIAP MALAM / HARI JUMAAT




AMALAN MEMBACA SURAH YASIN SETIAP MALAM / HARI JUMAAT






Bagi kebanyakan orang Melayu ni, Al-Quran bagi mereka ialah Surah Yasin. Kalau mereka tak baca Surah Yasin, mereka anggap seperti tak baca Al-Quran lah jawabnya.

Dan apabila Amalan Membaca Surah Yasin yang biasa mereka amalkan itu ditegur, t...idak pula mereka akan mencari surah / ayat manakah lebih afdhal dibaca dan yang mana satukah lebih dianjurkan sunnah ?.

Apabila kita minta mereka hentikanlah dari membaca Surah Yasin setiap mlm Jumaat. Jangan kita sangka mereka akan membaca pula Surah al-Kahfi. Sebaliknya mereka akan lepak di kedai kopi dan bersembang-sembang ( termasuklah menjadi " Mufti Kedai Kopi " dan mengata-mengumpat ).





Realiti yang perlu kita terima, orang kita bukanlah sbg mana Baginda Rasulullah SAW dan Salafus Solihin RA yg senantiasa membaca Al-Quran.

Jadi, biarlah mereka membaca Surah Yasin daripada membiarkan mereka langsung meninggalkan membaca Al-Quranul Karim.

P/S : Alhamdulillah .... beberapa masjid/surau yang biasa saya pergi dan berbincang dgn AJK mereka, mereka setuju untuk mengisi malam Jumaat mereka dgn TAFSIR SURAH YASIN ataupun KULIAH MAGHRIB . Bagi saya perubahan ini sudah sangat baik. Janganlah diharapkan masyarakat akan berubah dgn drastik apabila kita sendiri pun masih lemah di dalam mengembangkan sunnah dan kita lebih suka menyerang dari menerang !. 

Wallahu A'alam.



CINDAI PELANGI ®

18- Sya'aban - 1431 H
30 - Julai - 2010 M
1.00 Petang
KUALA LUMPUR
 

Jumaat, 16 Julai 2010

JUMAAT 16-JULAI-2010 : HARGA MINYAK NAIK LAGI

DALAM SEJARAH :

JUMAAT 16-JULAI-2010

HARGA MINYAK NAIK LAGI


( 1 )

Malam tadi, sebelum tidur aku sempat melihat ke dalam facebook. Terkejut juga aku apabila temui “ chit-chat “ yang bertajuk : “ HARGA GULA & MINYAK PETROL NAIK LAGI “.

 

Terkejut bukanlah disebabkan aku ni “ jenis sangka baik “ terhadap Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia ini. Tetapi terkejut kerana aku tak temui pun tadi kereta atau motorsikal yang beratur “ berjujut-jujut “ ( berbaris-baris ) sedangkan aku pun sebenarnya pun baru sampai di rumah tadi dari tengah-tengah Kotaraya Kuala Lumpur.

 

( 2 )

Sampai sahaja ke pejabat pagi ini, aku terus “ browse “ ke beberapa halaman web. Apa yang ku temui , adalah :



 

Artinya : Memang “ konfom “ lah ( confirm = pasti ) harga minyak petrol sudah dinaikkan semenjak tengah malam tadi.

 

Lihat sahaja tajuk utama Akhbar “ BERITA HARIAN “ . Terus-terang menyatakan hal itu sedangkan “ UTUSAN MALAYSIA “ menggunakan “ kelicikannya berbahasa “ ( muslihat politik ? ) dengan menggunakan ayat : “ SUBSIDI DISELARAS “.

 

( 3 )

Macam yang aku katakan tadi, aku bukanlah manusia yang jenis “ sangka baik “ kepada Barisan Nasional ( BN ) yang menjadi pemerintah Malaysia ini.

 

Namun tidaklah bermakna apa sahaja rancangan, projek, aktiviti yang dijalankan oleh BN akanku “ tolak mentah-mentah “.

 

Tidak !!! …….. aku bukanlah jenis “ penyokong secara taqlid buta dan bukanlah juga jenis orang yang membangkang secara membuta-tuli “.

 

Tidak !!! …….. bahkan sebenarnya apa sahaja yang akanku sokong atau ku bangkang ( lawan ) ataupun berdiam diri adalah berdasarkan hujah-hujah, fakta-fakta, pengetahuan, pengalaman, pergaulan dan juga petunjuk Ilahi ( melalui doa ).

 

Akan kufikir sedaya-upayaku, akan ku perbandingkan dengan Kalam ALLAH ( Al-Quranul Karim ), Sabda Baginda Nabi SAW, pertimbangan mana lebih banyak manfaat dan kurang risikonya serta perbincangan dengan orang-orang yang lebih berilmu-pengetahuan daripadaku.

 

Namun itulah, sehingga ke saat ini, tiada sebarang alasan yang kuat mahupun hujah yang kukuh yang boleh menyebabkan aku “ bersangka baik “ terhadap Parti Barisan Nasional ( BN ).

 

Tidak dapat hendak ku bersangka baik terhadap BN, sama ada di dalam hal :

 

1 – Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Bahkan yang lebih dilihat sejak dahulu ialah “ Rakyat terus dibohongi, Pemimpin-pemimpin terus memeras “.

 

2 – Di dalam hal-ehwal kemajuan Islam dan umat Islam à Bagiku ZERO !!! . Islam masih lagi berani diperlekehkan sedangkan majoriti pemerintah Malaysia adalah “ orang ( yang mengaku masih ) Islam “.

 

Parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN ) yang selain UMNO masih lagi “ memandang sinis “ terhadap Islam !. Tuduhan-tuduhan pimpinan-pimpinan MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya terhadap Islam masih “ terngiang-ngiang “ di telinga dan fikiran rakyat Malaysia, khasnya yang beragama Islam.

 

3 – Dari sudut Kekuatan Ekonomi Melayu & Islam à Semenjak Merdeka hingga hari ini, yang mengetuai majoriti pimpinan Malaysia adalah pemimpin-pemimpin BN dan UMNO.

 

Namun umat Islam dan Melayu, masih lagi tidak menguasai ekonomi Malaysia. Iyalah, memang betul , itu adalah dasar dan rancangan Penjajah Inggeris dahulu. Namun setelah merdeka, nampaknya tidak ada bezanya pun. Dahulu penjajah “ Benggali Putih “ itu berbuat demikian dan sekarang “ anak-anak didiknya “ meneruskan agenda mereka. 2 x 5 = 5x 2 = 10 !!!.

 

Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur : “ Apakah kebanyakan bangunan yang hebat-hebat, yang indah-indah, yang bergemerlapan cahayanya di malam hari di Kuala Lumpur ini majoriti dipunyai oleh orang-orang Islam ? “.

 

Jawapannya : TIDAK !!!.

 

Bagiku : BN & UMNO yang memerintah sekian lama Malaysia ini GAGAL ( TIDAK MAHU ? ) menjadikan umat Islam ( yang merupakan majoriti rakyat Malaysia ) sebagai golongan yang menguasai ekonomi Negara.

 

( 4 ) – Dari sudut Perundangan Negara à BN ( dan juga UMNO ) masih GAGAL ( tak mahu ? ) mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat. Begitu juga dengan mereka yang terlibat di dalam rasuah dan salah-guna kuasa-pangkat-jawatan.

 

Bukan langsung tidak ada tindakan sebegitu…. Iya !, memanglah ada. Tetapi tak lebih dari sekadar “ melepaskan batuk di tangga “. Dan biasanya yang “dicekup” itu adalah “ ikan-ikan bilisnya” sahaja sedangkan “ ikan-ikan jerung” nya masih terbiar bebas dan aman dari sebarang tindakan undang-undang !.

 

Itu mengenai rasuah & penyelewengan kuasa !.

 

Satu lagi, BN & UMNO juga bagiku GAGAL ( tidak mahu ! ) menjadikan PERLEMBAGAAN TERTINGGI NEGARA adalah bersumberkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

 

Maka jika dah memang begitu, TIADALAH BEZANYA DI ANTARA BN (UMNO) dengan PENJAJAH INGGERIS ( juga Belanda dan Portugis dahulu). Kesemua penjajah  itu memang datang ke Tanah Melayu dan Nusantara ini agar umat ini tidak lagi “ tunduk “ kepada undang-undang yang termaktub di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah.

 

Dan oleh itu, jika penjajah Inggeris ( dan Barat ) itu ditentang dan dilawan oleh datuk-nenek-moyangku dahulu, maka sesiapa sahaja yang “ meneruskan agenda “ dan “ meniru sikap dan idea penjajah Barat “ itu juga sememangnya wajib dibangkang, bahkan ditentang !!!.

 

Islam adalah apa yang dibawa oleh Baginda RasululLah SAW menerusi ajaran ALLAH SWT, iaitu Al-Quranul Karim dan As-Sunnah. Bukan apa yang direka-cipta oleh tangan mana-mana manusia pun !.

 

Sedangkan Perlembagaan Tertinggi Malaysia adalah bersumberkan apa yang ditulis dan diputuskan oleh seorang lelaki Inggeris, yang bukan beragama Islam = Kafir = Non Muslim yang bernama REID.

 

Aku sebagai seorang Islam sememangnya wajarlah ( bahkan wajib ) bercita-cita dan mahu Islam menjadi Perundangan Tertinggi = Perlembagaan Utama di dalam Negara Malaysia ini. Apalah artinya aku ini seorang yang beragama Islam sekiranya panduan hidupku dan pelembagaan tertinggi di dalam hidupku “ BUKAN ISLAM “ !?.

 

Dan sebagai menghormati kehendak majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam, maka tidaklah salah sekiranya PERLEMBAGAAN ISLAM = AL-QURAN & AS-SUNNAH diterima menjadi PERLEMBAGAAN TERTINGGI MALAYSIA.

 

Bukankah itu namanya DEMOKRASI !!!? ( Itupun sekiranya benar-benar mahu mempraktikkan Demokrasi dan lebih-lebih lagi jika masih percaya kepada sistem demokrasi ).

 

Maka di atas sebab-sebab itulah, maka tiada sebab untukku “ bersangka baik “ terhadap BN ( dan juga UMNO ) dahulu-kini-selamanya ( selagi mereka terus begitu ).

 

( 4 )

Maaf …. Aku agak tersasar dari topik sebenar kali ini. Topik sebenar ialah mengenai : HARGA MINYAK NAIK LAGI .

 

Sedangkan : BN / UMNO Gagal Mengurus-Tadbir Malaysia dengan Baik adalah penyebab utamanya.

 

Topik dan faktor utama/ penyebab utama itu nampaknya memang terlalu relevan dan sinonim dan tidak dapat kupisahkan di antara kedua-duanya itu.

 

Jadi, salahkah aku jika menulis begini !?.

 

Dan apakah tidak wajar sekiranya aku terus “ KATAKAN TIDAK KEPADA BN ( Barisan Nasional ) dan UMNO !? “.

 

Tepuk dada, tanyalah iman dan naluri masing-masing !.

Berikut ini adalah " ole-ole " buat seluruh pengunjung blog ini pada hari ini dengan harapan renung-renungkanlah sebaik-baiknya apa yang telah berlaku dan bertindaklah mengubah keadaan kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini.


" ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri berusaha mengubahnya "












 

CINDAI PELANGI ®

4 – Sya’aban - 1431 H
16 - Julai - 2010 M
2.45 Petang
KUALA LUMPUR


Rabu, 14 Julai 2010

HAIRAN BIN AJAIB : SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA ?


HAIRAN BIN AJAIB :

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA ?


( 1 )

Pejabat di mana aku bertugas didatangi oleh sekumpulan “ orang letrik “ untuk membaiki beberapa lampu siling dan membuat pemasangan semula wayar-wayar elektrik.

Aku pun beredar dari mejaku dan mencari meja lain di ruang yang tiada kena-mengena dengan kerja mereka itu.

Oh ya !. Beberapa hari lalu aku ada menulis mengenai HAIRAN BIN AJAIB : MANUSIA ITU MEMANG MENGHAIRANKAN di http://penacindaipelangi.blogspot.com/2010/07/hairan-bin-ajaib-manusia-itu-memang.html dan juga di http://www.facebook.com/notes/nur-muhammad/hairan-bin-ajaib-manusia-itu-memang-menghairankan/142505562431939

 

Ada yang Tanya aku : “ Kenapa manusia itu memang menghairankan ? “.

 

“ Entahlah …. “ ; jawabku ringkas.

 

“ Tapi walau bagaimana sekalipun, seseorang manusia itu, lebih-lebih lagi seorang yang mengaku beriman mestilah Berjaya menjadikan TUHAN takjub kepadanya “ ; sambungku lagi.

Eh, macam mana pulak tu ???. TUHAN pun boleh takjub kat kita ?. Apa yang TUHAN nak berasa takjub kepada kita sedangkan kita ni makhlukNYA ? “ ; tanya kawanku ini seolah-olah tak puas hati dengan kata-kataku tadi.

 

Aku menyambung : “ Begini …. Dalam hadits Baginda RasululLah SAW ada bersabda :

 


 

( 2 )

 

Aku juga ada menulis mengenai ANTARA GILA DAN GILA-GILA di http://penacindaipelangi.blogspot.com/2010/03/antara-gila-dengan-gila-gila.html .

 

Gila dam gila-gila itu pula sinonim dengan kelakukan manusia.

Manusia tidak terlepas dari penyakit. Samada ia adalah penyakit yang mengenai tubuh badannya ataupun jiwanya. Walaupun dia tak pernah masuk ke rumah “ sakit jiwa “ ( Mental Hospital ) tetapi sedikit-sebanyak jiwanya sudah tentu terkena penyakit-penyakit “ mazmumah “ ( sifat-sifat tercela ).

 

Kadang-kadang ada yang mencela orang yang kelihatan “ gila “. Padahal yang dianggap “ gila “ itu tidak bersikap hasad-dengki terhadap orang lain. Sedangkan orang yang mencela “ orang yang dianggap gila “ itu pula, hasad-dengkinya menyelubungi hati sanubarinya.

 

Semua orang yang dilihatnya “ serba tak kena “…. Dia seorang sahaja yang “ betul dan kena “.

 

Apa sahaja yang orang miliki…. dia mahukannya juga. Bukan sekadar mahu, tetapi mahu hanya dia seorang yang memiliki hak itu. Pada orang lain, tak usahlah.

 

Jika dia kaya. Biarlah dia seorang sahaja yang kaya. Janganlah ada yang kaya sepertinya.

 

Bukan itu sahaja. Bukan sahaja tak boleh ada yang kaya sepertinya. Yang kurang kaya daripadanya pun usahlah wujud di sekelilingnya. Apatah lagi jika yang lebih kaya daripadanya.

 

Sakit qalbunya jika orang lain turut sama memilikinya. Jengkel hatinya tatkala orang lain pun turut sama bermegah dengan apa yang ada padanya itu serupa dengan apa yang orang itu miliki. Serabut kepalanya memikirkan mengapakah orang lain pun turut sama menikmatinya. Tegang urat-sarafnya ………. STRESS !! TENSION !!..... Melolonglah ia…. Meracaulah ia !!!

 

“ Hai hairannya ! Engkau meraung terpekik melolong umpama orang yang kehilangan harta-bendanya sedangkan kekayaan dan pangkatmu masih bertimbun-timbun “ ; kata hati sanubarinya .

 

“ Siapakah sebenarnya yang GILA !!?? “ ; sanubarinya bertanya lagi kepadanya , namun nafsu dan ammarahnya tidak berupaya menjawabnya lantaran sudah ada “selaput karat yang membutakan mata hatinya “.

 

“ Siapakah sebenarnya yang GILA !!?? “ , Orang yang kelihatan gila pada matanya tadi ataupun dirinya sendiri ???.

 

Insya-ALLAH , akan datang akan ku kongsikan isi sebuah kitab yang bertajuk TALBIS IBLIS ( Belitan/Tipu-Daya Iblis ) yang akan ku kaitkan dengan kisah SIAPAKAH YANG TERTIPU ?.

 

WalLohu A’alam bis Sowab. Semoga ada manfaatnya.

 



 



CINDAI PELANGI ®

2- Sya'ban - 1431 H
14 - Julai - 2010 M
5.06 Petang
KUALA LUMPUR

Ahad, 11 Julai 2010

YANG LAMA VS YANG BARU ? ( II ) - KISAH OTAI-OTAI SILAT 1


YANG LAMA VS YANG BARU ? ( II )
KISAH OTAI-OTAI SILAT 1

( 1 )

Tulisan mengenai “ Yang Lama Vs Yang Baru “ atau yang apa-apa yang membawa arti yang lebih-kurang begitu telahpun aku tulis sebelum ini . Silakan membacanya di : http://penacindaipelangi.blogspot.com/2009/08/yang-lama-vs-yang-baru.html

Ringkasnya :

Bukan semua “ Yang Lama “ perlu diubah-suai atau dibuang !.

Bukan semua “ Yang Baru “ sudah tentu hebat ataupun lemah !.

Sebab itu aku nyatakan, inilah peganganku : “ GABUNGAN DI ANTARA WARISAN LAMA YANG MASIH ELOK DENGAN KEMODENAN YANG BERMANFAAT “.


( 2 )

Jika kita perhatikan di sekeliling kita, kita akan dapati banyak TEORI KEILMUAN yang tidak terlepas dari perdebatan di kalangan pengamal-pengamalnya.

Di dalam bidang perubatan sebagai contohnya ; ada yang bersetuju dengan teori bahawa air panas itu sebagai medium rawatan dan ada pula yang mengatakan bahawa air sejuk lebih mampu merawat. Masing-masing dengan hujah dan pengalaman serta kajian mereka.

Di dalam dunia KEILMUAN ISLAM pun begitu. Ada banyak ALIRAN PEMIKIRAN dan MAZHAB ( The School of Thought ) . Hinggakan di rantau Nusantara kita ini timbulnya apa yang disebut sebagai FAHAMAN KAUM TUA dan FAHAMAN KAUM MUDA.

( 3 )

Jika ditanya yang mana satukah di antara kedua-dua ALIRAN PEMIKIRAN / FAHAMAN itu yang lebih aku sukai ?.

Aku menjawab : Jika kita mati, TUHAN tak Tanya pun kita pegang mazhab apa. Tapi yang utama setiap amalan kita berlandaskan hujah-hujah Al-Quranul Karim dan Sunnah Baginda RasululLah SAW. Dua perkara itu yang dijamin 100 % maksum ( tidak ada sebarang kesalahan ). Adapun tafsiran dan pendapat manusia, tidak sunyi dari kesilapan, kelalaian dan kekurangan.

Maka jika aku dan anda semua yakin, Amalan Ibadat yang diamalkan selama ini memang betul-betul ada dalilnya dan buktinya serta disokong oleh Al-Quranul Karim dan As-Sunnah, ataupun berdasarkan fatwa-fatwa Para Sahabat RA, Tabi’ien , Tabit at-Tabi’ien dan ulama’ yang muktabar, maka silakanlah beramal dengannya.

Aku tidak pernah dan tidak suka serta tidak mampu untuk MEMAKSA anda semua MESTI SETUJU 100 % dgn apa yang aku fahami dan apa yang aku amalkan.

Aku bukanlah penyokong Aliran Kaum Tua hingga membangkang semua yang dibawa oleh Aliran Kaum Muda dan bukan juga sebaliknya.

Tiada siapa di antara mereka yang dijamin oleh ALLAH TA’ALA sudah tentu BETUL 100 %.

Aku bukannya mahu melihat PERTIKAIAN DAN PERBALAHAN di antara kedua-dua pihak itu tapi aku mahu mengambil APA YANG TERBAIK YANG DIHASILKAN oleh kedua-dua pihak itu .

( 4 )

STOP ! ENOUGH ! ……… KIFAYAH YA WALAD !

Cukup !!!, aku tidak mahu membicarakan hal ALIRAN KAUM TUA ( LAMA ) VS ALIRAN KAUM MUDA ( BARU ) di dalam soal-soal KEILMUAN ISLAM .

Yang mahu aku paparkan kali ini ialah KISAH OTAI – OTAI SILAT .

“ OTAI “ ialah satu gelaran yang berasal dari perkataan Inggeris : “ OLD TIMER “ yang lebih mesra diertikan sebagai “ ORANG-ORANG LAMA “.

Jadi inilah kisahnya OTAI-OTAI SILAT MELAYU.



Seorang guru Silat sedang mengajar silat di gelanggang yang tidak jauh dari rumahnya. Ada lebih-kurang 15 orang murid-muridnya yang “ turun bersilat “ di malam itu.

Tiba-tiba hadirlah 2 orang yang umurnya lebih tua dari murid-murid itu dan mereka berdua juga kelihatan lebih muda dari guru silat itu. Setelah diperkenalkan, tahulah murid-murid itu bahawa kedua-dua orang itu adalah “ otai / senior “ mereka dan “ murid-murid lama “ si guru silat itu.

Seorang daripada otai itu minta untuk “ friendly sparring “ ( berlaga = bertempur  secara persahabatan ) dengan mana-mana sahaja anak murid “ junior “ ( yang lebih muda dan baru ) itu.

Guru Silat itu pun meminta seorang murid yang paling “ junior “ untuk bangun dan menerima hajat cabaran si “ otai “ itu. Maka bangunlah seorang anak muda yang baru berusia 18 tahun dan memberi salam hormat kepada Si Guru dan Si Otai itu.

“ Dah berapa lama kau belajar silat ni, dik ? “ ; Tanya Si Otai kepada Si Junior itu.
“ Baru je bang…. Baru 6 bulan “ ; jawab Si Junior itu.
“ Kalau gitu, hati-hati dik. Aku ni orang lama, tau !? “ ; kata Si Otai dengan nada sedikit angkuh.

Tanda pelepasan sudah pun diberi oleh Si Guru. Si Otai dan Si Junior masing-masing “ memasang langkah “ dan  mencongak-congak apa yang akan dilakukan.

Si Senior memulakan serangan kerana baginya “ lawan sudah berada di dalam pagar “ . Tumbukan pertama dilepaskannya secara “ memancing dan mengumpan “  dan akan disusuli dengan “ Tumbukan Kedua “ sebagai pelengkap. Itulah yang akan dilakukan menurut hati Si Otai.
Tiba-tiba tumbukan pertama Si Senior tidak pun “ dilayan “ dan “ ditepis “ oleh Si Junior. Malahan Si Junior pula terus “ memotong gerak “ Si Otai dan bergerak songsang.

“ Alamak , umpan tidak menjadi “ ; kata hati Si Otai. Kemudian Si Otai dihujani pula dengan pukulan-pukulan Si Junior.

Kemudian, Si Junior terus  “ langgar “ Si Otai. Si Otai hilang keseimbangan ( off-balance ) dan Si Junior terus lagi dengan membuat “ sapuan rebah “. Tergoleklah Si Otai di tengah-tengah gelanggang itu.

Tamat sahaja “ sparring “ itu kedua-dua pihak bersalam-salaman dan member “ salam hormat “ kepada seluruh yang ada di dalam gelanggang itu.

Si Otai sambil duduk dan mengesat peluh bertanya kepada Si Guru : “ Pak Guru !, kenapa saya boleh kalah tadi sedangkan saya lebih dahulu belajar  dari Pak Guru dan saya lebih lama dari budak tu ? “.

Si Guru ketawa kecil dan menjawab : “ La…. Kau tak tau lagi ke ?. Semua yang aku ajar dulu tu dah aku ubah dah. Yang baru ni yang lebih ringkas dan lebih padu “.

Si Otai pun ketawa. Entahlah mentertawakan nasib dirinya yang kalah tadi ataupun ketawa kerana malu disebabkan merasakan dirinya lebih bagus dari orang lain sebelum ini.

-          Begitulah kisahnya dan semoga ada teladan disebaliknya –

Sekian.



CINDAI PELANGI ®

27- Rejab - 1431 H
10 - Julai - 2010 M
8.50 Malam
KUALA LUMPUR

SELAMAT DATANG & MENIKMATI 1001 MANFAAT

" Selamat Datang. Berhentilah & berehatlah seketika di sini !. Mungkin ada apa-apa isi yang menarik & bermanfaat untuk anda semua "